Pages

Thursday, 26 January 2012

Q&A for FinaLe Sem 3!!

Salam,Harini nak kongsi sedikit Q&A sempena Final yg bakal menjelma ni. :D

Tip kalau stress study?
Kalau stress,bukak tingkap and tngok langit..then fikir..dengan kuasa mahasuci Allah yg menggenggam langit dan bumi ,yg penciptaannya sungguh kompleks,pasti masalah kita yg kecil ni sungguh mudah bg Allah untuk selesaikan.Tapi,dengan Syarat kita kena hampirkan diri dan selalu doa pada Allah. 

[Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.]40:57

Betulke aku boleh jd doctor ni?
Insyallah,katakan YA! Semuanya bergantung pada niat kita.Niat yg baik pasti akan membuahkan hasil yang baik.Kalau niat kita nak serve masyarakat dan ajak manusia ke jalan Allah,then Allah berada di pihak kita.bila Allah bersama kita,semuanya insyallah akan smooth,ie.orang akan senang dengan kita,mudah dapat scholarship dan juga cemerlang dalam semua exam kita.

Tip cemerlang Exam?
Salah satunya ialah DOA untuk semua sahabat2 kita supaya Berjaya.Insyallah,Malaikat juga akan mendoakan yg sama buat kita..

[Daripada Abu Darda’ RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim)]

Susah kot Modul CNS ni.Macamana nak exam ni?
Kalau kita bergantung semata-mata pada kepandaian atau kegeniusan kita sehaja,memangla kita akan rasa BERAT . cuba kita yakin dan bergantung pada Allah,insyallah  xada penghalang,yakinla Allah yang akan menentukan kita ingat atau x ingat apa yg kita dah baca bila exam nanti.Sentiasa bersangka baik pada Allah,insyallah dipermudahkan.kalau kita jauh dari Allah memang akan terasa berat.Jadi mari muhasabah balik!!

[Hadis : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn Hibban)


Adalagi x apa2 lagi tips?
Minta ibu bapa kita doakan kita.Doa ibu bapa ,insyallah tiada hijab , dan selalu doakan dua ibubapa kita dan jadilah anak yang soleh untuk jd pencen kubur kedua orang tua kita.Insyallah.



Last sekali,nak kongsi beberapa ayat dari surah Ali imran yg berkenaan dengan ciri2 orang yang muttaqin.kalau kita perhatikan betul2,susunan ayatnya sangatlah Unik kerana dalam ayat sebelum dan ayat selepas (134&135)  ayat yg menerangkan ciri2 org yg bertaqwa ni,Allah sebut tentang Syurga..subhanallah..jadi marilah kita rebut 4 ciri2 muttaqin yg disebut oleh Allah ini:

[133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat)
Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
 [134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Ciri2 orang yg bertaqwa:

1.Orang yg meinfak ke jalan Allah.dalam ayat ni Allah sebut secara umum,tidak terhad kepada harta sahaja.jadi marilah kita jadikan masa, tenaga yang kita guna untuk study ni niatkan untuk berkorban ke jalan Allah. 
*infak=to loss something=berkorban

2.Orang yg menahan kemarahan.iaitu orang yg mampu menahan apabila dia boleh marah atau lebih tepat..orang memang x nampak pun dia akan marah.marahlah kita sekiranya orang menghina atau mempersendakan hukum islam dan jgnlah cepat melenting pada hal2 yg x perlu..

3.Mudah memaafkan manusia..insyallah Allah juga akan mengampunkan dosa2 kita..

4.Apabila terbuat benda perkara yg dilarang,segera mengingati Allah,dan istighfar dan sangka baik bahawa Allah akan ampunkan kesalahan kita.Ayat ini mnjadi dalil bahawa hatta orang yg bertaqwa juga tidak terlepas dari terbuat kesalahan.jd yakinlah bahawa kita juga mampu untuk berubah menjadi seorang yg bertaqwa.

-Jadi last sekali,marilah kita sama2 gunakan peluang kita sebagai pelajar medic yg belajar di mesir ini, untuk mencari sebnyak mungkin mutiara ilmu yang ada di mesir  ni, paling kurang kita dpat ilmu Medic,Bahasa Arab untuk hayati keindahan alquran dan fahaminya,ilmu Quran dan tajwid,dan juga ilmu agama.semoga kita dapat melahirkan ramai lagi generasi seperti Dr Danial Zainal Abidin,Prof Dr.Muhaya,Dr. Jamnul Azhar ,Ust Hasrizal Jamil dan Ust Zaharuddin..dan selamat berjaya dalam final ini!Bittaufiq Wannajah buat semua dalam Final ni!!InsyAllah..Ameen..

1 comment:

  1. thanks. sangat nice.

    especially ciri-ciri orang yang bertaqwa. memang kena tembak berkali kali bila baca.

    ReplyDelete