Pages

Tuesday 28 August 2012

"Semudah Kalimah, Sepikul Tanggungjawab"

Assalamualaikum, salam syawal, salam persahabatan selama2nya KiTT, apa khabar korang semua?? Harap2nya semua sihat sahaja. Aku harap tidak terlalu lambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan KiTT, Taqabballahu minna wa minkum..

So cuti macam mana setakat ni?? seronok? puas? bosan? tak tau nak buat apa? yg balik Malaysia mesti sibuk melayan keluarga, yg perempuan mungkin tolong mak ber"House Chores" dan sebagainya, yg lelaki pun barangkali tolong mak ataupun hantar adik2 ke sekolah, bercuti sana sini, study?? (mungkin) yg stay dekat Alex, mungkin sibuk dgn daurah atau belaja kitab, kepada Wafiu, dah berapa agaknya daurah@kitab yg kau dah habiskan ye? balik nanti boleh la kitorang ni menuntut dgn kau. Tak kira la apa jua aktiviti yg kita semua buat, asalkan bermanfaat semuanya, kita dah masuk 3rd year kot, so buat la aktiviti yg menunjukkan kita 3RD YEAR MEDICAL STUDENT!!!

Tergeraknya hati, akal dan tangan aku untk menaip sesuatu dlm blog KiTT ni adalah untk aku mengetengahkan satu buah fikiran yg aku sendiri rasa sgt cliche, pasal apa korang rasa......?? mesti ar pasal kahwin atau lebihnya islamiknya pernikahan. Bila buka je topik ni mesti ada antara kita yg berfikiran mcm ni, "ala kahwin lagi, tak habis2 ar, sabar la dulu..", "apsal jiwang sgt dia ni, meluat plak aku..", ataupun yg lebih sopan sket, "InsyaAllah klu dah sampai jodoh ada la tu..". Yg pastinya ada org boleh tolerate atau suka bincang pasal hal ni dan ada org buat2 tak suka pulak kan? jgn nak menipu diri sediri la, umur kita dah 20, dikelilingi pulak dgn kawan2 atau senior yg kahwin kan?? takkan la takde rasa secubit keinginan atau angan2 untk berumahtangga jugak kan?? untungla...

Aku rasa kita semua sedar yg sekarang ni adalah musim orang melangsungkan perkahwinan, gambar2 banyak yg diuploadkan dkt Fb, blog dan sebagainya, senior2, anak2 kepada kawan parents dan tak terlepas jugak kawan SEBAYA kita. Sebaya kot? tak rasa tercabarkah?? terpulang...

Apa yg merisaukan aku sekarang ni adalah, bila kita dengar berita2 macam tu, seolah2 kita pun rasa terpanggil untk bernikah. hah?? macam mana tu?? tiba2 jadi overreacted pulak, aku ada sorg kawan ni, dia ni sgt baik orangnya, bila dia dapat berita yg kawan2 dia dah bernikah, dia terus balik rumah lepas tu bincang dengan parents pasal calon2 yg dia ada untuk dinikahi. Atas dasar apakah orang2 yg mcm ni untk terus bernikah?? dari mana datangnya semangat dan keberanian untk tanggung dan jawab amanah yg akan dipikul kelak?? berat....

The point is, kita kene sedar dan tahu, yg perkahwinan bukan lah hanya berlandaskan Syariatullah semata-mata, malah perlu disulami dengan kasih sayang dan Sunatullah. Aku sangat2 tidak bersetuju dengan statement2 yg macam ni, "eh aku kene kahwin sekarang la, takut nanti terjebak dgn zina.." ataupun yg sama maksud dgnnya, hendak aku katakan bahawa sgt tidak bijak orang yg menjadikan elak "zina" sebagai alasan untuk bernikah awal. Memang betul nikah ni boleh menghindari daripada melakukan zina, TETAPI memikul tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri itu sendiri lebih berat tanggunggannya daripada menahan diri daripada zina. Portion untk megelak zina ni hanya sedikit je dalam konteks pernikahan. Jikalau zina pun susah untuk kita hindari, apa lagi tugas seorang suami dan isteri yg penuh cabaran dan liku yg perlu ditempuhi SELAMANYA2. Sampai akhirat...

