Pages

Friday, 25 May 2012

It's Jumuah - Raef



Yeah, it's jumuah a.k.a sayyidul ayyam.
Jom baca surah al-Kahfi ! :)


Monday, 21 May 2012

HlovATe - Selamat Hari Guru


1400:25102007MSB202


“Dapat kelas mana?” Nadia mengangkat mata dari buku ringkasan pengajaran di meja.Cikgu Hanim berdiri di sebelah mejanya. “ 4 Tekun.” Jawabnya. “4 Tekun?!” “Bersedia je la.” “All the best.” “Good luck.” Huh?! “Bawak minyak Cap Kapak siap-siap.” Ek?! “Panadol pun bawak la sekali sepapan-dua kalau ada.” “Sedia je la dua-tiga papan untuk seminggu dua ni.” Eh?! “Kalau nak bawak senapang sekali pun boleh je.” “Eloknya senapang gajah.” Urk? “Tisu sekali.” Apakah....?


***


“Kalau awak tak nak tolong diri awak sendiri,macam mana cikgu nak tolong awak?” Nad renung Izwan. “Cikgu,c’mon la.” Izwan merenungnya dengan sumbing. “Hampas kelapa kalau perah,memang dah takkan keluar apa dah.” Nad terdiam terpempan. Izwan geleng. “Buat apa pun dah tak guna,cikgu.” Rendah datar dia menutur sebelum bangun berlalu pergi. Siapa yang buatkan budak boleh fikir macam tu?Yang sampai mereka sendiri anggapkan diri tu memang tak ada harapan.Yang sampai buat mereka menyerah pasrah mengalah sebelum usaha dipaksa?


***


“Cikgu Nadia,kita tak nak bazir masa dan tenaga pada budak-budak yang memang tak nak ditolong macam tu.” Encik Anuar merenung Nadia dari balik cermin matanya. “Resource kita limited.Dan budak-budak tu....” Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu menggeleng dengan senyum sumbing. 


“Memang kes yang dah tak boleh nak ditolong dah.”

Rahang bawah terasa hampir nak jatuh.Segala patah kata yang terasa nak meluncur keluar dari hujung lidah ditahan.Karang mau aku kena tindakan disiplin sebab sound PK HEM. 


“Encik Anuar,siapa kita untuk label mereka macam tu.” Dia menutur di celah gigi yang diketap.

“They don’t even want to help themselves,Nadia.Diorang memang dah nak self-destruct.Kita nak buat macam mana lagi?” Tak terasa pun gaya Encik Anuar tu macam gaya ikhlas bersimpati. “Dan sekolah pun terus buat keputusan untuk biar je diorang tapa kelas tambahan?” Keningnya terangkat sebelah.Skeptik.

“Kalau kita buat pun diorang ponteng je buat apa.Kan saya dah kata mereka tu dah tak boleh nak ditolong.Dan resource kita limited.Kita tumpu je pada budak-budak yang nak.” Suara Encik Anuar dah sedikit meninggi.

“Kitorang ni hampas kelapa je,teacher.” Senyum sumbing Fikri kembali menerjah ingatan. “Mana ada orang kisah pasal kami.Kami ni kan budak-budak berhantu kan sekolah ni.Menyusahkan cikgu-cikgu dengan sekolah je.”

“Kita give-up on them macam tu je?” Kening Nadia terangkat tinggi.Biar benar nak ditinggalkan kelas aku tu macam tu je.

“Diorang tak nak tolong diri sendiri,Nadia....” Macam orang bercakap dengan budak tiga tahun Encik Anuar menutur.Susah benar la nak bagi cikgu setahun jagung ni faham.

“Sebab tak ada orang yang nak menolong dan lead diorang.” Nadia dah memotong dulu.Meter sabar terasa dah makin turun.

“Kita bukan hidup dalam dunia ideal,Nadia.”

“No ideal world does not imply that we can’t be ideal teachers....”

“Awak masih terlalu muda,Nadia.Kepala tu penuh melimpah lagi dengan idealisme.Bila dah lama nanti awak akan nampak.Kaki kita kena berpijak kat bumi nyata.”

Biar la aku jadi ideal sebelum dunia keliling ni corruptkan aku untuk jadi cynical.

“Hari Guru ni.Buat dedication la untuk cikgu.”


“Cikgu mana?”


“Cikgu mana yang mengaku kita ni anak murid pun?” Senyum sumbing.


“Cikgu Nadia.”


Semua terdiam.


“Kau nak buat dedication apa?Takkan nak jam lagu Nirvana kat atas pentas dewan tu kot?Mau HM terus tendang kita keluar sekolah.”


“Music of My Heart.”


“Kau gila.” Tanpa selang sesaat dia menjawab. “Kau tau tak lagu tu siapa nyanyi? Boyband,tau? Mau malu tujuh keturunan nyanyi lagu tu depan orang ramai.”


“Ada gaya aku kisah?”


Garu kepala. Satu sekolah ni tau mamat ni ganas keras.


“Music Of My Heart?” Izwan garu kepala. “Betul ni? Fikri tak menjawab.Dia dah capai gitar. Izwan sengih.Faham sendiri la,dol!

Dedikasi untuk:
‘Kita-kita’ yang pernah menjadi ‘hampas kelapa’ ini.
Yang kini di sebelah orang lain,
kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.
Gagal tu masih belum bertanda selagi usaha masih ada.
Serah diri itu bukan satu pilihan selagi tak mati.
&
Juga untuk pendidik yang memerah sesungguh hati hingga ‘hampas kelapa’ itu mengeluarkan pati.

