Pages

Tuesday, 28 February 2012

Menjejak Ibrah di Jabal Musa..

Salam 3aleku.. izaiiyuku?? alhamdulillah sume selamat menghabiskan cuti masing2 an.. ad yg ke SINAI, ad yg ke TURKEY, x kurang ad yg da sampai IRELAND.. semoga sumenye beri manfaat pada kita insyaALLAH.. ^^

1st of all sori la sebab lambat post.. kalo ikut jadual, patutnya kena post HARI TU lagi.. tapi baru teringat.. pkir punye pkir pastu decide nak cter pengalaman pi SINAI baru ni la.. cumanya x la sume.. tapi, nak fokus kat JABAL MUSA.. bley kowt noh.. :) sori la kalo panjang cket.. pengalaman an.. x puas kalo cter cket2..

Bismillahirrahmanirrahim.. k, kitorang malam tu siap2 la sebab ustaz kata nak pegi kul 12.. siap2 kan men lagi.. paling tebal.. x penah lagi pakai setebal tu.. tapi yela, nak daki Jabal Musa an.. sejuk kat atas tu.. tngu punye tngu last2 ustaz2 sume siap kul 1.. ALLAH, sabar jela.. kami kat luar ni sejuk ustaz.. p xpela, sebab rse teruja nak daki puncak Jabal Musa, sejuk malam tu kira xde hal la..

Pastu gerak la naik bas.. gigil2 da tyme tu.. kalo nak taw, sejuk kat sana kalah la ALEX.. tu baru kat bawah, kat atas puncak camne??? haa, nanti korang taw..

Sampai2, bahagi kepada 3 group.. ikut bas sebab senang.. 1 group 1 ustaz.. pastu group kami start jalan dulu.. pastu, bermulalah..........

Macam suspen je an.. xde pe pown.. hehe.. mula2 tu jalan landai je.. guna lampu suluh.. ad gak sep2 kito hok guno lapu atah palo.. pehe dok??? lampu kat atas kepala macam nak masuk gua tu.. taw?? terbaik la lampu tu.. sangat sesuai wat panjat gunung di malam hari..

Kami pown jalan punye jalan, sampai kat satu kawasan, belah kanan ada bangunan.. pastu ustaz pown stop.. pastu ustaz cter tu la gereja St Catherine.. agak besar la gereja tu.. ap yg signifikan pasal gereja tu x igt plak.. kalo ad sesape yg taw bley la komen kat bawah..


Pastu kami teruskan perjalanan, awal2 tu jalan agak landai la pastu luas.. so, selesa lagi la mendaki.. awal2 tu ok lagi.. tp yg x tahannye, rasa panas.. so, ap yg jadi, snowcap ngan kain yg letak kat leher tu memang selamat la kena tanggal.. haha.. panas kowt, berpeluh eden..

Jalan punye jalan, eh lama plak.. da start da rasa letih cket.. dyorang ni xnak stop ke?? pastu sampai2 checkpoint pertama (sume checkpoint adalah gerai syai n makanan2).. alhamdulillah, lega dapat duduk jap.. tp x sampai 30 saat, dyorang da start jalan balik.. adush.. xkan la.. p nak x nak ikut jela.. kte ni x fit sangat.. lama x men.. yela, exam an.. :P

Perjalanan diteruskan.. sampai plak kat satu kawasan yg penuh ngan unta.. kat situ ramai la mat salleh yg nak daki naik unta, stop jalan n naik unta.. ada gak dak org malaysia naik.. ustaz ngan dak medic dari cairo.. mahal gak.. 80 geneh.. tapi sampai kat lebih kurang 3/5 jalan la.. x sampai puncak..

Then, dipendekkan cter, sampai la kat kawasan yang dekat la jugak dengan puncak.. tyme tu rasa macam nak tercabut la kaki.. x tahan.. banyak kali rehat.. tyme tu rasa rendah sangat.. Nabi Musa A.S. pown bley daki.. ni da ada trek pown camni lagi.. ish3, teruk benar.. nasib baik la ad 2 org sahabat yg sudi temankan..

Sampai kat checkpoint terakhir, arab tu cakap da dekat da.. rasa lega dan sangat2 excited.. cumanya paling lama stop kat situ sebab pkir kalo naik atas, sejuk sangat.. so, bersama 2 orang sahabat ni stay la kat situ.. borak2 dengan pak arab yg jaga kedai syai.. best jgak.. hehe.. pastu da agak lama tu, naik la..

