Assalamualaikum w.b.t…
Masih
segar di fikiran penulis kisah seorang HO yang patut kita, bakal doktor ambil
iktibar. Kisah ini diceritakan oleh emak penulis seusai beliau pulang dari
hospital tempat kerjanya. Hakikatnya, banyak ragam HO sekarang di zaman millennium
ini berbanding zaman generasi X yakni zaman ibu bapa kita dahulu. Tugas yang mereka
pikul lebih berat akibat masih kekurangan doktor pada ketika itu.
Untuk
pengetahuan pembaca, semalam(4 Sept 2012), seorang lagi HO telah masuk ke dalam
pejabat emak penulis. Bukan untuk memberi sebarang aduan, tetapi ingin meminta
pandangan dan nasihat. Biasa la tu… Ni dah masuk kali ketiga HO datang ke office
beliau. Kali ni, perempuan. Terdahulu, seorang lelaki dan seorang
perempuan. Sungguh, perbezaan gender tidak mempengaruhi hasil mutu kerja
seorang HO!!!
Kisahnya
bermula apabila HO ni baru memulakan karriernya sebagai HO pada awal tahun
2011. Tetapi hanya mampu bertahan lebih kurang 3 bulan sahaja dan terpaksa
direhatkan atas sebab depression yang teruk. Oktober 2011, beliau ingin
sambung semula karriernya. Tetapi 2 minggu sahaja bertahan kerana masalah yang
sama. Dan kini, beliau ingin meneruskan perjuangannya sebagai HO dan diberikan posting
di hospital emakku. HO ini berjumpa dengan emakku untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapinya…
Apa
masalahnya??? Setelah ditanya pelbagai macam soalan, akhirnya HO ini pun
beritahu masalahnya. Mudah kata, masalahnya ialah…
- CANNOT DO LONG TERM WORK
- CANNOT SEE PEOPLE DYING (mati)
Wah… Ini rupanya masalahnya. Tetapi,
penulis lebih tertarik akan jawapan yang emak penulis berikan…
- “Sebelum you jadi doktor dulu, you sepatutnya kena faham tugas doktor ni betul-betul. Bukan jadi doktor atas alasan kehendak parents atau suka-suka je nak jadi doktor. Benar, kehidupan doktor memang tak boleh lari dari patient. You should make a lot of sacrifices for the sake of your patients. Termasuk la melakukan kerja selama belasan jam dengan rehat yang minimum.”
- “Kita juga kena pandai memotivasikan diri kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan. Contohnya, buat kalendar sepanjang 2 tahun kita bekerja. Cross out hari-hari yang telah dilalui. Dengan ini, kita seolah-olah membuat countdown bila hari-hari HO akan berakhir. Kita juga boleh menyematkan dalam diri kita bahawa semua HO melalui jalan yang sama kita tempuh. Jadi, sekiranya mereka boleh clear tanpa kena extend, kenapa tidak kita???”
- “Kalau you rasa susah sangat jadi doktor ni, why don’t you become anything else after you completed your Housemanship. Sebenarnya, dalam karrier doktor ni memang zaman HO is the worst part of it. Kena marah la, kena suruh macam-macam la. That’s normal being a HO. Yang penting, pastikan clear jadi HO. Then, buat la apa yang you mahu...”
- “How come you cannot see people dying? That is a part of doctor’s life. You must accept it. We can’t prevent someone from dying. We aren’t god. We can only do our best to keep them in a good shape. That’s what a doctor supposed to do.”
Surah An-Nahl : Ayat 70
Beginilah antara kisah HO yang mencerminkan
betapa tanggungjawab yang dipikul HO bukan mudah. Cabaran dan realiti yang
perlu kita hadapi akan datang. Penulis juga masih menuntut di bangku universiti
tanpa mendapat pendedahan penuh akan kehidupan sebenar HO. Oleh itu, mari kita
sama-sama mempersiapkan diri, fizikal dan mental sebelum jadi HO. Doa kalian
amat kami harapkan supaya kami dapat berbakti untuk negara tercinta.
Segala kesilapan maklumat, harap dimaafi.
Persoalan boleh diajukan terus di blog ini. Penulis akan cuba untuk menjawab
sekadar pengetahuan penulis.
siapakah gerangan si penulis?
ReplyDeleteAnyone as long as one of students of KiTT. ^_^
Delete;)
ReplyDeleteSalam. Sbnrnya saya sgt berharap agar penulis dpt bertnyakan kpda emak penulis mengenai sis HO di negara kita scara ringkas. Sekian =)
ReplyDeleteUntuk pengetahuan saudara@i, sistem HO di negara kita ini masih lagi dalam kajian. Kemungkinan akan ada satu sistem yg meng'hybrid'kan sistem shift dan on-call pada masa akan dtg. Bukan penulis tidak mahu menjawab soalan, tetapi memerlukan kajian yg mendalam termasuk 'pros and cons' kedua2 sistem tersebut. Sekiranya berminat, boleh juga blogwalking di ubatmuda.blogspot.com. InsyaAllah bnyk info menarik oleh doktor2 yg berpengalamn sendiri.
Delete