Guru yang baik bukan hanya mengajar.Mereka mendidik.
Terima kasih buat semua pendidik.
Salam..
i came upon this pic whilst on fb..#facepalm..
it hit me right smack in the face,
menusuk hidung,then passing through nasopharynx,pharynx,larynx and their vocal cords,
continuing to the trachea,main bronchus,bronchioles,lung and finally heart
jauhnya perjalanan nak menusuk qalbu!(gara2 module respiratory..)

SO??
Let's let's let's read our Quran!

p.s. RAMADHAN AL-KAREEM is coming..the month well known as the month of worship aka bulan pesta ibadah...mari mari mari tingkatkan ibadah  ♪ ♫  ♪ ♫


AL-akhir..Salawah wa salam ala habibunal mustafal kareem Ya Sayyidi Muhammmad ibn Abdullah ibn Abd. Muttalib ibn Hasyim ibn Abd. Manaf ibn Qusai ibn Kilab ibn Murrah ibn Kaab ibn Luai ibn Ghalib ibn Fihr ibn Malik ibn Nadir ibn Kinanah ibn Khuzaimah ibn Mudrikah ibn Ilyas ibn Mudhar ibn Nizar Ibn Ma'adi ibn Adnan..(salasilah nabi kita ter-Cinta yg shahih dlm kitab Nurul Uyun karangan Ibn Sayyidin Nas)

Sunday, 20 May 2012

Till Death Do Us Apart?


الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين
Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,kecuali mereka yang bertaqwa.  
(Surah az-Zukhruf, ayat 67)
Allahu akbar. 


Kalam Allah tu. Pernah kita terfikir, terdetik dalam hati..kita dan sahabat karib kita saling bermusuhan di akhirat kelak. 
Itu tak kena, ini tak kena.
Masing masing berhujah. Saling bertelagah.


Walhal, masa hidup kat dunia, bukan main 'kamceng'.
Macam belangkas. Ke hulu ke hilir.
Pergi kuliah sama sama.
Study sama sama. 
Tengok muvi sama sama.
Nyanyi lagu rap nasyid sama sama.
Makan sepinggan, minum secawan.
Tidur sekatil.
Tak boleh nak berpisah langsung.
Musykilah awi.

Tapi kenapa? 
Kenapa bila sampai perhitungan kelak, kita bermusuhan?
Masa tu, semua saling mempertikai. 
Saling menyalahkan.


Boleh jadi salah satu sebab kita tak pernah tegur sahabat kita.
Tak pernah tegur ahli beit a.k.a housemates kita. 


Kita tak tegur, bila dia tak solat.
Kita tak tegur, bila dia lewat-lewatkan solat.
Kita tak tegur, bila dia tinggalkan solat jumaat.
Kita tak tegur, bila dia tak tutup aurat. Pakai sendat sendat.
Kita tak tegur, bila dia mengumpat.
Kita tak tegur, bila dia ber'couple'. 
Kita tak tegur, bila dia ber'dating' + ber'skype' dengan ajnabi.


Pernah ke kita tegur?
Tak sengaja atau tak berani?


Even cuak nak tegur, pernah kita ajak dia buat kebaikan? 


Jom pergi tafaquh/ majlis ilmu.
Jom puasa sunat Isnin dan Khamis.
Jom solat sunat. Misalnya.


Tapi,
Kita selalu buat hal kita. Dia buat hal dia.
Aku aku. Kau kau.
Guna pakai konsep "Ada aku kisah" -_________-


Astaghfirullah al-'adzim. 
Itu sangat tidak patut ye kawan kawan.
Cuma, cara kita nak tegur kawan kita, biar kena caranya.
Kadang-kadang, action speaks louder than words.
Mungkin selama kita bersahabat, kawan kita cuba untuk berubah.
Dia teringin nak ikut. Dia teringin nak jadi baik. Kita tolong dia.
Even rasa diri sendiri tak baik mana pun. 
Takkan nak masuk syurga sorang sorang kan?


Dan yang paling penting,
bila kita tegur orang. Kita nampak salah orang.
Jangan sampai kita tak nampak salah sendiri.
Banyakkan doa Allah tak tarik balik hidayah kita. Mantapkan iman kita.
Mana tahu suatu hari, kawan kita yang kita rasa paling bermasalah,
dia tu lah yang paling soleh dalam kalangan kita.
Masya Allah.


Jangan jemu jadi baik. Jangan jemu buat baik.
Kredit gambar - tumblr

Nota kaki 1 - Dear sahabat, ahli beit, etc. Tegur je bila aku khilaf..InshaAllah kheir. 
Kalau tak berani depan depan. Boleh bagi mesej via etisalat
Nota kaki 2 - Biar kita bersahabat sampai syurga. Moga tak bermusuhan di akhirat sana.
Nota kaki 3 - copy paste dari blog asal yang dah deactivated.hihi.peace no war :)

بلغوا عني ولو آية

9Gag - psycho


Sunday, 6 May 2012

Gathering

Hari tu ada program untuk girls satu batch. Batch tahun dua.

Dan suka untuk saya catatkan di sini kata-kata dari orang besar persatuan;
Buatlah gathering, rapatkan ukhuwwah, sebab kita tak nak saat terakhir kita jumpa orang tu pada hari jenazahnya dikebumikan.


Akak itu turut berkongsi mengenai perihal batchnya;
”Paling ramai batch akak berkumpul adalah di hospital. Pada hari kematian Kak Iman”

Bercakap mengenai mati. Ianya pasti. Dan kita tak tahu bila giliran kita. Entah esok atau lusa atau bila-bila masa je.

Kita sering lalai, alpa. Persediaan untuk exam memang tip top. Bagus! Tapi lagi bagus kan kalau sama-sama kita buat persediaan untuk akhirat kelak kan.

Muhasabah sama-sama.

Ohh yaa!
Esok exam. All the best semua.