Pages

Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Thursday, 10 January 2013

Terima kasih OB!

Bismillah, Assalamualaikum ikhwah yang hebat meredah angin subuh pagi untuk ke masjid dan akhawat yang dasyat dalam qiam dan doa di rumah! :)

This entry is my second entry here. And my second time posting kat blog actually. Heeee. Pendek je InsyaAllah post kali ni sebab nak cepat. Tapi sebab kobar-kobar nak share punya pasal so menaip jugak la sepatah dua patah kata kan kat sini. Mula-mula macam nak share dekat facebook je. Tapi macam tak best pulak sebab nak tulis panjang-panjang siket. Siket je. Ngehehe. Buat tanda sama dengan, plus huruf pi kecik. Heh!
 
8 Jan 2013. Ini Hijrahku.
Semalam. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk join program terakhir dari pimpinan batch 2011/2012. Program yg saya kira menarik atas sebab banyak bentuk penghijrahan yang cuba diketengahakan oleh OB ni (Organisasi Batch). Tahniah Faris dan Iman! *Bias siket* Weeeeeeeeee~

Jangan menyampah dan tekan (x) kat atas tu!!! Saya tak start lagi. Huhu.
Gini ceritanya, semalam, one of the panelists berkongsi tentang penghijrahan beliau dari zaman 'nakal2' ke zaman 'kegemilangan'. Tak tahu lah saya istilah ni sesuai ke tak. Tapi faham jelah kot maksud saya ea.. So, nak jadi ceritanya beliau ni, kalau kita tak tahu cerita lama dia, kira kalau tengok dia sekarang, tak expect pon yang dia macam tu dulu. Ala macam majoriti kita-kita dulu. Zaman-zaman kecik-kecik tu. Yang masing-masing baru start secrete hormone estrogen and testosterone tu kan. Time tu lah nak tukar-tukar nombor tepon, time tu lah main message ntah dengan siapa-siapa sampai malam-malam buta, boleh sambung texting even ngantuk tahap dewa, letak phone kat dahi biar gegar-gegar kalau orang hantar message, time tu lah nak declare ntah apa-apa. Allah... Kalau ingat, er rasa macam tak matching dengan sekarang. Huaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! T__________T.

So, malam tadi moderator, which was Suhayl, one of KiTTian kita ni, tanya lah pada panelist ni, apa yang menyebabkan beliau berubah daripada zaman dulu-dulu tu ke sekarang ni? And beliau cerita lah (ni mafhum cerita panel tu), yang masa second year kalau tak silap, kat lecture hall kat U, diorang ada turn untuk bagi tazkirah. Maknanya setiap hari bertukar oranglah yang bagi tazkirah. Tak kira lelaki ke perempuan. Time turn dia kena bagi tazkirah, dia pon cerita lah pom pang pom pang kat depan lectue hall tu. After habis je beliau bagi tazkirah, ramailah kengkawan yang dok puji-puji kata best lah apa lah kan. And nak jadi cerita Allah detikkan kat hati beliau masa tu, surah Assaf ayat 2 and 3,

Alright, and saya juga selalu terasa zasss dengan ayat ni. Nanges 2 kali. Astagfiruallah!

Ok.
Apa yang saya kagum, beliau tak senang duduk dengan keadaan pada hari bagi tazkirah tu. Jadi from hari tu beliau pon buat keputusan untuk berubah. Directly, masa beliau cerita semalam tu, terlintaslah dalam kepala, yang bahawasanya hidayah Allah tu boleh datang bila-bila masa pon, kat mana-mana, pada apa-apa situation pon and dari siapa-siapa pon boleh jadi pengantaranya. Dari SIAPA-SIAPA PON. Saya terfikir, wah beruntunglah para SR dan UPI yang berkerja pada tahun itu, atas sebab mereka telah mendapat saham yang BESAR dalam penghijrahan seorang khalifah Allah ni. Saya kira beliau sangat hebat sekarang. Sangat hebat! Masakan tidak. Beliau mampu bercerita dengan menyelitkan unsur-unsur agama, sirah-sirah, potongan ayat Al-Quraan dan sebagainya tanpa teragak-agak. Allahhu rabbi! Kun fayakun.. Tiada siapa yang boleh menolak hidayahNya pada orang yang dia mahu! Allah!

Balik je dari forum tu terfikir lah nak share kat facebook memandangkan itulah medan saya yang utama. Ehehe. Memandangkan saya ni tak rajin menulis. Tengah-tengah dok scroll-scroll kat newsfeed tu, Allah buka mata dengan cerita-cerita dibawah ini (make sure dah log in facebook untuk click link) :

1.Peranan seorang BILAL untuk buat orang masuk Islam (artikel)
2.Peranan WARTAWAN untuk buat orang tertarik dengan Islam (video)
3.Peranan seorang bekas ISTERI CURANG dalam keislaman suaminya (hehe) (artikel)

Jadi kawan-kawan, ayuh kita jadi penyebab untuk menjadi salah seorang pengantara untuk seseorang itu mendapat hidayah Allah. Berat mizan oiiii kalau ada saham dalam hidayah seseorang tu. Lagi-lagi kalau orang yang baru berubah tu lagi kencang dari kita ni. Sampai mati bawak amal tak putus!!!