Ustaz Hasrizal pernah menukilkan sesuatu dalam buku beliau, "Merancang perkahwinan janganlah hingga ke pelamin sahaja tetapi masukkan sekali urusan lampin anak.." maksud beliau dkt sini, fikirkan sedalam2nya tanggungjawab sebagai suami dan isteri sebelum bernikah, sebelum hanya memikirkan yg isteri adalah hanya tempat untk menumpang kasih, ataupun untk senang cakap kita kene buat "Long Term Evaluation"

Orang selalu kata yg orang muda2 ni fikirannya masih cetek, pengalaman tak banyak, memang aku setuju statement2 mcm tu, tapi sekarang zaman dah maju, anak muda mcm kita sekarang ni pada zaman dahulu hanya mampu membuat kerja2 kampung seperti kerja di sawah, ladang dan sebagainya. Kita beruntung kerana seawal usia 20 kita sudah berada di menara gading, tambah2 lagi di luar negara macam kita, Mesir kot, so dengan peredaran zaman ni, conscience kita sebagai anak muda pun developed dgn cepat, kita ni lebih manja, rasa ingin mengasihi dan dikasihi tu lebih cepat.

Ok sebelum aku nak menamatkan post yg julung kalinya ini, aku nak bawak korang menyelami masalah baru dalam kalangan masyarakat kita ni. Orang selalu kata pasangan yg membina rumahtangga mereka atas dasar takwa susah untk mengahadapi gelora dalam alam rumahtangga mereka. Ye la, mana tidaknya, redha Allah itu InsyaAllah sudah pasti jika pasangan tersebut mengikut segala kehendak agama dalam membina rumahtangga dengan cara mengikut adab yg telah dilunaskan syara'. Apa yg membimbangkan skrg ni, kes2 penceraian dalam kalangan "mereka2" ini juga telah meningkat, mana pergi kemanisan cinta dan kasih sayang yg telah terbina sejak si suami mengungkapkan kata "Aku terima nikahnya.." itu?? Mana pergi kesediaan dan kemahiran yg konon2nya telah mantap digarap sebelum bernikah??

Melalui pembacaan aku, masalah ni senang je nak cari puncanya, Syariatullah telah pun mereka laksanakan (islamic), tetapi perlu diigat yg isteri itu tetap wanita, dan suami itu tetap lelaki, maka timbul la Sunatullah, macam aku mention sebelum ni pernikahan tidak akan lengkap tanpa Syaritullah dan Sunatullah, Sunatullah tu mcm mana?? kasih sayang, jujur, toleransi, kemahiran komunikasi, kesabaran, ikhlas dan terbuka itu semua adalah Sunatullah, tanpa semua tu, mana2 pasangan sekalipun tidak akan tenang, tak kira la islamic atau tidak, berjanggut atau tidak, bertudung labuh atau tiga segi, berkopiah atau berserban, so.... point aku dkt sini, sebelum kita semua nak melangkah ke alam "itu", SEDAR DIRI dahulu, jgn fikir bila dah guna bait muslim, ikut adab segala bagai confirm takde masalah, confirm kekal ke anak cucu, seriously please don't get me wrong, aku bukan nak memperlekehkan cara2 tu semua, bahkan aku sangat menghormati kesucian kaedah tersebut, point aku skrg SEDAR DIRI, adakah kita semua cukup dan tamam kesemua Sunatullah tesebut, kalau belum, tangguh dan cukupkan ilmu dahulu, kalau sudah, proceed dan congratulations!!!

Rakan2 KiTT, jangan korang semua anggap aku ni misogynist, ataupun menghalang kalian semua berkahwin awal, TIDAK sama sekali, malah aku menggalakkan korg sekiranya sudah menepati kesemua kehendak pernikahan itu sendiri, perlu ingat bahawa kalimah "Aku terima nikahnya.." itu mungkin amat ringan dan mudah untk disebut tetapi tanggungjawab yg tersirat adalah lebih berat untuk dipikul JIKA tidak bersedia, ok tu je setakat ni, mohon ampun dan maaf jika ada tersalah bicara, aku tak pandai sangat blogging ni, ye la blog pun takde.. sekali lagi, salam syawal dan maaf zahir dan batin.. *klu ada typo faham2 sendiri la ye.. harap maaf.. sekian dan wassalam.. enjoy reading okay.. :)

Sunday 26 August 2012

Treasure!!!




