Pages

Saturday, 15 October 2011

A.N.A.L.I.S.A

Assalamu’alaikum wbt

Izayyiku? Hari ni masak lauk apa? Haha..masing-masing dah duduk rumah sewa. Tak macam kita tinggal kat asrama MARA. Dulu turun naik lif singgah ksp, boleh tunjuk…nak lauk yang mana satu. Sekarang? MASAK SENDIRI, ok!


Ok.Alhamdulillah ada kesempatan nak menulis kali ni. Tak mau main ‘copypaste’.

*************************************************

OK. Sebenarnya, tak tahu nak tulis apa. Cuma nak berkongsi suatu kisah di mana Ibrahim bin Adham ditanya mengenai sebab doa terhijab a.k.a. tidak dimaqbulkan.

Hari-hari kita solat, berdoa kepada Allah siang malam. Kita pinta macam-macam. Nak result gempak. Nak jadi doktor professional lagi berkaliber dan bergaya. Nak jadi anak soleh/solehah. Lagi advance, nak kawen awal. Ok, just kidding. But, who knows? HAHA.

Dan kita juga selalu minta agar Allah kurniakan ketenangan pada hati kita. Sebab hati kita ni sifatnya mudah berbolak-balik. Tapi kenapa kadang-kadang hati rasa tak tenang? 

Sebabnya, hati yang asyik dibuai kelalaian semakin lama akan berkarat seperti karatnya besi apabila terkena air. Maka, buanglah 'karat-karat' itu dengan bacaan al-Quran dan mengingati mati.

Tapi, kenapa Allah tak maqbulkan doa kita? Ya, betul. Doa kita akan Allah perkenankan tak kira cepat mahupun lambat. Tapi mesti ada sebab, bukan? Apa yang menjadi penghalang [mawani’] doa kita tidak mustajab?

وقال ربكم ادعوني استجب لكم

         Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar Basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya: “Ya Abu Ishaq, Allah berfirman dalam kitab-Nya “Berdoalah kepadaku, nescaya Aku (Allah) kabulkan. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dimakbulkan?”

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara"

1. Kamu mengenal Allah, namun kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak mengamalkan isinya.

3. Kamu mengakui bahawa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun kamu mengikuti jejak dan perintahnya.

4. Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan ajaran dan sunnahnya.

5. Kamu sangat menginginkan syurga, tapi kamu tak pernah melakukan amalan ahli syurga.

6. Kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun ternyata kamu mejerumuskan dirimu kepadanya.

7. Kamu mengaku bahawa kematian itu pasti, namun kamu tidak pernah mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk mencari aib orang lain, tetapi kamu lupa akan aib dan kekurangan diri sendiri.

9. Kamu makan rezeki Allah kurniakan, tapi kamu lupa mensyukuri nikmat-Nya.

10.Kamu mengiringi jenazah ke kubur, tapi tidak pernah mengambil pengajaran daripada mereka.”
*****************************

Jadi, kita sebagai pelajar bidang perubatan, belajar mengenai ciptaan Allah. Tak kiralah anatomi manusia mahupun haiwan. Hatta, sel bakteria pun kita belajar dan kaji. Kita pun kenalah analisa + muhasabah diri kita. Apakah kita ini hamba Allah yang benar-benar bersyukur?
Salam mujahadah :)

Tuesday, 11 October 2011

Menangis? mcm perempuan lah!


( ni copy paste dr kawan nyer)
Air mata lelaki ni katanya lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan air mata seorang perempuan. Hehe, betul ke? Urm, jap ea…katakanlah ada warung jual minuman air mata….
Pak Mat, air mata segelas,” seorang lelaki mengorder minuman.
Air mata yang mana satu? Air mata lelaki ke air mata perempuan?” Tanya Pak Mat.
Macam mana kira tu?”
Kalau air mata lelaki, 3 ringgit segelas. Kalau air mata perempuan pulak 30 sen jek.”
Haa, kasilah air mata perempuan, kurang manis ya.”