Ayuh! Ayuh! Ayuh! Berebut-rebut dalam kebaikan! Mulakan langkah. Eh sebelum tu tajdid niat. Moga Allah redha. Senyum lega habis taip~



Wednesday, 15 August 2012

Selamat Hari Raya Jerrypah! Yeay!

Salam alaik kamu yang sedang membaca!
Ye abang yang kacak bergaya ke masjid setiap hari dan akak yang cantik menolong mak di rumah sekalian! Hihihi.


Memang kacak okeh abang yang ke masjid every solat. Abang eh. Tok-tok and Ayah-ayah, you guys memang manusia terGentle di abad ini kerana masih kekal ke masjid dari zaman kacak sehingga zaman gentle. Ehehehe. Puji baik punya!

Ni first trial aku post entry tau. Sebelum ni tak pernah langsung. Tak pernah. And special thanks to those yang rekemen nak buat blog KTT -And you know who I am talking about- I love reading blogs before this but tulis memang tak ah kan. Tiba-tiba rasa nak post malam ni. Lantak lah orang kata blog dah tak kotemperori lah. Dah takde orang baca lah. Dulik. Asal ada orang cam aku yang masih setia baca blog. Well, aku akui kehangatan blog dah tak macam dulu. BloggerS lama dah malas nak update, menyebabkan aku yang pembaca blog tegar ni x masal nak taip satu entry. Eh, korang tau tak makna masal? Good. Cari dalam kamus, malas nak citer. Haha.


Boleh stopkan sekejap music background tu and play video ni. Eh jangan tanya aku. Aku pon tak tau kat mana button stop lagu. Pandai-pandai ah.^^


Just to point out this video. Sebenarnya aku dah bosan cari blog untuk dibaca. Seriously, bosan CARI blog. Bukan BACA. Ok. Ok. Aku tau ada mesti kata baca lah AQ ke solat sunat rawatib banyak-banyak ke. Yup sangat agree. But, sometimes orang kata futur. FUTUR ni kira cam perasaan kita tak membuak-buak untuk buat amal. Buat. Tapi tak macam masa baru turun flight tu. Kalau boleh dengar syaitan punyer perbincangan masa tu, bangga doh. Dorang sok sek sok sek buat mesyuarat tergempar untuk lawan Super Saya Egypt yang telah tertarbiah selama hampir 10 bulan di bumi anbiya' tu. Eish. Eish. Eish. Kita manusia kawan. Iman turun naik. Ingat tuh! Disebabkan kekurangan kelas-kelas peringatan kat Malaysia ni maka sedikit lemaulah iman ni and aku suka cakap dah futur sebab bagi takut siket bunyi dia. Muwahahaha. So, kena lah cepat-cepat cari bahan untuk counter balik . Antaranya baca lah blog. Weeee~

Ohohohoiiiiiiiii! Melalut sudah.

Well, video kat atas ni, terpulang pada korang nak terima makna dia macam mana. Kalau aku, aku rasa dah boleh dah Aizat ni join bulatan gembira yang maha banyak jenis zaman sekarang. Hehe. Pandai-pandai je. E'ehh, tak salah doakan orang baik-baik kan. Masuk syurga ramai-ramai. Oiii meriah Mak Senah kalau dah semua sepupu sepapat masuk syurga. Korang boleh recheck kat Surah At-tur 52 : 20-28 m/s 524. Meh aku bagi siket la. Tau malas take time nak bukak an. Hehe.

" Dan orang-orang yang beriman, beserta ANAK CUCU mereka yang mengikuti dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan ANAK CUCU mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya." Walaweyh.. Bestnya! Bestnya!

Masuk syurga jumpa Aizat. Boleh mintak sain. Hihi.

Ok dah. Cukuplah sesi kali ni. Kalau positif i tulis lagi. Huhu. Before that, nak share satu ni

Kepekatan malam ini
mengingatkanku pada noda semalam
aku khilaf detik itu
tenggelam dalam segara hitam
aku fasiq waktu itu
dalam gelita sinaran alpa
kerana aku tidak berdiri di landasan iman.

Dalam kekuatan hidayah-Mu
kutaut sulaman keinsafan
kubajai pohonan taubat
kurenjiskan manik kepasrahan
akan kusediakan perahu amalku
sebelum kusahut panggilan-Mu
sebelum dihisab di bawah panahan mentari
kerana aku tak semulia ciptaan Mu.

