Pages

Monday, 24 September 2012

Pengalaman di Wad Kecemasan

       Assalamualaikum w.b.t.

       Kali ini, penulis ingin berkongsi satu kisah yang menarik yang berlaku dalam kamus kidup penulis. Jumaat lepas (21 Oct 2012), penulis telah pergi ke sebuah hospital di negara bukan untuk attachment tetapi sebagai pesakit. Wow, sampai ke wad kecemasan tuuu.... 

       Sebenarnya, bukan apa, cuma penulis merasakan ketidakselesaan di dada atau lebih dikenali sebagai chest pain. Sebelum pergi ke hospital, terbayang di kepala penulis, pelbagai jenis penyakit jantung seperti angina pectoris, myocardial infartion, endocarditis, aneurysm dan lain-lain. Perasaan ketika itu bercampur baur. Teringat kuliah Ustaz Pahrol; Mukmin Professional yang bertajuk Ingat Mati Menghidupkan Hati. Dah la penyakit jantung adalah pembunuh no. 1 di dunia. Perghh....

       Pada malam itu, lebih kurang pukul 9.30pm, ayah penulis terus bergegas menghantar penulis ke hospital yang berdekatan. Terus mencari papan tanda ke arah Wad Kecemasan. Masuk sahaja ke perkarangan wad, penulis lihat keadaan di situ agak lengang. Alhamdulillah, cepat la sikit urusan pemeriksaan ke atas penulis. Penulis diminta untuk mendaftar. Terdapat beberapa orang sedang menunggu giliran. Ada juga pesakit yang datang mengadu  disengat lipan. 

       Di kaunter pendaftaran,

       "Adik sakit apa ni?"
       "Rasa tak selesa kat dada. Dan rasa tu macam kat jantung dan bukannya paru-paru."
       "Umur?"
       "Baru 20 tahun."
       "Adik ada terjatuh ke, ter.."
       "Eh, tak la. Ni dari petang lepas sembahyang Jumaat dah rasa macam ni dah. Sebelum ni, pernah juga rasa macam ni, tapi hari ni macam teruk sikit. "
       "Ish... Biar betul dik, umur adik muda lagi tak kan sakit jantung kot. Lain la kalau dah umur 35 tahun ke atas."

       Dalam hati penulis, memang ada benarnya apa yang dikatakan tadi. Tapi nak buat macam mana, dah rasa sakit itu datang. Kena la pergi jumpa doktor kan...

       Setelah mendaftar, penulis diminta untuk menunggu giliran di ruangan menunggu. Tak sampai beberapa minit, nama penulis dipanggil, memecahkan segala lamunan pada ketika itu. Kali ini seorang MO berbangsa India yang hanya berpakaian biasa sahaja. Medical history diambil.

       "I got information from your mother that one of your friend was diagnosed as TB right?"
       "Oh, kawan saya tu bukan kena TB tapi pnuemonia kat lower lobe, left lung."
     
       Ni lah sedikit perbualan yang betul-betul penulis ingat.
     
       Setelah proses history taking berakhir, doktor menyuruh staffnya untuk membuat ECG dan X-Ray. Teruja la juga sebab ni first time dalam hidup penulis berhadapan dengan situasi begini. Bukan untuk merawat, tetapi dirawat sebagai orang kebiasaan yang diduga mempunyai sakit jantung.

      X-Ray diambil dahulu. Sepanjang perjalanan ke Unit Pengimejan dan Diagnostik, penulis dibantu menggunakan kerusi roda walaupun hanya lebih kurang seratus meter sahaja dari wad kecemasan tadi. Bukan tak boleh berjalan, tapi sebagai mengikuti procedure yang ditetapkan. X-Ray diambil dan diserahkan kepada doktor India tadi.

      Kali ni giliran ECG pula. Sebelum itu, doktor meminta kebenaran untuk mengambil darah. Katanya, untuk diuji dengan cardiac marker. Penulis sempat bertanya, cardiac marker apa yang ada di hospital tersebut. Hanya CK dan LDH sahaja yang digunakan. Dan memerlukan at least one hour, baru boleh dapat result yang diperlukan.

       Seorang jururawat memasangkan kesemua limb leads dan chest leads di badan penulis. Kali ni, baru penulis dapat merasakan penggunaan chest leads. Ketika belajar di kelas praktikal, penulis hanya dibenar menggunakan limb leads sahaja.


       Bacaan ECG telah selamat diprintkan walaupun sebelum ni terdapat masalah teknikal yang memaksa jururawat tersebut menukarkan ke mesin ECG yang lain. Seusai menerima bacaan ECG tersebut, doktor India tadi meminta saya untuk berpusing ke belakang untuk di check pula lymph node saya. Beberapa tempat ditekan untuk melihat sekiranya terdapat sebarang perubahan pada lymph node saya. Sekiranya seseorang pesakit itu disyaki menghidap TB, antara perkara yang jelas adalah enlargement of lymph node. Mungkin atas dasar itu, lymph node saya diperiksa.

       Kini, tiba pada sesi penerangan results. Alhamdulillah, doktor mengatakan tiada sebarang masalah pada penulis. Mungkin akibat stress atau psikologi sahaja. X-Ray menunjukkan tiada sebarang masalah pada jantung penulis. No cardiomegaly. Bermaksud tidak berlaku sebarang inflammation atau seangkatan dengannya. ECG juga ok. No ST elevation. Cuma sedikit sinus arrythmia. Full blood count(FBC or CBC) juga normal. RBC, WBC, granulocyte dan lain-lain pun normal. Bermaksud tiada sebarang infection yang berlaku. Cuma cardiac marker test je yang belum siap lagi. Alhamdulillah....

       Doktor memberi pilihan sama ada hendak tunggu atau balik rumah atas alasan rumah penulis yang berhampiran dengan hospital dan juga akan SMSkan result terus ke emak penulis yang berada di rumah pada waktu ini.

       Sebelum berangkat pulang, penulis sempat mengutip beberapa ilmu berkaitan kedoktoran daripada MO tersebut. Especially about cardiac disease. Doktor juga memberi pilihan kepada penulis untuk membawa pulang film X-Ray. Penulis beralah apabila melihat beberapa HO sedang meneliti film tersebut. Mungkin dapat membantu HO tersebut untuk menjadi doktor yang hebat kelak. InsyaAllah...

       Akhir kalam, nasihat penulis, marilah kita sama-sama merenung hadis ini dan jadikan ia sebagai ikitbar InsyaAllah...

       Daripada Ibn Abbas ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: 2 nikmat yang seringkali dilupakan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan masa lapang.

       Sama-sama kita hargai nikmat KESIHATAN dan MASA LAPANG...

       Wallahu'alam...

8 comments:

  1. macam knal je kawan penulis yg kne pneumonia (lower lobe, left lung) hahha...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...nasib baik xde pape..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Supposed to be 21 Sep 2012, right? My bad...

      Delete
  4. hahahaha.. siyes.. nice sharing..

    ReplyDelete
  5. menarik jugak blog ni.. sape2 rase yang dia budak KITT, tulislah banyak2 lagi.. berguna jugak sebenarnya..

    ReplyDelete