Pages

Friday 27 January 2012

exam fever

assalamualaikum wbt.
apa khabar? ni tarikh2 exam utk 2nd year Malaysian Student for Alexandria University

29/1/2012 - Practical exam Module 9
5/2/2012   - End Module 9
8/2/2012   - Final Module 9
13/2/2012 -Final Module 8

selamat study semua!!



tapi.. tahukah kita bahawa hidup ini juga ujian? kita tahu exam final kita bila, tapi kita tak tahu mati kita bila.
bersediakah kita ke arah itu? kalau persediaan exam, kita baca buku. kalau persediaan alam barzakh dan akhirat, kita buat apa? mari analisa diri.



Analisa, analisa, analisa siapa kita
Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita
mari kita mengejar dunia dan akhirat. :)

Thursday 26 January 2012

Q&A for FinaLe Sem 3!!

Salam,Harini nak kongsi sedikit Q&A sempena Final yg bakal menjelma ni. :D

Tip kalau stress study?
Kalau stress,bukak tingkap and tngok langit..then fikir..dengan kuasa mahasuci Allah yg menggenggam langit dan bumi ,yg penciptaannya sungguh kompleks,pasti masalah kita yg kecil ni sungguh mudah bg Allah untuk selesaikan.Tapi,dengan Syarat kita kena hampirkan diri dan selalu doa pada Allah. 

[Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.]40:57

Betulke aku boleh jd doctor ni?
Insyallah,katakan YA! Semuanya bergantung pada niat kita.Niat yg baik pasti akan membuahkan hasil yang baik.Kalau niat kita nak serve masyarakat dan ajak manusia ke jalan Allah,then Allah berada di pihak kita.bila Allah bersama kita,semuanya insyallah akan smooth,ie.orang akan senang dengan kita,mudah dapat scholarship dan juga cemerlang dalam semua exam kita.

Tip cemerlang Exam?
Salah satunya ialah DOA untuk semua sahabat2 kita supaya Berjaya.Insyallah,Malaikat juga akan mendoakan yg sama buat kita..

[Daripada Abu Darda’ RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim)]

Susah kot Modul CNS ni.Macamana nak exam ni?
Kalau kita bergantung semata-mata pada kepandaian atau kegeniusan kita sehaja,memangla kita akan rasa BERAT . cuba kita yakin dan bergantung pada Allah,insyallah  xada penghalang,yakinla Allah yang akan menentukan kita ingat atau x ingat apa yg kita dah baca bila exam nanti.Sentiasa bersangka baik pada Allah,insyallah dipermudahkan.kalau kita jauh dari Allah memang akan terasa berat.Jadi mari muhasabah balik!!

[Hadis : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn Hibban)


Adalagi x apa2 lagi tips?
Minta ibu bapa kita doakan kita.Doa ibu bapa ,insyallah tiada hijab , dan selalu doakan dua ibubapa kita dan jadilah anak yang soleh untuk jd pencen kubur kedua orang tua kita.Insyallah.



Last sekali,nak kongsi beberapa ayat dari surah Ali imran yg berkenaan dengan ciri2 orang yang muttaqin.kalau kita perhatikan betul2,susunan ayatnya sangatlah Unik kerana dalam ayat sebelum dan ayat selepas (134&135)  ayat yg menerangkan ciri2 org yg bertaqwa ni,Allah sebut tentang Syurga..subhanallah..jadi marilah kita rebut 4 ciri2 muttaqin yg disebut oleh Allah ini:

[133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat)
Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
 [134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Ciri2 orang yg bertaqwa:

1.Orang yg meinfak ke jalan Allah.dalam ayat ni Allah sebut secara umum,tidak terhad kepada harta sahaja.jadi marilah kita jadikan masa, tenaga yang kita guna untuk study ni niatkan untuk berkorban ke jalan Allah. 
*infak=to loss something=berkorban

2.Orang yg menahan kemarahan.iaitu orang yg mampu menahan apabila dia boleh marah atau lebih tepat..orang memang x nampak pun dia akan marah.marahlah kita sekiranya orang menghina atau mempersendakan hukum islam dan jgnlah cepat melenting pada hal2 yg x perlu..

3.Mudah memaafkan manusia..insyallah Allah juga akan mengampunkan dosa2 kita..

