Alhamdullilah…
Kita sering mendengar kisah seorang Sahabat, Saidina Ali Karamallahu Wajhah yang mana terkenal dengan solat yang khusyuk. Al kisahnya, Saidina Ali terkena panah di paha, apabila hendak mencabut anak panahnya keluar semasa keadaan biasa, beliau merasa begitu sakit. Lalu Saidina Ali ra mengatakan cabutlah anak panah itu ketika aku(Saidina Ali) solat. Begitu khusyuknya Saidina Ali solat, anak panah itu tidak terasa saat dicabut. Pernah seketika juga penulis memikirkan bagaimana ‘body regulation’ bertindak bagi membenarkan kisah tersebut. Sehingga kini, tiada sebarang penemuan bagi menjawab persoalan tersebut.
Sejauh manakah tahap ke’khusyuk’an para sahabat sehingga dapat menahan kesakitan yang amat berat pada pandangan penulis. Adakah ke’khusyuk’an itu seumpama trance(berada dalam khayalan atau tidak sedarkan diri)? Adakah terdapat sebarang penggunaan analgesic atau anestatik?
Penulis akan menjawab YA. Terkejut bukan…
Di dalam badan manusia, ada satu neuropeptide yang bertindak sebagai analgesic dan sedative iaitu ENDORPHIN. Ya, ia adalah dihasilkan oleh badan manusia sendiri secara semulajadinya. Penulis cuma mengambil sedikit fakta daripada buku The Miracle of Endorphin karangan Dr. Shigeo Haruyama (lahir tahun 1940 di Kyoto, seorang doktor bedah lulusan Universiti Tokyo)
Sebagaimana dijelaskan oleh Dr. Shigeo Haruyama, beta-endorphin merupakan hormon yang dihasilkan oleh otak yang berkhasiat dan bekerja lima atau enam kali lebih kuat dibandingkan ubat bius (halaman 32). Kerananya hormon ini memiliki kesan analgesic (penghilang rasa sakit). Dan kerananya kita mengetahui perlaksanaan pembiusan akupuntur Cina. Di Cina, sejak dahulu operasi dilakukan tanpa anestesi dan pesakit sepenuhnya dibius dengan jarum-jarum akupuntur (halaman 72).
Dr. Shigeo Haruyama juga ada menggelarkan endorphin ini sebagai Hormon Kebahagiaan. Dan mengapa otak menghasilkan hormon jenis ini? “Saya yakin bahawa dengan itu, alam ingin memaksa kita untuk hidup bahagia”, menurut Dr. Shigeo Haruyama (halaman 32). Kalau ALLAH menciptakan kita dan memaksa kita untuk hidup bahagia (dengan Hormon Kebahagiaan itu), mengapa kita lihat banyak diantara kita yang hidup tidak bahagia?
Solat merupakan salah satu cara untuk merangsang otak kita menghasilkan hormon kebahagiaan (endorphin ) itu. Ibadah yang kadangkala dipandang ringan oleh sesetengah orang seperti berwudhu, mempunyai seribu satu hikmah yang terkandung di dalamnya. Analogi yang sama dijelaskan oleh Dr. Shigeo Haruyama dengan pemijatan tsubo(istilah jepun) atau bahasa mudahnya memberi sedikit stimulus atau pain kepada pressure point pada wajah yang merangsang penghasilan hormon kebahagiaan. Atau gerakan meditasi yang diajarkannya, sudah pastilah lengkap lagi apabila diwakili dengan gerakan solat yang sempurna itu. Ya ALLAH, betapa Engkau memaksa kami untuk merasa bahagia dan sihat dengan “perintah” solat-Mu…
Selain mengerjakan ibadah solat, berpuasa disatukan dengan zikir dan doa dan sebagainya juga dapat menghasilkan bahan enkefalin dan endorphin. Kedua-dua adalah bahan pelengkap luar biasa. Maka, tidak hairanlah apabila dilihat orang berpuasa lebih optimis. Jangan takut untuk merasa lapar kerana kita sudah biasa kenyang!!!
Begitulah indahnya panduan hidup yang digariskan untuk umat Islam tidak kira di mana pun mereka berada. Cuma yang membezakan adalah sejauh mana penghayatan mereka terhadap sesuatu perkara itu.
Sahabat penulis sering menasihati penulis “Untuk beramal dengan sesuatu ilmu itu lebih susah berbanding mempelajarinya”. InsyaAllah, semoga dengan sedikit perkongsian daripada penulis dapat meningkatkan iman kita semua. Amin Ya Rabb…..
Post akan datang, InsyaAllah penulis akan cuba mengupaskan sedikit sebanyak mengenai TIDUR.... Nantikan.....
NB: Penulis hanya mengambil fakta dari beberapa sumber dari internet mahupun buku-buku ilmiah ditambahkan dengan ilmu di dada yang masih sedikit ini. Segala salah dan silap minta diperbetulkan dan dikongsi bersama-sama…..
Posted by : PENULIS (30/11/2011 6.15pm)
nice sharing :)
ReplyDeletebagus artikel ni. dah lama nak tau apa rahsia orang khusyuk dalam solat. Perkaitan sains dan al-Quran.
jzkk.
amat2 berinformasi..syukran
ReplyDelete