Hahaha, kisah gurau-gurau jek sahabat. Jangan ambil hati ye. Cuma nak cerita kat sini, nilai air mata di sisi manusia dan di sisi Allah.
Lelaki kalau menangis, memang tak macho, memang macam perempuan. Anda lelaki? Marah? Rasa macam nak tumbuk saya? Opps, jangan-jangan, nanti ada orang marah nanti. Hehe… Dengaq dulu….
Lelaki kalau menangis memang tak macho dan macam perempuan JIKA dia menangis sebab perempuan! Mungkin ditinggalkan kekasih ataupun baru selesai tengok filem sedih Hindustan dan sebagainya… Menangis. Ambil tisu. Kesat. Eeeeiiii, macam perempuan la wey!
Tapi sahabat2 sekalian, lelaki yang menangis kerana takutkan Allah, itulah lelaki yang diidam-idamkan oleh kaum perempuan sebenarnya. Setuju? Tak percaya?
Sekeras-keras, segarang-garang lelaki, SAIDINA UMAR AL KHATAB, merupakan penangis yang hebat! Menangis kerana takutkan Allah, bersungguh-sungguh menangis sehinngakan di mukanya ada dua garis hitam bekas air mata!
Lu nak sembang kencang apa? Wey, gue cakap kat lu la….sebuah kisah dipetik daripada kitab Bidayatul Hidayah:
Manakala hari Kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata: “Nafsi-nafsi”. Kecuali Nabi Muhammad saw. Baginda saw. berkata “Umatku, umatku.” Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw. berusaha menolaknya sambil berkata, “Demi orang-orang yang solat. Demi orang-orang shiddiq. Demi orang-orang yang khusuk. Demi orang-orang yang puasa. Kembalilah engkau wahai api.” Namun api tidak juga terpadam. Jibril as. berkata, “ Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” LAlu dia menghampiri Nabi Muhammad saw. dengan membawa segelas air sambil berkata: “ Ambillah air ini. Percikkan ia ke api itu!” Kemudian Nabi Muhammad saw. memercikkan air kea pi tersebut, dan seketika itu api pun padam. Lalu nabi bertanya kepada Jibril, “Air apakah ini?” Jibril berkata, “Itulah air mata umatmu ang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkan kea pi itu sehingga padam dengan izin Allah.”
MasyaAllah, saudara dan saudari, fikir-fikirkan pernah tak kita menangis kerana takut kepada Allah? Rasulullah sering berdoa, dan kita pun boleh ikut berdoa, “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”
Macam manalah kita ini??? Banyak dosa tak terkira, tapi mata ini susah sangat nak menangis mengenang dosa-dosa,,..
BEKUNYA AIR MATA KERANA KERASNYA HATI,
KERASNYA HATI KERANA BANYAKNYA DOSA,
BANYAKNYA DOSA KERANA PANJANGNYA ANGAN-ANGAN,
PANJANGNYA ANGAN-ANGAN KERANA TERLALU CINTAKAN DUNIA.
 
Menangislah mulai saat ini, semoga setitis air mata yang keluar kerana takutkan Allah dapat menyelamatkan kita dati azab neraka…. Amin…

Kalau semua mencari yang handsome apakah nasib si kurang handsome?

Assalamualaikum semua. 

Artikel ini diambil dari salah satu post di kubakuya.com. Bolehlah pergi menjenguk blog tu. Agak menarik dan padat dengan isu semasa.

Dan salah satu adalah mengenai topik ni. Baca dan fikir-fikirkan. 