MENITI TITIAN SYURGA
2008, me.

Ni copy right aku sendiri okeh. And sajak ni dah dibukukan. Huhu. As i mention above, if positif may be, MAYBE I will write one more post and citer pasal sejarah sajak ni. May be. All depends on you readers. Budget! Haha.We will see. Any feedback? Thank you soooooo much! Lap! Lap! <3

Night, sleep tite. Oh, 27 Ramadhan.Tak kena langsung dengan tajuk. No idea.Toink!

Friday, 25 May 2012

It's Jumuah - Raef



Yeah, it's jumuah a.k.a sayyidul ayyam.
Jom baca surah al-Kahfi ! :)


Saturday, 17 December 2011

Erti Syukur

How many blind people would pay anything to be able to read the Qurán, 
how many deaf people would pay anything to be able hear the Athan, 
how many dumb people would pay anything to be able to say the Shahadah, 
and how many crippled people would pay anything to walk around the Ka'bah. 


You see; we're very rich, but just not grateful... 


"And few of My servants are grateful. " [34:13]


[Klik untuk saiz lebih besar]



Thursday, 1 December 2011

Ibadah dan Sains 1


Alhamdullilah…
            Kita sering mendengar kisah seorang Sahabat, Saidina Ali Karamallahu Wajhah yang mana terkenal dengan solat yang khusyuk. Al kisahnya, Saidina Ali terkena panah di paha, apabila hendak mencabut anak panahnya keluar semasa keadaan biasa, beliau merasa begitu sakit. Lalu Saidina Ali ra mengatakan cabutlah anak panah itu ketika aku(Saidina Ali) solat. Begitu khusyuknya Saidina Ali solat, anak panah itu tidak terasa saat dicabut.  Pernah seketika juga penulis memikirkan bagaimana ‘body regulation’ bertindak bagi membenarkan kisah tersebut. Sehingga kini, tiada sebarang penemuan bagi menjawab persoalan tersebut.

            Sejauh manakah tahap ke’khusyuk’an para sahabat sehingga dapat menahan kesakitan yang amat berat pada pandangan penulis. Adakah ke’khusyuk’an itu seumpama trance(berada dalam khayalan atau tidak sedarkan diri)? Adakah terdapat sebarang penggunaan analgesic atau anestatik? 



              Penulis akan menjawab YA. Terkejut bukan…

            Di dalam badan manusia, ada satu neuropeptide yang bertindak sebagai analgesic dan sedative iaitu ENDORPHIN. Ya, ia adalah dihasilkan oleh badan manusia sendiri secara semulajadinya. Penulis cuma mengambil sedikit fakta daripada buku The Miracle of Endorphin karangan Dr. Shigeo Haruyama (lahir tahun 1940 di Kyoto, seorang doktor bedah lulusan Universiti Tokyo)



Sebagaimana dijelaskan oleh Dr. Shigeo Haruyama, beta-endorphin  merupakan hormon yang dihasilkan oleh otak yang berkhasiat dan bekerja lima atau enam kali lebih kuat dibandingkan ubat bius (halaman 32). Kerananya hormon ini memiliki kesan analgesic (penghilang rasa sakit). Dan kerananya kita mengetahui perlaksanaan pembiusan akupuntur Cina. Di Cina, sejak dahulu operasi dilakukan tanpa anestesi dan pesakit sepenuhnya dibius dengan jarum-jarum akupuntur (halaman 72).

Dr. Shigeo Haruyama juga ada menggelarkan endorphin ini sebagai Hormon Kebahagiaan. Dan mengapa otak menghasilkan hormon jenis ini? “Saya yakin bahawa dengan itu, alam ingin memaksa kita untuk hidup bahagia”, menurut Dr. Shigeo Haruyama (halaman 32). Kalau ALLAH menciptakan kita dan memaksa kita untuk hidup bahagia (dengan Hormon Kebahagiaan itu), mengapa kita lihat banyak diantara kita yang hidup tidak bahagia?

Solat merupakan salah satu cara untuk merangsang otak kita menghasilkan hormon kebahagiaan (endorphin ) itu. Ibadah yang kadangkala dipandang ringan oleh sesetengah orang seperti berwudhu, mempunyai seribu satu hikmah yang terkandung di dalamnya. Analogi yang sama dijelaskan oleh Dr. Shigeo Haruyama dengan pemijatan tsubo(istilah jepun) atau bahasa mudahnya memberi sedikit stimulus atau pain kepada pressure point pada wajah yang merangsang penghasilan hormon kebahagiaan. Atau gerakan meditasi yang diajarkannya, sudah pastilah lengkap lagi apabila diwakili dengan gerakan solat yang sempurna itu. Ya ALLAH, betapa Engkau memaksa kami untuk merasa bahagia dan sihat dengan “perintah” solat-Mu…





Selain mengerjakan ibadah solat, berpuasa disatukan dengan zikir dan doa dan sebagainya juga dapat menghasilkan bahan enkefalin dan endorphin. Kedua-dua adalah bahan pelengkap luar biasa. Maka, tidak hairanlah apabila dilihat orang berpuasa lebih optimis. Jangan takut untuk merasa lapar kerana kita sudah biasa kenyang!!!

