Pages

Sunday, 12 August 2012

3 bulan di KTT


Benda yang aku paling tak lupa. 
Ada makcik hantar makanan tiap-tiap hari..samada hantar ke Taman Mawar @ KTT. Kadang-kadang, rasa kesian kat budak2 KTT yang lain bawah tajaan JPA/MARA/etc. Sebab kitorang dapat makan 'free'. Diorang kena beli kat kafe, takpun ada gerai makcik jual nasi lemak depan pintu pagar kolej. 

Takpe lah. Rezeki..rezeki.. :) Bila makanan hantar ke rumah, kitorang makan berjemaah. Macam iftar jamaie setiap hari. Sambil makan riuh bercerita itu ini. Rindu zaman kita mula berukhwah.




Rindunya zaman tu.. takde lah rindu sangat. Entah la. cuma terkenang. Hehe..
Well..pagi pagi tunggu kat bus stand seawal jam 7.30 pagi. Nanti ada bas datang pick-up. Walhal ade je trip pukul 8.30 pagi. Hmm. Awal-awal dulu memang sume skema kot.

Serius skema! Ikhwah pakai baju kemeja. Berkolar. Berkasut. Berkilat (kot?)
Akhawat pula ayu berbaju kurung. Bertudung litup.

Tapi, bila sampai kolej, aku tengok ramai je budak kolej lain pakai tak formal. Punya bagus budak budak nak fly ke Egypt nih ^^

Ni rumah sape nih? cantik kan? ^^ rumah ni je special sebab jauh dari serangan aedes 
Survive 3 bulan kat KTT tak macam kau nak survive kat pi.el.kay.en.

Hari-hari naik bas pergi kelas, turun bas sampai rumah, hujung minggu mesti punye ada program. Jalan-jalan makan angin. Kejap-kejap pergi bagan lalang, pastu Melaka; Zoo Melaka, rumah Faisal (makan free!), Port Dickson, Kalumpang...bla...bla..bla..

Kalau sek2 rumah area Seremban,Selangor, seronok le buleh balik rumah. Kalau sek2 panta timur, memang tak dapat le..hewhewhew

Alkisah. Dalam banyak banyak tempat yang kami melawat, kami pergi Floria di Putrajaya. Angkut sekali ikhwah akhwat. Ikhwah jalan2 tengok bunga? What the..


Bunga 1 Malaysia pun ada!

Oh, tak boleh lupa selawat Ustaz K. Semangat budak2 ni hafal dan ikut. Siapa Ustaz K ni? Tak ingat nama penuh -____- Hanya dikenali sebagai Ustaz K. Kalau tak silap, ustaz ni mengajar kuliah maghrib setiap hari Selasa di Surau Wardah, Taman Mawar. Seronok dengar ustaz ni mengajar. Ilmu agama beb! Penting tau.

|see. nama surau pun ikut nama taman perumahan. cuma di'arab'kan|

Apa lagi yang buat aku terkenang sampai tulis entri nih? Hmm3

Ha. Pensyarah KTT ni superb. Tapi kitorang yang err..hehe.. Sekadar 3 bulan persediaan ke timur tengah. Tahu apa kitorang belajar? Fizik, Kimia, Biologi, B. Arab Fushah + Ammiah, B. Inggeris, IT kot.

Banyak giler subjek. Berapa? Cuba kira..1..2..3...7 subjek! Rasa macam kembali ke zaman sekolah. Sokmo kena psiko "kalau tak pass exam, tak boleh fly~~~Tapi exam buat main main je. Tapi still ada yang study betul betul. Tabik springgg~

Hari Sukan KiTT - grup mawar wardah (heh?)
rumah 11 VS rumah 18
Ada kisah di sebalik nama tu.



Alhamdulillah dah "grad" ^.^ nak kena tunggu 6 tahun lagi buleh grad betul betul 
BTN Pasir Salak Resort -macam budak sekolah

Sudah 2 tahun meninggalkan KTT. Sekadar ini sahaja yang mampu dikerahkan oleh neuron2 yang masih berfungsi. Moga ukhwah yang terjalin akan terus kekal hingga ke syurga~

:)

Akhir kata..

kadang mata salah memandang, kadang mulut salah berucap, 
kadang hati salah menilai...selama sinaran hati masih bersinar, 
ku mohon maaf andai tersilap bicara, terkasar bahasa, terkhilaf segalanya..
agar kita bisa bersih dalam menghidupkan bulan Ramadhan~

#sangatlahterharukomebacasampaihabis

4 comments:

  1. Thanx ..nice sgt.

    ReplyDelete
  2. very2 lucky of us if compared with IB and A Level student.. thanks Allah..

    ReplyDelete
  3. sekarang semua dah hidup dgn cara dan teman masing2, namun kenangan tetap dirindui.. :)

    ReplyDelete
  4. Cool and I have a keen give: How To Design House Renovation prefabricated home additions

    ReplyDelete