Maka, adik-adik, dengar nasihat abang ni. Pilih lelaki yang:
  1. Tak hensem dan tak juga barai sangat. Kalau hensem macam Robert Pattinson kita kasi markah 85%, dan NurShahrul Idlan Talaha kita kasi 50%, korang cari sekitar 40% ke 60% tu kita dah cukup semangat. Orang kata sedang-sedang sedap mata memandang bahkan yang sedap itu bukan sekadar di mata tetapi.... Tetapi di hati...
  2. Lelaki tak berapa hensem dia appreciate kecantikan gadis dan pada masa sama punyai elemen 'romantis' yang kuat. He may be a little bit protective, mengongkong, itu cuma reaksi atau ekspresi 'jantan' jaga hak, sempadan atau kepunyaan seperti kucing jantan pancut kencing di tayar kereta. Girls, you can manage this, you can take an easy care of a man of this kind. Most handsome man (score 80 ke atas) are self-centered, appreciate only what pleases him.
  3. Lelaki yang bersih dan kemas, dan tidak terlalu serabai, tidak terlalu kemas. Dia cekap sesuaikan pakaian ikut peristiwa dan kejadian (occasion) 
  4. Lelaki yang tak hisap rokok. Kalau dia penuhi kriteria lain, tetapi dia merokok, cuba panjangkan isu rokok merokok ini sepanjang perkenalan even selepas kahwin sampai dia fed up dan berhenti. To be both a 'passive smoker' and a wife is not a good combination, moreover to nurture your kids right from your womb. 
  5. The way he talk, shows his character. Kalau dia suka cakap fasal diri sendiri, he's not independent and egoistic. Cari lelaki yang suka bercakap/bercerita/menceritakan subjek yang selain dari dirinya. Suka cerita fasal cuaca, filem, binatang, travel dan sebagainya. Dia juga tak bercakap tentang orang lain. Content perbualan dia menunjukkan frame of interest dia di mana dan bagaimana. Hayati juga bagaimana dia express comment dia terhadap some issues.
  6. Memahami dan bertolak ansur, justeru kelihatan sangat romantik.
  7. Pilih kawan-kawan dia. Kalau kita mengenali seorang lelaki yang menawan, hensem, baik dan kita jatuh cinta tanpa ragu-ragu, tiba-tiba dia sebenarnya tak available senang cerita tunang orang. Maka sila target kawan-kawan dia. From the beginning pun bila kita berkawan dengan orang yang menawan, sila berkawan juga dengan kawan-kawan dia. Tak hensem sikit pun, cuba bagi kawan dia tu peluang mungkin he got potential to be better guy, it is just about time.
  8. Hindari lelaki yang mencarut bila terkejut atau terperanjat. What you do or think in repetition over time will become habit. If he said, mana I sengaja, tak sengaja tiba-tiba terkeluar perkataan tu, nak buat macam mana I terkejut b. That's bullshit. Itu satu statement tak boleh pakai dan merepek. 
  9. Cari lelaki di tempat-tempat ilmu, seperti masjid, gotong royong hapuskan aedes, bersihkan kubur, derma darah dan sebagainya.
  10. Kenali mak ayah dia, do some study dan research tentang dia dan keluarga dia.
  11. Solat hajat, minta petunjuk selalu.
Jadi kepada lelaki di luar sana yang kurang handsome macam brad pitt atau aaron aziz jangan risau. Apa yang penting cantik pada pandangan Allah. 

Selamat melangkah ke 2nd year sahabat2!!!




Monday, 10 October 2011

WIND OF CHANGE


WIND OF CHANGE


Have you ever heard of the poem which was written by the one of the most prolific and influential writer ever in world history? It started with this verse. (To-morrow, and to-morrow, and to-morrow)
I remember that many of us had been familiar with this poem. I, myself, pretty much would love to bring all of you –readers, to reflect for a second or two, about this poem, and take the lessons provided from this wonderful and exciting poem.

First and foremost, us , going to be Muslim doctors should be able to lead the life apart from the horrible and disastrous life as told from this poem; The way to dusty death, Life's but a walking shadow.
As a Muslim, we should strive to the fullest and bring the best from us! No matter how deep is the sea, we should dive and explore it, no matter how high the mountain is, we should climb and conquer it, no matter how tough and hard the day is, find the best way to unlock the riddle and mystery behind it, then triumph the day as a Muslim warrior.
The world is like a grand staircase, some are going up and some are going down. - Samuel Johnson.
We will ever be a part of it, but REMEMBER! Allah knows the best for us. He knows us better than we know ourselves.”… But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.” 2:216

Somehow, it can be arduous and laboring for us to do a nice thing, while it is very tempting, appealing and alluring to become a devil’s servant. Or, in other words, to do evil and wicked affairs.
Well, I would like to share you this thought. The thought that we are dying for every time passing by. We will eventually meet ALLAH’s the almighty. We will even be judged for each and every single thing we had done in this mortal world. Can you do bad things at the thought that your Creator is observing you and you will be punished dearly for your actions?