Imam Hassan al-Banna dalam Rukun Bai'ah menganjurkan agar kita banyak membaca al-Quran. Seboleh-bolehnya letak sasaran satu juzuk al-Quran sehari agar kita tidak tergolong mereka yang melalaikan al-Quran. Satu juzuk bersamaan dengan 20/21 ms?

Bermakna, jika kita membaca setiap kali selepas solat, kita hanya perlu membaca 2 helai, ataupun 4ms sahaja. 1 ms mengambil masa kira-kira 3-5 minit sahaja. Tak banyak pun, betul tak?

Jika kita betul-betul mengamalkannya, kita akan dapat merasai iman kita menjadi begitu teguh pada hari itu. Untuk menghabiskan 1 juzuk al-Quran, kita memerlukan masa sekitar 1 hingga 1 jam setengah secara keseluruhan, bergantung kepada kelancaran kita membacanya.


Satu jam setengah mungkin banyak bagi seseorang pelajar medik. Jangan kita berkira sangat dengan masa untuk membaca al-Quran. Ingatlah, jika kita berjaya menghabiskan 1 juzuk al-Quran kita akan dapat merasai keberkatan kualiti masa, anugerah Allah pada hari itu. Tak percaya? Cubalah!



Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah, mendirikan solat dan mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terus terang, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mensyukuri. (Fathir:29-30)

Hah, hebat keberkatan al-Quran bukan?

Percayalah. Lazimi al-Quran dan nikmatilah berkatnya kualiti masa. Apa yang saya maksudkan sebagai 'keberkatan' kualiti masa?


Apabila kita belajar, kita dapat rasakan banyak ilmu yang masuk. Apabila kita buat sesuatu tugasan, tugasan kita menjadi senang dan lancar. Pendek kata, dalam hari tersebut, banyak perkara yang kita mampu lakukan. Rahsianya, hiduplah berdamping dengan Pencipta 'keberkatan' dan bacalah selalu ayat-ayat cinta-Nya.

Ulama-ulama silam, kebanyakan mereka hafaz al-Quran. Kebanyakan mereka menekuni berjuzuk-juzuk al-Quran sehari. Dalam masa yang sama, mereka mampu mengarang berjilid-jilid kitab. Bahkan kitab-kitab mereka boleh dimuatkan ke dalam beberapa almari jika dikumpulkan.

*Terkesan dengan fakta-fakta ini. Sedih diri ini langsung tidak dapat dibandingkan dengan mereka, jauhnya bagaikan langit dengan bumi! Namun hati ini berazam, akan cuba sedaya untuk meraih 'barakah'Nya! Jom kite sama-sama lakukannya! :)

Wednesday 15 August 2012

Selamat Hari Raya Jerrypah! Yeay!

Salam alaik kamu yang sedang membaca!
Ye abang yang kacak bergaya ke masjid setiap hari dan akak yang cantik menolong mak di rumah sekalian! Hihihi.


Memang kacak okeh abang yang ke masjid every solat. Abang eh. Tok-tok and Ayah-ayah, you guys memang manusia terGentle di abad ini kerana masih kekal ke masjid dari zaman kacak sehingga zaman gentle. Ehehehe. Puji baik punya!

Ni first trial aku post entry tau. Sebelum ni tak pernah langsung. Tak pernah. And special thanks to those yang rekemen nak buat blog KTT -And you know who I am talking about- I love reading blogs before this but tulis memang tak ah kan. Tiba-tiba rasa nak post malam ni. Lantak lah orang kata blog dah tak kotemperori lah. Dah takde orang baca lah. Dulik. Asal ada orang cam aku yang masih setia baca blog. Well, aku akui kehangatan blog dah tak macam dulu. BloggerS lama dah malas nak update, menyebabkan aku yang pembaca blog tegar ni x masal nak taip satu entry. Eh, korang tau tak makna masal? Good. Cari dalam kamus, malas nak citer. Haha.