4.Apabila terbuat benda perkara yg dilarang,segera mengingati Allah,dan istighfar dan sangka baik bahawa Allah akan ampunkan kesalahan kita.Ayat ini mnjadi dalil bahawa hatta orang yg bertaqwa juga tidak terlepas dari terbuat kesalahan.jd yakinlah bahawa kita juga mampu untuk berubah menjadi seorang yg bertaqwa.

-Jadi last sekali,marilah kita sama2 gunakan peluang kita sebagai pelajar medic yg belajar di mesir ini, untuk mencari sebnyak mungkin mutiara ilmu yang ada di mesir  ni, paling kurang kita dpat ilmu Medic,Bahasa Arab untuk hayati keindahan alquran dan fahaminya,ilmu Quran dan tajwid,dan juga ilmu agama.semoga kita dapat melahirkan ramai lagi generasi seperti Dr Danial Zainal Abidin,Prof Dr.Muhaya,Dr. Jamnul Azhar ,Ust Hasrizal Jamil dan Ust Zaharuddin..dan selamat berjaya dalam final ini!Bittaufiq Wannajah buat semua dalam Final ni!!InsyAllah..Ameen..

Wednesday 18 January 2012

isu Palestin, isu kita, isu ummah!

assalamualaikum kwn2..

erm, dlm kite sibuk2 mentelaah buku2 yg mcm x penah2 habis tu,
kat sini, sye nak ingatkan kwn2,
brsame sye juga,
utk sama2 kita
 muhasabah balik sbb ape kite blaja?
btul ke sbb Allah? if ye, alhamdulillah.
if x, same2 kite perbaharui niat,
dan perbanyakkan niat kita.
selitkan salah 1 niat ialah utk bantu Islam,
kite msti work hard stdi utk Islam
utk saudara2 kite yg xpenah letih even jemu
utk pertahankan Palestin.
if kan, kite x mampu nak fight physically mcm diorg buat,

1. kita still ade DOA! senjata terkuat org Mukmin.
so, make use of dat. jgn hampakan harapan saudara2 kite kat sane.
kita ade Doa, mohon kat Allah..
"ya Allah,beri kekuatan pd saudara2 kami di Palestin,
beri kemenangan kpd Islam di mana jua kami brada"

2. juga kita ade power utk boikot produk Israel smampu yg boleh,
insyaAllah Dia nampak usaha kita,
wlupn pd zmn ni, mmg susah nak gune brg yg totally muslim-made,
even laptop, henset cggih2 pn Yahudi dah konquer,
so, xpe. kite gunekan balik teknologi yg diorg cipta, utk hentam diorg balik, i'allah.

3. dgn belajar. (er,mcm mane tu eh?)
ingatkan diri, ingatkan hati,
bahawa belajar itu ibadah, bljar krna Dia itu ibadah.
juga belajar juga adalah jihad kecil kita utk Islam.
kite belajar dgn yg terbaik, dpt result yg terbagus, utk bangunkan Islam
utk jadi Doc yg serbaboleh, yg akan merawat pejuang2 al-Quds stu hari nnt.
if kite mmg xdpat trun padang same2 lawan Yahudi Israel,
at least kita ade usaha. dan wlau pn kite terkorban ,kite i'allah akan mati syahid.
mati ktika mnuntut ilmu krna Dia, utk Islam.
sabda Nabi Muhammad saw
maksudnya: "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

teringat saye pd kata2 seorang rakyat Palestin pd seorg wrgangra Malaysia yg prgi hntar bantuan sblum ini, pakcik tu kata , "JANGAN LUPAKAN KAMI"

nak ingatkan diri ni, awak dan awak..
isu Palestin ni, 
bukan isu mereka2 sahaja
isu Palestin bukan isu bermusim
isu ini, isu Ummah, isu Kemanusiaan,
isu ini, isu kita, org Islam, 
isu yg perlu sentiasa Dihangatkan oleh kita,
dlm doa kita,
dalam niat kita belajar.


moga Allah reda usaha kita, utk bantu saudara2 kita.
moga di akhirat nnt, saudara2 Palestin kite,
xkan tarik tgn kita dari masuk syurga (dgn alasan kite x mmbantu mereka pertahankan al-Quds)

sambil2 studi, boleh bukak link ni utk tau psl Palestin.
Palestinkini.
amalkan doa Qunut Nazilah utk saudara2 kita di sana :)

ok la bye. sambung studi.