Let us revive the glory of Islam! To do that, we must first start with ourselves. As the saying goes, “if you want to change the world, start with yourself.” Caitlin Flaherty.
If you change yourself you will change your world. If you change how you think then you will change how you feel and what actions you take. And so the world around you will change. Not only because you are now viewing your environment through new lenses of thoughts and emotions but also because the change within can allow you to take action in ways you wouldn’t have – or maybe even have thought about – while stuck in your old thought patterns.


Friday, 7 October 2011

Mereka yang Berani Berprasangka Baik

(maaf,copy paste je.)

Assalamualaikum..

Kehidupan kita semua terlalu abstrak jika mahu dirungkaikan apa sebenarnya yang tersembunyi dalam setiap saat hembusan nafas kita.

Masih jauh, tetapi tidak lama

Musibah.. Nikmat.. Dua perkara yang sentiasa menjadi tema dalam kehidupan kita sehinggalah kematian datang menjemput.

Saya tidak mahu membahaskan mengenai kenapa seseorang itu ditimpa musibah (azab atau ujian). Kenapa pula orang itu mendapat nikmat, bukan aku? Kenapa itu? Kenapa ini? Dan lain-lain.

Insya-Allah, saya lebih tertarik untuk membahaskan mengenai apa sikap yang paling tepat apabila kita menghadapi semua perkara tadi. Baik ianya merupakan nikmat, mahupun musibah.


+++

Di masa 'Abbasiyah akhir, negeri-negeri Muslim tersekat dengan pelbagai kesultanan yang berkuasa sendiri-sendiri. Yang duduk bertakhta di Baghdad dan digelar "Amirul Mukminin" memang masih ada, tetapi dia tidak lebih daripada hanya sekadar pemuda yang manja yang diperlakukan seperti boneka oleh para sultan yang berebut pengaruh.

Kisah ini adalah sebuah sejarah kecil pada era itu. Sebuah kisah tentang seorang ayah dan anak. Si ayah merupakan bekas hamba. Selama menjadi hamba, cuti hari Jumaat sebagaimana ditetapkan oleh kesultanan dimanfaatkannya untuk berhabis-habisan bekerja. Dengan dirham demi dirham yang terkumpul, satu hari dia meminta izin dari tuannya untuk menebus dirinya pada sang majikan.

"Tuan, apakah dengan membayar harga senilai berapa engkau membeli aku dahulu, aku akan bebas?" 
"Hm. Ya, boleh." 
"Baik, ini dia." katanya sambil meletakkan bungkusan wang itu dihadapan tuannya. 
"Allah 'Azza wa Jalla telah membeli aku dari anda, lalu Dia membebaskan aku. Alhamdulillah." 
"Maka engkau bebas kerana Allah.' ujar tuannya tertakjub.

Dia bangkit dari duduknya lalu memeluk si hamba. Dia hanya mengambil separuh harga yang tadi disebutkan Separuh lagi diserahkannya kembali. Katanya berpesan,

"Gunakan ini untuk memulai kehidupan barumu sebagai orang yang merdeka. Aku berbahagia menjadi Tangan Allah yang membebaskanmu!"

Penuh syukur dan haru, tetapi juga disergap khuatir. Dia keluar.

"Aku tidak tahu wahai tuhanku yang baik. Apakah kebebasan ini rahmat ataukah musibah. Aku hanya bersangka baik kepada Allah." ucapnya dengan mata yang berkaca-kaca.
---

Tahun demi tahun berlalu. Dia telah menikah. Tetapi si isteri meninggal menyelesaikan tugasnya, menyempurnakan susuan si putera hingga usia dua tahun. Maka dibesarkan putera kesayangannya itu dengan penuh kasih. Anak lelaki itu dididik untuk memahami agama dan menjalankan sunnah Rasulullah SAW, juga untuk bersikap ksatria dan berjiwa merdeka.