Boleh stopkan sekejap music background tu and play video ni. Eh jangan tanya aku. Aku pon tak tau kat mana button stop lagu. Pandai-pandai ah.^^


Just to point out this video. Sebenarnya aku dah bosan cari blog untuk dibaca. Seriously, bosan CARI blog. Bukan BACA. Ok. Ok. Aku tau ada mesti kata baca lah AQ ke solat sunat rawatib banyak-banyak ke. Yup sangat agree. But, sometimes orang kata futur. FUTUR ni kira cam perasaan kita tak membuak-buak untuk buat amal. Buat. Tapi tak macam masa baru turun flight tu. Kalau boleh dengar syaitan punyer perbincangan masa tu, bangga doh. Dorang sok sek sok sek buat mesyuarat tergempar untuk lawan Super Saya Egypt yang telah tertarbiah selama hampir 10 bulan di bumi anbiya' tu. Eish. Eish. Eish. Kita manusia kawan. Iman turun naik. Ingat tuh! Disebabkan kekurangan kelas-kelas peringatan kat Malaysia ni maka sedikit lemaulah iman ni and aku suka cakap dah futur sebab bagi takut siket bunyi dia. Muwahahaha. So, kena lah cepat-cepat cari bahan untuk counter balik . Antaranya baca lah blog. Weeee~

Ohohohoiiiiiiiii! Melalut sudah.

Well, video kat atas ni, terpulang pada korang nak terima makna dia macam mana. Kalau aku, aku rasa dah boleh dah Aizat ni join bulatan gembira yang maha banyak jenis zaman sekarang. Hehe. Pandai-pandai je. E'ehh, tak salah doakan orang baik-baik kan. Masuk syurga ramai-ramai. Oiii meriah Mak Senah kalau dah semua sepupu sepapat masuk syurga. Korang boleh recheck kat Surah At-tur 52 : 20-28 m/s 524. Meh aku bagi siket la. Tau malas take time nak bukak an. Hehe.

" Dan orang-orang yang beriman, beserta ANAK CUCU mereka yang mengikuti dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan ANAK CUCU mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya." Walaweyh.. Bestnya! Bestnya!

Masuk syurga jumpa Aizat. Boleh mintak sain. Hihi.

Ok dah. Cukuplah sesi kali ni. Kalau positif i tulis lagi. Huhu. Before that, nak share satu ni

Kepekatan malam ini
mengingatkanku pada noda semalam
aku khilaf detik itu
tenggelam dalam segara hitam
aku fasiq waktu itu
dalam gelita sinaran alpa
kerana aku tidak berdiri di landasan iman.

Dalam kekuatan hidayah-Mu
kutaut sulaman keinsafan
kubajai pohonan taubat
kurenjiskan manik kepasrahan
akan kusediakan perahu amalku
sebelum kusahut panggilan-Mu
sebelum dihisab di bawah panahan mentari
kerana aku tak semulia ciptaan Mu.

MENITI TITIAN SYURGA
2008, me.

Ni copy right aku sendiri okeh. And sajak ni dah dibukukan. Huhu. As i mention above, if positif may be, MAYBE I will write one more post and citer pasal sejarah sajak ni. May be. All depends on you readers. Budget! Haha.We will see. Any feedback? Thank you soooooo much! Lap! Lap! <3

Night, sleep tite. Oh, 27 Ramadhan.Tak kena langsung dengan tajuk. No idea.Toink!

Sunday 12 August 2012

3 bulan di KTT


Benda yang aku paling tak lupa. 
Ada makcik hantar makanan tiap-tiap hari..samada hantar ke Taman Mawar @ KTT. Kadang-kadang, rasa kesian kat budak2 KTT yang lain bawah tajaan JPA/MARA/etc. Sebab kitorang dapat makan 'free'. Diorang kena beli kat kafe, takpun ada gerai makcik jual nasi lemak depan pintu pagar kolej. 