Alhamdulillah, sampai jugak kat puncak.. sampai2 tgk sume yg da smpai awal tadi tido, duk bawah saratoga.. kat atas tu sejuk masyaALLAH, sejuk yg memang x tahan la.. x taw nak kata.. tyme tu duk tngu waktu subuh, sebab da amek wudhu dari bawah.. so, tyme tu memang menahan sume rasa la.. paham2 la kan.. ngan sejuk pe sume.. seksa nye la..

X lama, ad ikhwah azan.. dalam hati alhamdulillah.. masuk waktu.. pastu da rasa ad kekuatan, bangun terus g ruang yg ad budak2 ni solat tadi.. sebab masa tu, surau x bukak lg.. pastu, tyme tu yg nak solat 2 orang je, yg lain ngah amek wudhu dsb so sye ngan ad sorang adik tahun 1 ni.. pastu dye pown iqamat.. kami pown solat.. tapi nak cter, solat kat atas tu rasa lain sangat.. n alhamdulillah ALLAH bagi peluang jd imam subuh plak kat atas tu.. rasa dalam hati syahdu sangat.. :'(

Selesai solat, tngu matahari terbit.. cantik sangat pemandangan matahari terbit dari puncak Jabal Musa, pastu kami nasyidkan asmaul husna ramai2.. ad jgak geng2 brazil nyanyi2 lagu dye.. orang Kristian agaknye.. sebab memang org Kristian n Yahudi pown iktiraf kawasan Jabal Musa ni kawasan yg suci dalam agama dyorang.. Kat puncak tu ada surau n gereja.. n ad jgak tempat Nabi Musa A.S. bermunajat.. tapi kitorang x dapat turun kat situ sebab ada pagar.. n bila da cerah, ustaz pown cter.. secara ringkas la.. "Nabi Musa bermunajat kerana baginda ingin melihat zat ALLAH.. dan apabila ALLAH menampakkan zatnya, gunung2 di sekeliling hancur.. dan ini lah cara ALLAH membuktikan kekuasaanNYA kepada Nabi Musa A.S.." lebih kurang camtu la yg ustaz cter.. n memang bley nampak, gunung2 or bukit2 sekeliling tu seakan2 hancur dan rendah cket.. tyme tu rasa Subhanallah.. hebatnya ALLAH S.W.T..

Wa ba'din, dah selesai amek2 gamba pe sume, ustaz pown ajak turun.. pastu sume pown siap2 la nak turun.. masa turun tu, bley nampak perkampungan Nabi Ilyasa' A.S.. Rasa best n terbayang2 dulu rmai orang kat situ yg dipimpin oleh baginda.. ALLAH2.. banyaknye bukti kenabian kat Jabal Musa ni..

Jadi, sampai tu jela kowt.. da panjang sangat da ni.. camne?? best ta?? sape2 yg x pegi lagi tu, pegi la.. sangat2 best n sangat memberi makna.. feeling dye lain la.. n rasa rindu bila tengok gamba2 sepanjang melawat SINAI.. alhamdulillah ALLAH bagi peluang untuk sampai kat sana..

Cumanya nak pesan, kalo nak pegi, wat la persiapan cket.. i mean dari segi fizikal la.. jangan jadi cam sye.. haha.. malu je.. nak wat camne, keadaan x mengizinkan.. hehe.. wallahua'lam..

p/s : ma3alish xde gamba.. ad masalah cket..













Saturday, 25 February 2012

# Sinai : Menjejak sirah para anbiya'


# Just for sharing :)
Kata Ustaz Amar, pakat2 mai Sinai. Banyak tinggalan sejarah di bumi tinggalan jejak para anbiya' di sana. Segala bukti keangkuhan dan kedegilan kaum bani Israel ada didepan mata. Kita boleh saksikan banyak kesan sejarah yang ada di bumi itu sebijik yang disebut dalam Al-Quran. Macam muzium!

Antaranya:
1. Uyun Musa (telaga) 
2. Lembu Samiri (ukiran patung anak lembu)
3. Laut Merah yang disebut dalam Al-Quran terbelah menggunakan tongkat Nabi Musa dengan izin Allah, ketika mana Nabi Musa dan kaumnya dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya.
4. Bukit TurSina yang menjadi tempat munajat Nabi Musa selama 40 hari.


Dan tak lupa kisah di mana kubu pertahanan Israel semasa berperang dengan Mesir yang dikatakan paling susah hendak ditawan. Maka, pada suatu hari ada syeikhul azhar bermimpi kubu itu boleh ditawan menyiram dengan air sahaja dan meletuplah segala kereta kebal dan isinya...biiznillah.

Tak tahu nak kata apa dah seandainya mata hati kita masih tertutup, masih terkatup rapat. Sedangkan segala bukti kebesaran Allah ada di depan mata. 

