Pages

Monday 24 September 2012

Pengalaman di Wad Kecemasan

       Assalamualaikum w.b.t.

       Kali ini, penulis ingin berkongsi satu kisah yang menarik yang berlaku dalam kamus kidup penulis. Jumaat lepas (21 Oct 2012), penulis telah pergi ke sebuah hospital di negara bukan untuk attachment tetapi sebagai pesakit. Wow, sampai ke wad kecemasan tuuu.... 

       Sebenarnya, bukan apa, cuma penulis merasakan ketidakselesaan di dada atau lebih dikenali sebagai chest pain. Sebelum pergi ke hospital, terbayang di kepala penulis, pelbagai jenis penyakit jantung seperti angina pectoris, myocardial infartion, endocarditis, aneurysm dan lain-lain. Perasaan ketika itu bercampur baur. Teringat kuliah Ustaz Pahrol; Mukmin Professional yang bertajuk Ingat Mati Menghidupkan Hati. Dah la penyakit jantung adalah pembunuh no. 1 di dunia. Perghh....

       Pada malam itu, lebih kurang pukul 9.30pm, ayah penulis terus bergegas menghantar penulis ke hospital yang berdekatan. Terus mencari papan tanda ke arah Wad Kecemasan. Masuk sahaja ke perkarangan wad, penulis lihat keadaan di situ agak lengang. Alhamdulillah, cepat la sikit urusan pemeriksaan ke atas penulis. Penulis diminta untuk mendaftar. Terdapat beberapa orang sedang menunggu giliran. Ada juga pesakit yang datang mengadu  disengat lipan. 

       Di kaunter pendaftaran,

       "Adik sakit apa ni?"
       "Rasa tak selesa kat dada. Dan rasa tu macam kat jantung dan bukannya paru-paru."
       "Umur?"
       "Baru 20 tahun."
       "Adik ada terjatuh ke, ter.."
       "Eh, tak la. Ni dari petang lepas sembahyang Jumaat dah rasa macam ni dah. Sebelum ni, pernah juga rasa macam ni, tapi hari ni macam teruk sikit. "
       "Ish... Biar betul dik, umur adik muda lagi tak kan sakit jantung kot. Lain la kalau dah umur 35 tahun ke atas."

       Dalam hati penulis, memang ada benarnya apa yang dikatakan tadi. Tapi nak buat macam mana, dah rasa sakit itu datang. Kena la pergi jumpa doktor kan...

       Setelah mendaftar, penulis diminta untuk menunggu giliran di ruangan menunggu. Tak sampai beberapa minit, nama penulis dipanggil, memecahkan segala lamunan pada ketika itu. Kali ini seorang MO berbangsa India yang hanya berpakaian biasa sahaja. Medical history diambil.

       "I got information from your mother that one of your friend was diagnosed as TB right?"
       "Oh, kawan saya tu bukan kena TB tapi pnuemonia kat lower lobe, left lung."
     
       Ni lah sedikit perbualan yang betul-betul penulis ingat.
     
       Setelah proses history taking berakhir, doktor menyuruh staffnya untuk membuat ECG dan X-Ray. Teruja la juga sebab ni first time dalam hidup penulis berhadapan dengan situasi begini. Bukan untuk merawat, tetapi dirawat sebagai orang kebiasaan yang diduga mempunyai sakit jantung.

      X-Ray diambil dahulu. Sepanjang perjalanan ke Unit Pengimejan dan Diagnostik, penulis dibantu menggunakan kerusi roda walaupun hanya lebih kurang seratus meter sahaja dari wad kecemasan tadi. Bukan tak boleh berjalan, tapi sebagai mengikuti procedure yang ditetapkan. X-Ray diambil dan diserahkan kepada doktor India tadi.

      Kali ni giliran ECG pula. Sebelum itu, doktor meminta kebenaran untuk mengambil darah. Katanya, untuk diuji dengan cardiac marker. Penulis sempat bertanya, cardiac marker apa yang ada di hospital tersebut. Hanya CK dan LDH sahaja yang digunakan. Dan memerlukan at least one hour, baru boleh dapat result yang diperlukan.

       Seorang jururawat memasangkan kesemua limb leads dan chest leads di badan penulis. Kali ni, baru penulis dapat merasakan penggunaan chest leads. Ketika belajar di kelas praktikal, penulis hanya dibenar menggunakan limb leads sahaja.


       Bacaan ECG telah selamat diprintkan walaupun sebelum ni terdapat masalah teknikal yang memaksa jururawat tersebut menukarkan ke mesin ECG yang lain. Seusai menerima bacaan ECG tersebut, doktor India tadi meminta saya untuk berpusing ke belakang untuk di check pula lymph node saya. Beberapa tempat ditekan untuk melihat sekiranya terdapat sebarang perubahan pada lymph node saya. Sekiranya seseorang pesakit itu disyaki menghidap TB, antara perkara yang jelas adalah enlargement of lymph node. Mungkin atas dasar itu, lymph node saya diperiksa.

       Kini, tiba pada sesi penerangan results. Alhamdulillah, doktor mengatakan tiada sebarang masalah pada penulis. Mungkin akibat stress atau psikologi sahaja. X-Ray menunjukkan tiada sebarang masalah pada jantung penulis. No cardiomegaly. Bermaksud tidak berlaku sebarang inflammation atau seangkatan dengannya. ECG juga ok. No ST elevation. Cuma sedikit sinus arrythmia. Full blood count(FBC or CBC) juga normal. RBC, WBC, granulocyte dan lain-lain pun normal. Bermaksud tiada sebarang infection yang berlaku. Cuma cardiac marker test je yang belum siap lagi. Alhamdulillah....

