Imam Hassan al-Banna dalam Rukun Bai'ah menganjurkan agar kita banyak membaca al-Quran. Seboleh-bolehnya letak sasaran satu juzuk al-Quran sehari agar kita tidak tergolong mereka yang melalaikan al-Quran. Satu juzuk bersamaan dengan 20/21 ms?
Bermakna, jika kita membaca setiap kali selepas solat, kita hanya perlu membaca 2 helai, ataupun 4ms sahaja. 1 ms mengambil masa kira-kira 3-5 minit sahaja. Tak banyak pun, betul tak?
Jika kita betul-betul mengamalkannya, kita akan dapat merasai iman kita menjadi begitu teguh pada hari itu. Untuk menghabiskan 1 juzuk al-Quran, kita memerlukan masa sekitar 1 hingga 1 jam setengah secara keseluruhan, bergantung kepada kelancaran kita membacanya.
Satu jam setengah mungkin banyak bagi seseorang pelajar medik. Jangan kita berkira sangat dengan masa untuk membaca al-Quran. Ingatlah, jika kita berjaya menghabiskan 1 juzuk al-Quran kita akan dapat merasai keberkatan kualiti masa, anugerah Allah pada hari itu. Tak percaya? Cubalah!
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah, mendirikan solat dan mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terus terang, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mensyukuri. (Fathir:29-30)
Hah, hebat keberkatan al-Quran bukan?
Percayalah. Lazimi al-Quran dan nikmatilah berkatnya kualiti masa. Apa yang saya maksudkan sebagai 'keberkatan' kualiti masa?
Ulama-ulama silam, kebanyakan mereka hafaz al-Quran. Kebanyakan mereka menekuni berjuzuk-juzuk al-Quran sehari. Dalam masa yang sama, mereka mampu mengarang berjilid-jilid kitab. Bahkan kitab-kitab mereka boleh dimuatkan ke dalam beberapa almari jika dikumpulkan.
*Terkesan dengan fakta-fakta ini. Sedih diri ini langsung tidak dapat dibandingkan dengan mereka, jauhnya bagaikan langit dengan bumi! Namun hati ini berazam, akan cuba sedaya untuk meraih 'barakah'Nya! Jom kite sama-sama lakukannya! :)
sekadar bertanya rukun bai'ah ke berapa ni?
ReplyDeleteerr.. kita boleh ke bai'ah2 ni??
ReplyDeleteini extract dari novel dr. farhan hadi & fatimah syarha; cinta high class kan. bagus novel ni, byk point2 yg boleh jadi pedoman. recommended! :D
ReplyDelete