Pages

Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Sunday, 12 August 2012

3 bulan di KTT


Benda yang aku paling tak lupa. 
Ada makcik hantar makanan tiap-tiap hari..samada hantar ke Taman Mawar @ KTT. Kadang-kadang, rasa kesian kat budak2 KTT yang lain bawah tajaan JPA/MARA/etc. Sebab kitorang dapat makan 'free'. Diorang kena beli kat kafe, takpun ada gerai makcik jual nasi lemak depan pintu pagar kolej. 

Takpe lah. Rezeki..rezeki.. :) Bila makanan hantar ke rumah, kitorang makan berjemaah. Macam iftar jamaie setiap hari. Sambil makan riuh bercerita itu ini. Rindu zaman kita mula berukhwah.




Rindunya zaman tu.. takde lah rindu sangat. Entah la. cuma terkenang. Hehe..
Well..pagi pagi tunggu kat bus stand seawal jam 7.30 pagi. Nanti ada bas datang pick-up. Walhal ade je trip pukul 8.30 pagi. Hmm. Awal-awal dulu memang sume skema kot.

Serius skema! Ikhwah pakai baju kemeja. Berkolar. Berkasut. Berkilat (kot?)
Akhawat pula ayu berbaju kurung. Bertudung litup.

Tapi, bila sampai kolej, aku tengok ramai je budak kolej lain pakai tak formal. Punya bagus budak budak nak fly ke Egypt nih ^^

Ni rumah sape nih? cantik kan? ^^ rumah ni je special sebab jauh dari serangan aedes 
Survive 3 bulan kat KTT tak macam kau nak survive kat pi.el.kay.en.

Hari-hari naik bas pergi kelas, turun bas sampai rumah, hujung minggu mesti punye ada program. Jalan-jalan makan angin. Kejap-kejap pergi bagan lalang, pastu Melaka; Zoo Melaka, rumah Faisal (makan free!), Port Dickson, Kalumpang...bla...bla..bla..

Kalau sek2 rumah area Seremban,Selangor, seronok le buleh balik rumah. Kalau sek2 panta timur, memang tak dapat le..hewhewhew

Alkisah. Dalam banyak banyak tempat yang kami melawat, kami pergi Floria di Putrajaya. Angkut sekali ikhwah akhwat. Ikhwah jalan2 tengok bunga? What the..


Bunga 1 Malaysia pun ada!

Oh, tak boleh lupa selawat Ustaz K. Semangat budak2 ni hafal dan ikut. Siapa Ustaz K ni? Tak ingat nama penuh -____- Hanya dikenali sebagai Ustaz K. Kalau tak silap, ustaz ni mengajar kuliah maghrib setiap hari Selasa di Surau Wardah, Taman Mawar. Seronok dengar ustaz ni mengajar. Ilmu agama beb! Penting tau.

|see. nama surau pun ikut nama taman perumahan. cuma di'arab'kan|

Apa lagi yang buat aku terkenang sampai tulis entri nih? Hmm3

Ha. Pensyarah KTT ni superb. Tapi kitorang yang err..hehe.. Sekadar 3 bulan persediaan ke timur tengah. Tahu apa kitorang belajar? Fizik, Kimia, Biologi, B. Arab Fushah + Ammiah, B. Inggeris, IT kot.

Banyak giler subjek. Berapa? Cuba kira..1..2..3...7 subjek! Rasa macam kembali ke zaman sekolah. Sokmo kena psiko "kalau tak pass exam, tak boleh fly~~~Tapi exam buat main main je. Tapi still ada yang study betul betul. Tabik springgg~

Hari Sukan KiTT - grup mawar wardah (heh?)
rumah 11 VS rumah 18
Ada kisah di sebalik nama tu.



Alhamdulillah dah "grad" ^.^ nak kena tunggu 6 tahun lagi buleh grad betul betul 
BTN Pasir Salak Resort -macam budak sekolah

Sudah 2 tahun meninggalkan KTT. Sekadar ini sahaja yang mampu dikerahkan oleh neuron2 yang masih berfungsi. Moga ukhwah yang terjalin akan terus kekal hingga ke syurga~

:)

Akhir kata..

kadang mata salah memandang, kadang mulut salah berucap, 
kadang hati salah menilai...selama sinaran hati masih bersinar, 
ku mohon maaf andai tersilap bicara, terkasar bahasa, terkhilaf segalanya..
agar kita bisa bersih dalam menghidupkan bulan Ramadhan~

#sangatlahterharukomebacasampaihabis

Saturday, 25 February 2012

# Sinai : Menjejak sirah para anbiya'


# Just for sharing :)
Kata Ustaz Amar, pakat2 mai Sinai. Banyak tinggalan sejarah di bumi tinggalan jejak para anbiya' di sana. Segala bukti keangkuhan dan kedegilan kaum bani Israel ada didepan mata. Kita boleh saksikan banyak kesan sejarah yang ada di bumi itu sebijik yang disebut dalam Al-Quran. Macam muzium!

Antaranya:
1. Uyun Musa (telaga) 
2. Lembu Samiri (ukiran patung anak lembu)
3. Laut Merah yang disebut dalam Al-Quran terbelah menggunakan tongkat Nabi Musa dengan izin Allah, ketika mana Nabi Musa dan kaumnya dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya.
4. Bukit TurSina yang menjadi tempat munajat Nabi Musa selama 40 hari.


Dan tak lupa kisah di mana kubu pertahanan Israel semasa berperang dengan Mesir yang dikatakan paling susah hendak ditawan. Maka, pada suatu hari ada syeikhul azhar bermimpi kubu itu boleh ditawan menyiram dengan air sahaja dan meletuplah segala kereta kebal dan isinya...biiznillah.