Takpe lah. Rezeki..rezeki.. :) Bila makanan hantar ke rumah, kitorang makan berjemaah. Macam iftar jamaie setiap hari. Sambil makan riuh bercerita itu ini. Rindu zaman kita mula berukhwah.




Rindunya zaman tu.. takde lah rindu sangat. Entah la. cuma terkenang. Hehe..
Well..pagi pagi tunggu kat bus stand seawal jam 7.30 pagi. Nanti ada bas datang pick-up. Walhal ade je trip pukul 8.30 pagi. Hmm. Awal-awal dulu memang sume skema kot.

Serius skema! Ikhwah pakai baju kemeja. Berkolar. Berkasut. Berkilat (kot?)
Akhawat pula ayu berbaju kurung. Bertudung litup.

Tapi, bila sampai kolej, aku tengok ramai je budak kolej lain pakai tak formal. Punya bagus budak budak nak fly ke Egypt nih ^^

Ni rumah sape nih? cantik kan? ^^ rumah ni je special sebab jauh dari serangan aedes 
Survive 3 bulan kat KTT tak macam kau nak survive kat pi.el.kay.en.

Hari-hari naik bas pergi kelas, turun bas sampai rumah, hujung minggu mesti punye ada program. Jalan-jalan makan angin. Kejap-kejap pergi bagan lalang, pastu Melaka; Zoo Melaka, rumah Faisal (makan free!), Port Dickson, Kalumpang...bla...bla..bla..

Kalau sek2 rumah area Seremban,Selangor, seronok le buleh balik rumah. Kalau sek2 panta timur, memang tak dapat le..hewhewhew

Alkisah. Dalam banyak banyak tempat yang kami melawat, kami pergi Floria di Putrajaya. Angkut sekali ikhwah akhwat. Ikhwah jalan2 tengok bunga? What the..


Bunga 1 Malaysia pun ada!

Oh, tak boleh lupa selawat Ustaz K. Semangat budak2 ni hafal dan ikut. Siapa Ustaz K ni? Tak ingat nama penuh -____- Hanya dikenali sebagai Ustaz K. Kalau tak silap, ustaz ni mengajar kuliah maghrib setiap hari Selasa di Surau Wardah, Taman Mawar. Seronok dengar ustaz ni mengajar. Ilmu agama beb! Penting tau.

|see. nama surau pun ikut nama taman perumahan. cuma di'arab'kan|

Apa lagi yang buat aku terkenang sampai tulis entri nih? Hmm3

Ha. Pensyarah KTT ni superb. Tapi kitorang yang err..hehe.. Sekadar 3 bulan persediaan ke timur tengah. Tahu apa kitorang belajar? Fizik, Kimia, Biologi, B. Arab Fushah + Ammiah, B. Inggeris, IT kot.

Banyak giler subjek. Berapa? Cuba kira..1..2..3...7 subjek! Rasa macam kembali ke zaman sekolah. Sokmo kena psiko "kalau tak pass exam, tak boleh fly~~~Tapi exam buat main main je. Tapi still ada yang study betul betul. Tabik springgg~

Hari Sukan KiTT - grup mawar wardah (heh?)
rumah 11 VS rumah 18
Ada kisah di sebalik nama tu.



Alhamdulillah dah "grad" ^.^ nak kena tunggu 6 tahun lagi buleh grad betul betul 
BTN Pasir Salak Resort -macam budak sekolah

Sudah 2 tahun meninggalkan KTT. Sekadar ini sahaja yang mampu dikerahkan oleh neuron2 yang masih berfungsi. Moga ukhwah yang terjalin akan terus kekal hingga ke syurga~

:)

Akhir kata..

kadang mata salah memandang, kadang mulut salah berucap, 
kadang hati salah menilai...selama sinaran hati masih bersinar, 
ku mohon maaf andai tersilap bicara, terkasar bahasa, terkhilaf segalanya..
agar kita bisa bersih dalam menghidupkan bulan Ramadhan~

#sangatlahterharukomebacasampaihabis