Katanya di suatu pagi hari,

"Anakku, ayahmu ini dahulu seorang hamba. Ayahmu ini separuh manusia di mata agama dan sesama. tetapi selalu ku jaga kehormnatan dan kesucianku, maka Allah muliakanku dengan membebaskanku. dan jadilah kita orang merdeka. Ketahuilah nak, orang bebas yang paling merdeka adalah dia yang mampu memilih caranya untuk mati dan menghadap ilahi! Ketahuilah, seorang yang syahid di jalan Allah itu hakikatnya tidak pernah mati. Saat dia terbunuh, dia akan disambut oleh tujuh puluh bidadari. Ruhnya menanti kiamat dengan terbang ke sana ke mari dalam tubuh burung hijau di taman syurga, dan diizinkan baginya memberi syafaat bagi keluarganya. Mari kita rebut kehormatan itu, nak, dengan berjihad lalu syahid di jalan-Nya!"

Si anak mengangguk-angguk. Si ayah mengeluarkan kantung berpelisir emas. Dinar-dinar di dalamnya bergemerincing.

"Mari mempersiapkan diri. Mari kita beli yang terbaik dengan harta ini untuk dipersembahkan dalam jihad di jalan-Nya. Mari kita bekanjakan wang ini untuk menghantar kita pada kesyahidan dengan sebaik-baik tunggangan." bisiknya.

Siangnya, mereka pulang dari pasar dengan menuntun seekor kuda perang berwarna hitam. Kuda itu gagah. Surainya mekar terurai. Nampaknya sangat mengagumkan. Matanya berkilat. Giginya rapi dan tajam. Kakinya kekar dan kukuh. Ringkiknya pasti membuat kuda musuh bergidik.

Semua tetangga datang untuk mengaguminya. Mereka menyentuhnya, mengulas surainya. 

"Kuda yang hebat! kami belum pernah melihat kuda seindah ini. Luar biasa! Mantap sekali! Berapa yang kalian habiskan untuk membeli kuda ini?"

Anak beranak itu tersenyum simpul. Ya, itu simpanan yang dikumpulkan seumur hidup.

Para tetangga mendengar jumlahnya,

"Wah! Kalian masih waras atau sudah gila? Wang sebanyak itu dihabiskan untuk membeli kuda? Padahal rumah kailan buruk nyaris roboh. Untuk makan esok sahaja belum tentu ada."

Kekaguman di awal tadi berubah menjadi cemuh.

"Tolol!" 
"Tak tahu diri!" 
"Pandir."

Itulah lontaran makian yang mereka terima. Ujar si ayah dan anak...

"Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah,"

Para tetangga pulang. Ayah dan anak itu pun merawat kudanya dengan penuh cinta. Makanan si kuda dijamin kelengkapannya; rumput segar, jerami kering, biji-bijian, dedak, air segar, kadang bahkan ditambah madu. Si kuda dilatih keras, tapi tidak dibiarkan lelah tanpa mendapat hadiah. Mereka kini bukan lagi berdua, tetapi bertiga. Bersama-sama menanti panggilan Allah ke medan jihad untuk menjemput takdir terindah.

Seminggu berlalu. Di sebuah pagi buta ketika si ayah melihat ke kandang, dia tidak melihat apa-apapun. Kosong. Palang pintu patah. Beberapa jeruji kayu terkoyak remuk.

Kuda itu hilang!

Berduyun-duyun para tetangga datang untuk mengucapkan simpati. Mereka simpati pada cita-cita tinggi kedua beranak itu. Tapi mereka juga menganggap keduanya kelewatan. Kata mereka,

"Ah, sayang sekal! Padahal kuda itu kuda terindah yang pernah kami lihat. Kalian memang tidak beruntung. Kuda itu hanya hadir sejenak untuk memuaskan cita-cita kalian, lalu Allah membebaskannya dan mengandaskan cita-cita kalian!"

Si ayah tersenyum sambil mengelus kepala anaknya, lalu mereka serentak mengucapkan,

"Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya berprasangka baik kepada Allah."

Mereka pasrah. Mereka cuba menghitung-hitung wang dan mengira-ngira, bilakah mereka mampu untuk membeli kuda lagi. Si ayah menatap mata puteranya,

"Nak, dengan atau tanpa kuda, jika panggilan Allah datang, kita harus menyambutnya."