Tak tahu nak kata apa dah seandainya mata hati kita masih tertutup, masih terkatup rapat. Sedangkan segala bukti kebesaran Allah ada di depan mata. 

Masih butakah hati kita?

Kredit to Meow Ekma atas kata-kata penuh hikmah yang saya olah serba sedikit :)


yang bagi rasa BERDEBAR-DEBAR sepanjang perjalanan yg tak tahu kenapa, Allahu rabbi..
yang bagi rasa NIAT nak pergi melihat bukti kebenaran Al-Quran, Allahu rabbi..

yang bagi rasa TAK SABAR nak sampai ke tempat yg penuh dgn pasir dan batu nabi Musa pijak, Allahu rabbi..
yang rasa SYAHDU lawat makam, Allahu rabbi..
yang bagi rasa SEMANGAT TAK PUTUS2 sampai puncak, Allahu rabbi..
yang bagi rasa nikmat DUDUK DAN DOA dlm tmpt munajat nabi musa, Allahu rabbi..
yang bagi rasa SEBAK tinggalkan sinai dan segala isinya, Allahu rabbi..

rasa PENAT dan SAKIT sengal2, itu semua Allah nk uji..
rasa RINDU YANG MEMBUAK2 pada gunung itu dan segala-galanya, Allah yg beri juga..


Semuanya Allah yang beri :) Alhamdulillah...

Wednesday, 4 January 2012

Most Ideal Friend = Spongebob?


"Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah. Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah."
Wallahu a'lam.


Wednesday, 23 November 2011

Saturday, 17 September 2011

Baru Setahun Jagung

Assalamu'alaikum wbt.


Berkurun-kurun tengok entry tak diupdate-update lagi. Spiderman pun boleh buat sarang. Adui, tapi takpe la. Sebabnya lepas ni, insyaAllah semua ex-student KiTT akan update blog ni ikut turn masing-masing. Nak tanya apa-apa, ruangan chatbox  disediakan.


Pengalaman mengajar erti kehidupan
Pepatah lama. Cewahh. Macam la kita ni banyak sangat makan garam. Masin kot! Tak elok makan banyak-banyak. Darah tinggi. high blood pressure.hypertension. 
Actually, baru setahun jagung je duduk kat Egypt tu. Tapi, bila putar balik masa dulu-dulu, terkenang peristiwa-peristiwa yang berlaku masa KAMI di Tahun 1 Perubatan Iskandariah.


15.9.2010 >>> Ni hari pertama sampai Cairo,Egypt. Perjalanan ke Alexandria memakan masa hampir 3 jam lamanya. Di kejauhan, tampak megah Piramid di Giza, Sungai Nil dan wahh, bangunan bertingkat-tingkat...
"Orang Arab ni tak duduk rumah teres ke? Bangunan bercacak-cacak je."
Macam soalan budak kecik umur 5 tahun je -.-"
Senior PSMB (Program Sambutan Mahasiswa Baru) tu kata, bangunan orang Arab ni memang macam ni. Luar memang nampak messy + tak bercat. Tapi kalau masuk rumah diorg, cantik juga sebenarnya! Depends la. Pasal besi yang bercacak-cacak tu. Actually, bila anak-anak dah besar + kahwin, tak payah susah cari rumah lain. Beli simen, batu bata sikit. Tambah je rumah atas.


Kat sini ada 2 musim yang paling ketara; winter and summer. Musim sejuk. Sejuk sangat. Lagi sejuk daripada aircond. Grrr...tapi takde salji la macam negeri omputih. Musim panas. Perghh....panas! Tapi kita kena ingat. Ni baru panas dunia. Panas api neraka lagi maha dahsyat. Na'udzubillah min dzaalik.
Musim bunga pun ada, tapi tak ketara sangat. Masa ni, bunga banyak sangat. Cantik! Atas sutuh pun boleh tumbuh bunga.Tak percaya? Datanglah Egypt.



[Gambar akan diupload kemudian. Minta maaf atas kesulitan korang tak dapat tengok gambar piramid, sg Nil, musim bunga dll..haha..ma'alisy]


Evakuasi besar-besaran
Hangpa ingat dak masa revolusi Egypt Januari 2011? Masa tu memang aku rasa macam hidup kat zaman penjajahan Jepun. (err..walaupun tak pernah rasa tapi macam serupa). Bayangkanlah, kais pagi makan bubur, kais petang makan maggi. Kat sana tak jumpa ubi kayu. Batotis ade la. 
Batotis = ubi kentang
And yeah, pengalaman mengajar erti kesabaran. Alhamdulillah wasyukrulillah. Sebabnya kerajaan support kami pelajar-pelajar di Mesir pulang ke Malaysia. Tambang free. Even kami terkandas lama di Jeddah. Hehe.
Memo: Kepada rakan-rakan yang pulang lebih awal, sampai hati tinggalkan kami terkapai-kapai menghitung hari di sana. Haha. No offense. 
"you have five more years here in egypt. 
you can dislike egypt, but you shouldn't hate it. 
it's going to be hard being somewhere you hate. 
so leave the bad side of egypt alone, and take the good side,  
and make your five years wonderful" -copypaste
Baru-baru ni result semester 2 dah diumumkan officially. Mabruk 'alaikum atas result yang sangat mantap + gempak. KiTT students memang star.gada' awi awi. Teruskan kecemerlangan di masa hadapan. InsyaAllah 

Tak sempat nak sambung.Nanti coretan lebih mengganas macam Kakak Jem. Hehe. Lain kali ye. Wassalam.