       Doktor memberi pilihan sama ada hendak tunggu atau balik rumah atas alasan rumah penulis yang berhampiran dengan hospital dan juga akan SMSkan result terus ke emak penulis yang berada di rumah pada waktu ini.

       Sebelum berangkat pulang, penulis sempat mengutip beberapa ilmu berkaitan kedoktoran daripada MO tersebut. Especially about cardiac disease. Doktor juga memberi pilihan kepada penulis untuk membawa pulang film X-Ray. Penulis beralah apabila melihat beberapa HO sedang meneliti film tersebut. Mungkin dapat membantu HO tersebut untuk menjadi doktor yang hebat kelak. InsyaAllah...

       Akhir kalam, nasihat penulis, marilah kita sama-sama merenung hadis ini dan jadikan ia sebagai ikitbar InsyaAllah...

       Daripada Ibn Abbas ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: 2 nikmat yang seringkali dilupakan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan masa lapang.

       Sama-sama kita hargai nikmat KESIHATAN dan MASA LAPANG...

       Wallahu'alam...

Wednesday 5 September 2012

Doktor Oh Doktor!!!


Assalamualaikum w.b.t…

            Masih segar di fikiran penulis kisah seorang HO yang patut kita, bakal doktor ambil iktibar. Kisah ini diceritakan oleh emak penulis seusai beliau pulang dari hospital tempat kerjanya. Hakikatnya, banyak ragam HO sekarang di zaman millennium ini berbanding zaman generasi X yakni zaman ibu bapa kita dahulu. Tugas yang mereka pikul lebih berat akibat masih kekurangan doktor pada ketika itu.

            Untuk pengetahuan pembaca, semalam(4 Sept 2012), seorang lagi HO telah masuk ke dalam pejabat emak penulis. Bukan untuk memberi sebarang aduan, tetapi ingin meminta pandangan dan nasihat. Biasa la tu… Ni dah masuk kali ketiga HO datang ke office beliau. Kali ni, perempuan. Terdahulu, seorang lelaki dan seorang perempuan. Sungguh, perbezaan gender tidak mempengaruhi hasil mutu kerja seorang HO!!!

            Kisahnya bermula apabila HO ni baru memulakan karriernya sebagai HO pada awal tahun 2011. Tetapi hanya mampu bertahan lebih kurang 3 bulan sahaja dan terpaksa direhatkan atas sebab depression yang teruk. Oktober 2011, beliau ingin sambung semula karriernya. Tetapi 2 minggu sahaja bertahan kerana masalah yang sama. Dan kini, beliau ingin meneruskan perjuangannya sebagai HO dan diberikan posting di hospital emakku. HO ini berjumpa dengan emakku untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya…

            Apa masalahnya??? Setelah ditanya pelbagai macam soalan, akhirnya HO ini pun beritahu masalahnya. Mudah kata, masalahnya ialah…

  • CANNOT DO LONG TERM WORK
  • CANNOT SEE PEOPLE DYING (mati)


Wah… Ini rupanya masalahnya. Tetapi, penulis lebih tertarik akan jawapan yang emak penulis berikan…

  •       “Sebelum you jadi doktor dulu, you sepatutnya kena faham tugas doktor ni betul-betul. Bukan jadi doktor atas alasan kehendak parents atau suka-suka je nak jadi doktor. Benar, kehidupan doktor memang tak boleh lari dari patient. You should make a lot of sacrifices for the sake of your patients. Termasuk la melakukan kerja selama belasan jam dengan rehat yang minimum.”


  •       “Kita juga kena pandai memotivasikan diri kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan. Contohnya, buat kalendar sepanjang 2 tahun kita bekerja. Cross out hari-hari yang telah dilalui. Dengan ini, kita seolah-olah membuat countdown bila hari-hari HO akan berakhir. Kita juga boleh menyematkan dalam diri kita bahawa semua HO melalui jalan yang sama kita tempuh. Jadi, sekiranya mereka boleh clear tanpa kena extend, kenapa tidak kita???”


  •       “Kalau you rasa susah sangat jadi doktor ni, why don’t you become anything else after you completed your Housemanship. Sebenarnya, dalam karrier doktor ni memang zaman HO is the worst part of it. Kena marah la, kena suruh macam-macam la. That’s normal being a HO. Yang penting, pastikan clear jadi HO. Then, buat la apa yang you mahu...”


  •       How come you cannot see people dying? That is a part of doctor’s life. You must accept it. We can’t prevent someone from dying.  We aren’t god. We can only do our best to keep them in a good shape. That’s what a doctor supposed to do.”


       Surah An-Nahl : Ayat 70


Beginilah antara kisah HO yang mencerminkan betapa tanggungjawab yang dipikul HO bukan mudah. Cabaran dan realiti yang perlu kita hadapi akan datang. Penulis juga masih menuntut di bangku universiti tanpa mendapat pendedahan penuh akan kehidupan sebenar HO. Oleh itu, mari kita sama-sama mempersiapkan diri, fizikal dan mental sebelum jadi HO. Doa kalian amat kami harapkan supaya kami dapat berbakti untuk negara tercinta.

Segala kesilapan maklumat, harap dimaafi. Persoalan boleh diajukan terus di blog ini. Penulis akan cuba untuk menjawab sekadar pengetahuan penulis.

Wallahua’lam…