Pages

Showing posts with label pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya. Show all posts

Sunday, 8 January 2012

Berita Tergempar!

Bismillah. 
Assalamu'alaikum wbt.


Takde lah gempar mana pun. 
Berikut adalah keputusan pilihanraya organisasi batch sesi 2012/2013
Ahli Majlis Tertinggi (AMT)


Ketua Batch : Muhammad Faris bin Zulkifli 

Timbalan Ketua Batch : Nurul Widad bt Shukri

Setiausaha : Muhammad Ikhwan bin Zubir

Timbalan Setiausaha : Ain Syamimi bt Abd Halim

Bendahari : Ahmad Wafi bin Hasbullah

Timbalan Bendahari : Nurul Iman bt Zulkefli



# Kan dah kata anak-anak pakcik Zulkifli ni mantap mantap. harhar




Ucapan Ketua Batch - 
Assalamualaikum w.b.t. Firstly, saya minta maaf sebab saya sedang mengalami sedikit "shock" kerana ini adalah pengalaman pertama saya.. btw, saya faham setiap perkara yang ALLAH tentukan untuk kita semua adalah yang terbaik dan insyaALLAH ada hikmahNYA.insyaALLAH saya akan buat yang terbaik yang saya mampu.. dan saya juga memohon sokongan dan tunjuk ajar dari sahabat-sahabat semua.. tak bermakna saya di atas saya tak boleh ditegur dsb.. dan please jangan pandang saya sebagai ketua batch tapi pandanglah saya sebagai sahabat anda semua. Lastly, syukran kepada semua yang mengundi saya dan tak pernah jemu memberikan kata-kata semangat. wallahua'lam. :) 


Dan tak lupa juga, Terima kasih banyak banyak kepada bos KiTT 2010, Irhamni Rahman Zubir, yang banyak bersusah payah melayan kerenah kami. Even 3 bulan je. Anda tetap ketua kami walau apa sekali pun. (Terharu tak?)


Tahniah dan takziah kepada calon yang menang bertanding. Ingat! Amanah yang kita pegang tu..Allah persoalkan tanggungjawab dan amanah kita di hari akhirat kelak. Jangan ingat itu populariti semata-mata. Amanah itu berat. Be a good leader.


Ciao dulu. Wassalam~

Thursday, 5 January 2012

Siapa Calon Pilihan Anda?

Assalamu'alaikum wbt.
Izayyiku? Alhamdulillah. Dah sebulan kita belajar modul CNS. Pasal otak je. Itupun dah banyak sangat. Subhanallah. Sekecil kecil urat saraf pun banyak fungsinya.


Entry kali ni saya nak bercerita tentang pilihanraya batch Malaysian Students Alexandria University 2010-2016.
Tiada Islam tanpa jemaah, Tiada jemaah tanpa qiadah,Tiada qiadah tanpa ketaatan.-Saidina Umar Al-Khattab
Bermula awal Disember lagi, sudah dihebohkan dengan pilihanraya persatuan Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI). Bukan lagi berdasarkan undi populariti. Kini, corak pilihanraya dah berubah. Kena ada calon, pencadang dan penyokong. Siap kena beli borang pencalonan kot. 


# Pilihanraya kat Mesir pun tak habis lagi -_______-


Natijahnya, pemilihan AJK tertinggi batch pun terpalit sama. Kononnya mahu diselaraskan pilihanraya.
"Oh. Musim pilihanraya ke ni?"
Nampak gayanya begitulah.


Al-kisah. 
Borang pencalonan diedarkan ke dewan kuliah. Masing-masing sibuk memikirkan calon bagi jawatan Ketua & Penolong Ketua Batch, Setiausaha Agong, dan Bendahari Kehormat
Dan apabila, nama-nama calon pun dipaparkan di wall fb group batchDalam hati terdetik..
"Wah. Semua calon hebat-hebat belaka. Tak tahu nak pangkah siapa."


Dalam kalangan sahabat KiTT pun ada. Lebih kurang 7 orang kot yang tercalon.
Ada empat orang bagi jawatan Ketua Batch. Dua daripadanya KiTT students. Mantap mantap.
- Irhamni Rahman Zubir (bos!)
- Muhammad Faris Zulkifli (kawan baik bos)






Bagi jawatan Penolong Ketua Batch, S/U dan Bendahari:
- Marlyana Termizi
- Ain Syamimi
- Nurul Iman Zulkifli
- Faisal Iqbal Akbar
- Hazim Zulkifli


# Perasan tak anak-anak pakcik Zulkifli ni hebat hebat belaka? harhar


Kepimpinan adalah suatu seni muamalah bertabiat kemanusiaan. Dengan kepimpinanlah kita mampu mempengaruhi manusia ke arah satu-satu matlamat. Orang Islam mestilah berikat dengan kepimpinan meskipun dalam urusan yang kelihatan kecil dan remeh.
Sabda Nabi Muhammad SAW: " Apabila keluar bemusafir oleh tiga orang, hendaklah mereka melantik salah seorang daripadanya menjadi KETUA"
Kepada yang tercalon, selamat bertanding!
Dan tak lupa juga, selamat memangkah dan buang undi :)
Wallahu a'lam.