Ini cerita berbulan-bulan. Cerita benar. Pastinya ramai yang mengalaminya. Berbeza situasi namun isinya sama.
Amik ibrah sama-sama ye.
***
Dan aku bersegera ke kedai runcit berhampiran. Ada sedikit barang yang perlu dicari.
Jus Juhayna mango dan oren dicapai. Best kalau panas-panas ni minum jus. 2 paket makaroni diambil. Untuk bekalan pastinya. Tika hari malas. Lalu aku menuju ke kaunter.
Ammu A di kaunter nampak sibuk dan garang! Mungkin penat. Namun aku cuba memaniskan muka. Tak mahu menambah minyak di api yang tengah panas. Hehe.
Budak lelaki sekitar 15 tahun datang. Terus diambil Chipsy kecil di luar kedai. Dan menuju ke kaunter. Lalu dibaling duit segenih ke meja kaunter. Saat itu aku terkedu. Dalam hati rasa macam kurang sopan. Kenapa tak letak elok-elok?
Ammu A yang pastinya dalam mood yang kureng menempelak si budak itu. Terus diherdik sekuat-kuatnya. Dimarah dan ditampar berkali-kali. Sampai budak itu menangis. Aku yang berhampiran budak itu berundur ke belakang. Takut!
Orang-orang sekeliling mula menghampiri. Ada yang back up Ammu A. Dan ada yang back up budak itu. Dua puak itu saling mempertahankan pendapat masing-masing.
Yang pasti diri ini tak faham. Hanya memahami yang Ammu A tak suka perangai biadap budak itu.
Perbalahan berlaku sekitar 15 minit. Aku? Saat itu aku punya dua pilihan. Beredar atau kekal di situ. Namun diri ini tak berganjak. Setia di situ. Hanya menghamburkan kemarahan dalam hati. Bergaduh lagi!
Sabar je la.
****
Saya teringat hadis Nabi.
Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.
Marah itu normal. Kerana kita punya hati. Punya perasaan. Pastinya setiap kita akan bertemu situasi yang menjadikan kita ber'asap'. Dan kita ingin marah. Ingin menghamburkan kemarahan.
But the question is ; how we manage our anger?
Don't worry. Our deen provides a good solution.
Antaranya:
Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)