Masih butakah hati kita?

Kredit to Meow Ekma atas kata-kata penuh hikmah yang saya olah serba sedikit :)


yang bagi rasa BERDEBAR-DEBAR sepanjang perjalanan yg tak tahu kenapa, Allahu rabbi..
yang bagi rasa NIAT nak pergi melihat bukti kebenaran Al-Quran, Allahu rabbi..

yang bagi rasa TAK SABAR nak sampai ke tempat yg penuh dgn pasir dan batu nabi Musa pijak, Allahu rabbi..
yang rasa SYAHDU lawat makam, Allahu rabbi..
yang bagi rasa SEMANGAT TAK PUTUS2 sampai puncak, Allahu rabbi..
yang bagi rasa nikmat DUDUK DAN DOA dlm tmpt munajat nabi musa, Allahu rabbi..
yang bagi rasa SEBAK tinggalkan sinai dan segala isinya, Allahu rabbi..

rasa PENAT dan SAKIT sengal2, itu semua Allah nk uji..
rasa RINDU YANG MEMBUAK2 pada gunung itu dan segala-galanya, Allah yg beri juga..


Semuanya Allah yang beri :) Alhamdulillah...

Thursday, 16 February 2012

9GAG - Hijab


^ I loike 9GAG :) Sekarang ni macam demam 9 GAG ! Harhar..


'ala kulli hal.berkenaan post ni. Ana tertarik dengan satu status FB sahabat KiTT kita.
"Di mana tudung labuhmu wahai Muslimah tatkala engkau sampai ke menara gading"
Seriously...pedas kot ayat ni. Siapa suruh makan cili !


Realiti.
Berapa ramai akhawat yang dulunya sekolah agama bertudung labuh, 
kita perasan dia makin hari makin pendek tudungnya.


Berapa ramai akhawat yang dulunya bertudung litup, 
kini makin terdedah auratnya.


Jangan salahkan akhawat semata-mata!


Andai kamu punya adik perempuan, kakak, hatta ibu sekalipun,
oh, tak lupa bakal isteri + anak perempuan, 
kamu golongan 'Adam'lah yang harus membimbing mereka.
Jangan sampai kelak di akhirat,
kamu diheret sekali masuk ke neraka sebab tak pernah tegur mereka pasal aurat.


Na'udzubillah min dzaalik -.-"


Rujuk surah at-Tahrim ayat 6 :)
"Ohana means family. Family means nobody is left behind and be forgotten." - Lilo & Stitch 

Wednesday, 15 February 2012

Soal Hati Remaja - Patutkah berkahwin awal?

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Isu yang saya kira agak hangat dalam kalangan pelajar perubatan Iskandariah. Harhar.
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari kita lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu. 


[ kalau ada sebarang pendapat/kritikan/ soalan tambahan, bolehlah tulis di ruang komentar. syukran :) ]

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?



2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. [macam kita? MARA $$ ] 

Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study. Jadi bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?


Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, kita jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.


Selangor punya tinggi kot =.='
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. 


Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)


# Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
 * * * * * * * * * * * * * ISTIKHARAH CINTA * * * * * * * * * * * * *


Say NO to Valentine's Day!

Mencari yang halal itu jihad :) 

Tuesday, 14 February 2012

Biarpun Berbeza Destinasi

alhamdulillah sem 3 dah berakhir
dan ini bermakna winterbreak bermula




Pastinya winter break ni kita semua punya agenda masing-masing
Mungkin ada yang ke Spain,Turki, Ireland, UK
Atau mungkin ada yang tetap terus setia berada di mesir ----> meneroka setiap pelusuk mesir 
atau ada yang ke tanah suci
atau kembali ke tanah air malaysia

tak kesah la di mana kita semua akan menjelajahi
tak kesah kat mana kita akan tercampak untuk winter break ni

jadikan kembara kita ini
bukan sekadar ambil gambar--> posing --> post kat fb
bukan sekadar penat merantau
bukan sekadar berhabis duit ke sana ke mari

tapi..
kita semua amik ibrah
moga kembara kita menjadikan kita lebih dekat padaNya
moga kembara kita menjadikan kita insan yang lebih baik dari semalam
dan kita belajar sesuatu daripadanya
dan niatkan kembara kita kerana Allah

ohh yaa,
tadi terlihat status seorang akhawat ni
''moga cuti kita dilihat oleh Dia"

nikmat masa lapang- nikmat yang sering kita lupakan
jadi jom MANFAATKAN sama2 cuti ni

by:
ninuna
:)