Begitulah indahnya panduan hidup yang digariskan untuk umat Islam tidak kira di mana pun mereka berada. Cuma yang membezakan adalah sejauh mana penghayatan mereka terhadap sesuatu perkara itu.

Sahabat penulis sering menasihati penulis “Untuk beramal dengan sesuatu ilmu itu lebih susah berbanding mempelajarinya”. InsyaAllah, semoga dengan sedikit perkongsian daripada penulis dapat meningkatkan iman kita semua. Amin Ya Rabb…..



Post akan datang, InsyaAllah penulis akan cuba mengupaskan sedikit sebanyak mengenai TIDUR.... Nantikan.....



NB: Penulis hanya mengambil fakta dari beberapa sumber dari internet mahupun buku-buku ilmiah ditambahkan dengan ilmu di dada yang masih sedikit ini. Segala salah dan silap minta diperbetulkan dan dikongsi bersama-sama…..

Posted by : PENULIS (30/11/2011  6.15pm)

Saturday, 15 October 2011

A.N.A.L.I.S.A

Assalamu’alaikum wbt

Izayyiku? Hari ni masak lauk apa? Haha..masing-masing dah duduk rumah sewa. Tak macam kita tinggal kat asrama MARA. Dulu turun naik lif singgah ksp, boleh tunjuk…nak lauk yang mana satu. Sekarang? MASAK SENDIRI, ok!


Ok.Alhamdulillah ada kesempatan nak menulis kali ni. Tak mau main ‘copypaste’.

*************************************************

OK. Sebenarnya, tak tahu nak tulis apa. Cuma nak berkongsi suatu kisah di mana Ibrahim bin Adham ditanya mengenai sebab doa terhijab a.k.a. tidak dimaqbulkan.

Hari-hari kita solat, berdoa kepada Allah siang malam. Kita pinta macam-macam. Nak result gempak. Nak jadi doktor professional lagi berkaliber dan bergaya. Nak jadi anak soleh/solehah. Lagi advance, nak kawen awal. Ok, just kidding. But, who knows? HAHA.

Dan kita juga selalu minta agar Allah kurniakan ketenangan pada hati kita. Sebab hati kita ni sifatnya mudah berbolak-balik. Tapi kenapa kadang-kadang hati rasa tak tenang? 

Sebabnya, hati yang asyik dibuai kelalaian semakin lama akan berkarat seperti karatnya besi apabila terkena air. Maka, buanglah 'karat-karat' itu dengan bacaan al-Quran dan mengingati mati.

Tapi, kenapa Allah tak maqbulkan doa kita? Ya, betul. Doa kita akan Allah perkenankan tak kira cepat mahupun lambat. Tapi mesti ada sebab, bukan? Apa yang menjadi penghalang [mawani’] doa kita tidak mustajab?

وقال ربكم ادعوني استجب لكم

         Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar Basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya: “Ya Abu Ishaq, Allah berfirman dalam kitab-Nya “Berdoalah kepadaku, nescaya Aku (Allah) kabulkan. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dimakbulkan?”

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara"

1. Kamu mengenal Allah, namun kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak mengamalkan isinya.

3. Kamu mengakui bahawa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun kamu mengikuti jejak dan perintahnya.

4. Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan ajaran dan sunnahnya.

5. Kamu sangat menginginkan syurga, tapi kamu tak pernah melakukan amalan ahli syurga.

6. Kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun ternyata kamu mejerumuskan dirimu kepadanya.

7. Kamu mengaku bahawa kematian itu pasti, namun kamu tidak pernah mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk mencari aib orang lain, tetapi kamu lupa akan aib dan kekurangan diri sendiri.

9. Kamu makan rezeki Allah kurniakan, tapi kamu lupa mensyukuri nikmat-Nya.

10.Kamu mengiringi jenazah ke kubur, tapi tidak pernah mengambil pengajaran daripada mereka.”
*****************************

Jadi, kita sebagai pelajar bidang perubatan, belajar mengenai ciptaan Allah. Tak kiralah anatomi manusia mahupun haiwan. Hatta, sel bakteria pun kita belajar dan kaji. Kita pun kenalah analisa + muhasabah diri kita. Apakah kita ini hamba Allah yang benar-benar bersyukur?
Salam mujahadah :)