Pages

Wednesday 25 April 2012

Sabar ye awak

Ini cerita berbulan-bulan. Cerita benar. Pastinya ramai yang mengalaminya. Berbeza situasi namun isinya sama.
Amik ibrah sama-sama ye.


***

Exam sem selesai. Semua bergegas pulang ke rumah.

Dan aku bersegera ke kedai runcit berhampiran. Ada sedikit barang yang perlu dicari. 

Jus Juhayna mango dan oren dicapai. Best kalau panas-panas ni minum jus. 2 paket makaroni diambil. Untuk bekalan pastinya. Tika hari malas. Lalu aku menuju ke kaunter. 

Ammu A di kaunter nampak sibuk dan garang! Mungkin penat. Namun aku cuba memaniskan muka. Tak mahu menambah minyak di api yang tengah panas. Hehe.

Budak lelaki sekitar 15 tahun datang. Terus diambil Chipsy kecil di luar kedai. Dan menuju ke kaunter. Lalu dibaling duit segenih ke meja kaunter. Saat itu aku terkedu. Dalam hati rasa macam kurang sopan. Kenapa tak letak elok-elok?

Ammu A yang pastinya dalam mood yang kureng menempelak si budak itu. Terus diherdik sekuat-kuatnya. Dimarah dan ditampar berkali-kali. Sampai budak itu menangis.  Aku yang berhampiran budak itu berundur ke belakang. Takut! 

Orang-orang sekeliling mula menghampiri. Ada yang back up Ammu A. Dan ada yang back up budak itu. Dua puak itu saling mempertahankan pendapat masing-masing. 



Yang pasti diri ini tak faham. Hanya memahami yang Ammu A tak suka perangai biadap budak itu. 

Perbalahan berlaku sekitar 15 minit. Aku? Saat itu aku punya dua pilihan. Beredar atau kekal di situ. Namun diri ini tak berganjak. Setia di situ. Hanya menghamburkan kemarahan dalam hati. Bergaduh lagi!

Sabar je la.

****

Saya teringat hadis Nabi.

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.

Marah itu normal. Kerana kita punya hati. Punya perasaan. Pastinya setiap kita akan bertemu situasi yang menjadikan kita ber'asap'. Dan kita ingin marah. Ingin menghamburkan kemarahan.

But the question is ; how we manage our anger?
Don't worry. Our deen provides a good solution.

Antaranya:

Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)





Tuesday 24 April 2012

Arab oh Arab

Salam..saje nk kongsi pengalaman sedikit..

nak cerita sedikit pasal org arab ni..org arab ni mmg banyak perangai yang x berapa nak elok..tapi at the same time org arab ni juga ada banyak kelebihan dan perangai yang elok.(cth org arab ni mmg sgt terkenal dgn memuliakan tetamu dan bermujamalah(bermanis kata))

Marilah kita ambil dan contohi perangai elok dari mereka...

Dalam lecture td,lecturer mengajar medik(epidemiology) dan dikaitkan pula dgn agama. Ni hadis yang dibaca oleh lecturer td..

يا معشر الشباب ، من استطاع الباءة فليتزوج ، فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم ، فإنه له وجاء 

terjemah: " hai para pemuda, barangsiapa yg ada kemampuan hendaklah dia berkahwin, kerana ia dapat mengawal pandangan dan menjaga kemaluan. B/siapa yg tidak mampu, hendaklah berpuasa, kerana puasa adalah benteng (syahwat)
HR Syaikhan

Malah bukan sekali ni je,sebelum2 ni ad lecturer yg time mengajar tibe2 kaitkan dangan ayat alQuran atau hadis..


Rumusan 
  • Bagi sesiapa yang sdang belajar di mesir ni marilah kejar ilmu agama di samping ilmu medik..at least belajar pasal fardhu ain..Nnt dah jd doktor kat hospital senang nak buat keputusan berlandaskan syarak atau jd lecturer medik boleh kaitkan agama dgn medik supaya dapat menarik org kpd Islam..Sebenarnya,doktor lah yang paling mudah untuk berdakwah sbb org yg akan dtg kpd kita.
  • cepat2lah kahwin..haha..lecturer pun kate td wanita2 malaysia cantik2 belaka =)


moga Allah redha..Sekian..

p.s. sekejap je nak habis 2nd year..this last few weeks let's pulun abis2an..mumtaz for ummah right?..(x sabar nak balik malaysia nih!!)


p.s.s. jgn lupa utk berdoa kpd saudara2 kita di syria.dan palestin.allahu musta'an

Monday 9 April 2012

Exam: Apa target anda?

EXAM MODE : ON
In sya Allah sama-sama mumtaz !


Yang dah selalu mumtaz, kena maintain..
Yang lain, jom struggle untuk SEM 4 ni..


Kill ALL A's !!!


Rabbuna yusahhil.


اللهم إنا نستودعك ما علمتناه فاردده إلينا عند حاجتنا إليه

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon agar kau simpankan kepada kami apa yg telah kau ajarkan kami ini, maka kembalikanlah ia kepada kami ketika kami berhajat kepadanya"

(boleh baca doa ni lepas habis study ^_^)
"...Tidak berguna kita berjaya sorang2 sedangkan sahabat2 kita ramai yang gagal..."