ingatn buat diri2 yg lupe (sye pn)
-sitinurjannah-

of electricity and vicissitudes of life



assalamualaikum wbt,

ntah ape kejadah bahasa koloni tah aku guna sebagai tajuk hari ni.sebabkan memang aku x pernah2 tulis blog, so, kalau tak interesting mana , jangan la komen lebih2 ye?  insyaAllah ,hari ni, aku nak kongsi satu kisah tentang    pengalaman hidup.
perkongsian ilmiah? oh tidak, ni bukan.harap maklum. lagi, entry ni, aku rase, aku xde kronologi yang tetap, apa lintas, aku libas saja pakai Exner area ni utk tulis

kisah ni baru je jadi dalam minggu ni jugak, mase tu, tak silap aku, aku tengah baca pasal tajuk lecture pagi tu physiology of the retina .  cun2 je aku habis hafal , tetiba, lampu2 kat rumah aku mula kelip2.
kenapa ni? gempa bumi ke? xpun transformer turun bumi, xpun zombie apocalypse dah nak mula.  dengan izin allah, lampu terus tutup , sekali dengan semua peranti elektrik rumah aku.

"oh yes, dah blackout dah bro"
kedengaran suara ahli bait yang kecewa mula menjerit dari pelosok dapur, sebab hari ni turn masak mereka. aku mula la naik angin masa ni, mana tak, aku dah la lame dah x study , buku2 modul 8 , assignment xsetel lagi, lagi pulak modul Otak ni macam harem, dah beranak pinak dah, sentuh xlagi pulak .

dah la rumah jauh ngan budak2 mara lain,xdapat nak menumpang rumah dorang(racist ,so as this blog kan?) ofkos lah, kalau xade elektrik, apa2 pun xjalan, lagi2 pulak, rumah aku ni kat tingkat 6 petala langit , nak guna air kena guna motor power.

xde letrik = xde air = xbole berak 

kitorang try tanya baba bia dekat sebelah , die kate
"satu bangunan blackout, sat lagi ada la tu"

nak layan internet, dah sah2 xboleh, so goodbye lah 9gag , fb, twitter n semua gerombol lagho . tapi, nasib baik member2 rumah aku ni bijak geliga otak
dengan berbakikan bateri laptop yg hanya sekelumit tu, kitorang open la movie . tajuk cerita malam tu , Johny English Reborn. Dengan berbekalkan lilin zaman renaissance kitorang tu ,kitorang layan sambil gelak2 dalam sinar romantisan malap .

malam tu, aku bangun tiap2 jam xsilap aku, celik2 eyelid ,sama je , still xade letrik. sampai la ke pagi tu ,still xde letrik.

sedar2 je lagi, dah nak pukul 8 pagi, lagi suploh minit  .
ni la salah satu advantage air xade, xpayah susah2 fikir nak mandi , gosok gigi pun.
atas dasar darurat , kitorang sembur deodorant setebal akhawat2 kaki tabaruj, bedak pun tebal , memang nak kata, kaver rambut memang serabai semua, kitorang, dengan gah, melangkah ke lecture, like a boss.

terbaik kut, alhamdulillah! satu lecture xperasan dengan kondisi kitorang.
tapi, mula la member2 aku yang mulut separa menganjing separa gurau
anon 1
"ateng ,ape pasal baju sama je semalam ni?"

aku reply
"biase la winter"
 
anon 2
"wei, ade taik mate mlekat lgi la"

reply
"infection, conjuctivitis"
 dan etc2
xsangke, banyak mana aku tibai kaver , budak2 ni buleh jugak hidu. cet.

benda alah black out ni bukan kejap, 2 hari 2 malam  ,sebab main fuse kitorang meletup .so, dengan nak tunggu technician arab ni datang, memang berjela la janggut tunggu  .nak je aku try jadi engineer electric ,nak try main sambun2 je wayar yang dah terburai tu.
as we know, arab2 ni memang genius, jiran2 tingkat kitorang ni, memang terbaik ,dorang pasang2 sendiri je. kitorang cuak la, sayang nyawa, xnak try, kitorang bukan arab bhai .

"oh ,xpe, aku sanggup tunggu"

 aku nak pendekkan cerita, memang 2 hari yang sangat hardship ni, banyak la mengajar kitorang.
agaknye cam mana la nenek moyang aku dulu eh? 2 hari tu, kitorang masak pun, suluh2 pakai henset xperia je .makan pun, kurang feel, sebab, xnampak ape yang kitorang makan .masa malam2 je, mcam2 la fikir, toyol la, ju-on arab lagi . orang dulu2 lagi la cuak maknenye pasal hantu2 ni kalau tiap2 malam gelap.
n ye, aku tfikir jugak pasal , berapa peratus la hidup aku ni dah terluang dengan benda2 moden ni,

adekah aku dah merizabkan diri aku dekat benda2 lagho ni?

 kalau zaman before ade je fb n smue kejadah ni, aku punyai life, yes, life.aku banyak main kat taman mainan masa kecik2 dulu. x lupa jugak kat family aku yang ramai, seronok betul masa lepak n sembang dengan dorang dulu2.

tapi sekarang ni,
fb+medicalstudent = tons of ****
semua pleasure of life aku dah kena cabul .

aku teringat, betapa dalam hati aku , mcam tiba2 lost semangat ,mula la nak meroyan royan . bila ade letrik ,aku main je banyak, nak tido la semua, tapi bila dah xade , xde pulak nak study ke, nak bukak blog2 manfaat ke, xde pun .

bila dah tak ade letrik ni, ukhwah wa cakap lu, memang ngam la semua budak, buat benda semua sama2 je. makan sebelah2, start ziarah rumah member, n even mandi pun kat rumah jiran2 . pergh! memang satu achievement la bagi kitorang. sosial sosial, bukanya laman sosial , tapi sosial life. social life. bukan maksud seks bebas .tapi life yang berukhwah. tak semestinya nak berukhuwah ,kena pegi cari jemaah ,etc2. (point ni tak kuat pun),bukan tujuan aku nak menghentam korang, tapi kalau sebab jemaah jauh2 ni buat hubungan korang dengan aku regang, tegang, ape la guna nye kan?so,berukhwah la dulu dengan member serumah, sebatch, sekali join force dengan private .baru la lepas tu , bole pegi ke next level of ukhwah, n dipersila faddal lah bro

masa aku dok panjg lebar mengomel sebab xstudy ni, teringat aku lagi ,kat member2 aku yang dah mula lost dalam mewartakan diri  jadi kaki study , bukan benda x bagus, tapi, apa niat kau ? kau boleh tipu aku, boleh bina ayat manis luhur ,kata aku study sebab Allah. tapi , lu tau sendri ape lu intent lah kan ? xsalah kalau nak cemerlang ,n dapat gred tinggi, then, bile dah achieve? apa jadi?
ade member aku cakap dulu,
"benda ni transient je , xkekal pun, cari la niat yang betul"
memang betul, so, kengkawan, try la adjust balik niat kite tu, betul betul, betul sah, kerana Allah taala. xpayah nak simpang jauh  .sebab , otak ni pun, a part of dunya ,pinjam kat allah jugak, n atlast ,kena pulang balik nanti .

ok lah,panjag lebar pulak aku tibai , dah mcam twitter,bole pulak bantai emo2 .  mcam blog ni aku punya .sape suruh kasi aku tulis entry? haha .

ok, adios, goodluck study exam ni.
oh dan ni, dari 9gag, ambikla iktibar, mula la study dari sekarang.insyaallah najah

yang emo xpasal2
ateng

p/s :
 minx maaf, utk sesiapa yang terasa
 ade termencarut dalam gambar tu, maaf jugak, sebab malas nak edit ni

"i only count the hours that shine"
-City of Glass-
-Cassandra Clare-

Monday 16 January 2012

bersahabat ke syurga, mampukah kita?

sahabat itu siapakah?
"adakah sekadar teman ketika duka?"
"adakah hanya tempat mengadu simpati?"
"adakah cuma orang yang mudah diambil kesempatan terhadapnya?"
adakah, adakah dan adakah..

di tengah malam yg sunyi ini,
ingin sekali aku mengingatkan
diri ini, aku, kamu , dan mereka-mereka itu,
siapa sahabat sebenarnya?

sahabat,
suatu nikmat yg besar yg dikurnai Tuhan
yg kadangkala kita lupa akan pentingnya
pada hidup kita
sahabat,
bagiku umpama pelangi ,
yg mewarnai dan mencorak hidup ini,
mcm2 warnanya, mcm2 ragamnya,
kadangkala membuat aku geli hati memikirkannya.

suka aku,
menyedarkan aku, kamu dan mereka itu,
siapa dia...

sahabat itu,
melihatnya mengingatkan aku pada-Nya
mendengar katanya, menyedarkan aku akan jahilku,
merenung sikapnya, mengingatkan aku kpd akhir hidupku,

sahabat,
dia mengubati hati sahabatnya yg luka
tanpa kenal jemu dan lelah

sahabat,
hadirnya amat mempengaruhi hidupmu,
cuba kau lihat,
hidupmu sekarang dipengaruhi siapa?
ada sedikit ciri sahabat itu padamu, bukan?

dan bagiku
sahabat itu
walau fikiran tak serupa,
   masih dia cuba memahami
walau aku berubah seketika cuma,
   masih dia percayai,
walau diri selalu mengasari,
   masih dia selalu memaafi,
walau sikapku amat keterlaluan,
   masih dia dapat menerima,

..dan..
walau dia sering dilukai
walau dia selalu dikhianati
walau dia sering digunakan
walau dia selalu diabaikan
   masih dia disitu,
   berdiri dgn penuh kekuatan
   bersedia membantu diri yg selalu menyakitkan
   hati itu.

sahabat itu,
sangat kental hatinya
bagiku,
pernah aku bertanya padanya,
   "mengapakah kau tak bencikan aku?"
   "kerna aku sahabatmu kerna Dia,
    dan cintaku kpd-Nya tak membenarkan aku utk berbuat itu."
   "dan kau tahu, aku berteman denganmu apa adanya."
seketika aku terkedu mndengar jawapnya,
juga terharu.
saat itu, aku sedar,
aku perlu menghargai sahabat itu.
kerna aku pasti sahabat itu anugerah dari-Mu .

syukurku
padaMu ya Ilahi
kau temukan aku dengan sahabat itu,
juga untuk sahabat ku di luar,
moga Dia mencintaimu,
sebagaimana kau terhadapku.



*utk sahabat ktt, saya buatkan ini. moga ukhuwah kita terjalin selamanya.
mungkin kita dah buat haluan masing2 sekarang, tapi memori di hati kekal insyaAllah.
moga kita semua berukhuwah kerna Dia.


Selemah-lemah manusia ialah mereka yg tak boleh mencari sahabat,
dan lebih-lebih lemah ialah mereka yg mensia- siakan sahabt yg dicari.


 Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal salih). (43:67)

Seandainya kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya walaupun kamu tidak mampu untuk membelinya, setidak-tidaknya kamu dapat merasai haruman bauan dari penjual minyak wangi tersebut.

hargai kawan yg kita ada. sbb kita xtau bila dia akan pergi meninggalkan kita.




Sunday 8 January 2012

Berita Tergempar!

Bismillah. 
Assalamu'alaikum wbt.


Takde lah gempar mana pun. 
Berikut adalah keputusan pilihanraya organisasi batch sesi 2012/2013
Ahli Majlis Tertinggi (AMT)


Ketua Batch : Muhammad Faris bin Zulkifli 

Timbalan Ketua Batch : Nurul Widad bt Shukri

Setiausaha : Muhammad Ikhwan bin Zubir

Timbalan Setiausaha : Ain Syamimi bt Abd Halim

Bendahari : Ahmad Wafi bin Hasbullah

Timbalan Bendahari : Nurul Iman bt Zulkefli



# Kan dah kata anak-anak pakcik Zulkifli ni mantap mantap. harhar




Ucapan Ketua Batch - 
Assalamualaikum w.b.t. Firstly, saya minta maaf sebab saya sedang mengalami sedikit "shock" kerana ini adalah pengalaman pertama saya.. btw, saya faham setiap perkara yang ALLAH tentukan untuk kita semua adalah yang terbaik dan insyaALLAH ada hikmahNYA.insyaALLAH saya akan buat yang terbaik yang saya mampu.. dan saya juga memohon sokongan dan tunjuk ajar dari sahabat-sahabat semua.. tak bermakna saya di atas saya tak boleh ditegur dsb.. dan please jangan pandang saya sebagai ketua batch tapi pandanglah saya sebagai sahabat anda semua. Lastly, syukran kepada semua yang mengundi saya dan tak pernah jemu memberikan kata-kata semangat. wallahua'lam. :) 


Dan tak lupa juga, Terima kasih banyak banyak kepada bos KiTT 2010, Irhamni Rahman Zubir, yang banyak bersusah payah melayan kerenah kami. Even 3 bulan je. Anda tetap ketua kami walau apa sekali pun. (Terharu tak?)


Tahniah dan takziah kepada calon yang menang bertanding. Ingat! Amanah yang kita pegang tu..Allah persoalkan tanggungjawab dan amanah kita di hari akhirat kelak. Jangan ingat itu populariti semata-mata. Amanah itu berat. Be a good leader.


Ciao dulu. Wassalam~

Thursday 5 January 2012

Siapa Calon Pilihan Anda?

Assalamu'alaikum wbt.
Izayyiku? Alhamdulillah. Dah sebulan kita belajar modul CNS. Pasal otak je. Itupun dah banyak sangat. Subhanallah. Sekecil kecil urat saraf pun banyak fungsinya.


Entry kali ni saya nak bercerita tentang pilihanraya batch Malaysian Students Alexandria University 2010-2016.
Tiada Islam tanpa jemaah, Tiada jemaah tanpa qiadah,Tiada qiadah tanpa ketaatan.-Saidina Umar Al-Khattab
Bermula awal Disember lagi, sudah dihebohkan dengan pilihanraya persatuan Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI). Bukan lagi berdasarkan undi populariti. Kini, corak pilihanraya dah berubah. Kena ada calon, pencadang dan penyokong. Siap kena beli borang pencalonan kot. 


# Pilihanraya kat Mesir pun tak habis lagi -_______-


Natijahnya, pemilihan AJK tertinggi batch pun terpalit sama. Kononnya mahu diselaraskan pilihanraya.
"Oh. Musim pilihanraya ke ni?"
Nampak gayanya begitulah.


Al-kisah. 
Borang pencalonan diedarkan ke dewan kuliah. Masing-masing sibuk memikirkan calon bagi jawatan Ketua & Penolong Ketua Batch, Setiausaha Agong, dan Bendahari Kehormat
Dan apabila, nama-nama calon pun dipaparkan di wall fb group batchDalam hati terdetik..
"Wah. Semua calon hebat-hebat belaka. Tak tahu nak pangkah siapa."


Dalam kalangan sahabat KiTT pun ada. Lebih kurang 7 orang kot yang tercalon.
Ada empat orang bagi jawatan Ketua Batch. Dua daripadanya KiTT students. Mantap mantap.
- Irhamni Rahman Zubir (bos!)
- Muhammad Faris Zulkifli (kawan baik bos)






Bagi jawatan Penolong Ketua Batch, S/U dan Bendahari:
- Marlyana Termizi
- Ain Syamimi
- Nurul Iman Zulkifli
- Faisal Iqbal Akbar
- Hazim Zulkifli


# Perasan tak anak-anak pakcik Zulkifli ni hebat hebat belaka? harhar


Kepimpinan adalah suatu seni muamalah bertabiat kemanusiaan. Dengan kepimpinanlah kita mampu mempengaruhi manusia ke arah satu-satu matlamat. Orang Islam mestilah berikat dengan kepimpinan meskipun dalam urusan yang kelihatan kecil dan remeh.
Sabda Nabi Muhammad SAW: " Apabila keluar bemusafir oleh tiga orang, hendaklah mereka melantik salah seorang daripadanya menjadi KETUA"
Kepada yang tercalon, selamat bertanding!
Dan tak lupa juga, selamat memangkah dan buang undi :)
Wallahu a'lam.

Our beloved nabiyy..

Salam..today i'd like to share with everyone about this magnificent clip.. it just shows the endless love of our beloved prophet  towards us...



SOLLU ALA ANNABIYUNA

p.s. exams are just around the corner...look busy people..may all of us najah in the exams

may Allah guide us and fix us on His path.


Wednesday 4 January 2012

Most Ideal Friend = Spongebob?


"Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah. Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah."
Wallahu a'lam.