Si anak mengangguk mantap. Mereka kembali bekerja seolah-olah tiada apa yang terjadi.

Tiga hari kemudian, saat subuh menjelang, kandang kuda mereka gaduh dan riuh. Suara ringkikan bersahut-sahutan. Terkejut dan jaga, ayah dan anak itu berlari ke kandang sambil mengenakan pakaiannya. Di kandang itu mereka menemukan kuda hitam yang gagah bersurai indah. Tak salah lagi, itu kuda mereka yang pergi tanpa izin tiga hari lalu!


Tapi kuda itu tidak sendirian. Ada belasan kuda laiin bersamanya. Kuda-kuda liar. Itu pasti kawan-kawannya. Mereka datang dari stepa luas untuk bergabung di kandang si hitam. Mungkinkah si hitam mempunyai akal yang jernih? Mungkinkah si hitam yang merasakan layanan terbaik di kandang seorang bekas hamba mengajak kawan-kawannya bergabung? Atau tahukah mereka bahawa mendatangi kandang itu bererti bersiap bertaruh nyawa untuk kemuliaan agama Allah, kelak jika panggilan-Nya berkumandang? Atau memang itu yang mereka inginkan?

"Bertasbih kepada Allah, segala yang di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." 
[QS As-Saff, 61:2-3]

Ketika hari mulai terang, para tetangga datang dengan takjub.

"Luar biasa! Kuda itu pergi untuk memanggil kawan-kawannya dan kini kembali membawa mereka menggabungkan diri!"

Mereka semua mengucapkan selamat pada pemiliknya.

"Wah! Kalian sekarang kaya raya! Kalian orang yang terkaya di kampung ini."

Tapi si pemilik kembali tersenyum.

"Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya berprasangka baik kepada Allah."

Hari berikutnya dengan bahagianya, si putera mencuba menaiki salah satu dari kuda itu. Dengan sukacitanya dia memacu kuda itu ke segala penjuru. Satu saat, kuda liar itu terkejut ketika berpapasan dengan seekor lembu yang terlepas dari kandang di persimpangan. Dia meronta keras, si penunggang terpelanting. Kakinya patah. Dia merintih kesakitan.

Para tetangga datang menjenguk. Mereka menatap anak itu dengan penuh hiba.

"Kami tutut prihatin. Ternyata kuda itu tidak membawa berkah. Merkea datang membawa musibah. Alangkah beruntung yang tidak memiliki kuda, tetapi anaknya sihat sentiasa!"

Tuan rumah tersenyum lagi.

"Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya berprasangka baik kepada Allah."

Hari berikutnya, hulubalang raja berkeliling negeri. Dia mengumumkan pengerahan pasukan untuk menghadapi tentera musuh yang telah menyerang perbatasan. Semua pemuda yang sihat jasmani dan rohani wajib bergabung untuk mempertahankan negeri. Sayang, perang ini sulitdikatakan sebagai jihad di jalan Allah kerana musuh yang hendak dihadapi adalah sesama Muslim. Mereka hanya berbeza kesulatanan. Bisik si ayah ke telinga sang putera yang terbaring tidak terdaya,

"Nak, semoga Allah menjaga kita dari menumpahkan darah sesama Muslim. Allah Maha Tahu, kita ingin berjihad di jalan-Nya. Kita sama sekali tidak hendak beradu senjata dengan orang-orang beriman. Semoga Allah membebaskan diri kita dari beban itu". Mereka berpelukan.

Petugas pendaftaran mendatangi setiap rumah dan membawa para pemuda yang memenuhi syarat. Saat memasuki ke rumah ayah dan anak pemilik kuda, mereka mendapati puteranya terbaring di tempat tidur dengan kaki disangga kayu dan dibalut kain.

"Kenapa dengannya?" 
"Tuan prajurit, anak saya ini begitu ingin membela negeri dan dia berlatih untuk itu. Tetapi kelmarin dia jatuh dari kuda ketika sedang mencuba menjinakkan kuda liar kami. Kakinya patah." 
"Ah, sayang sekali! Padahal aku lihat dia begitu gagah. Dia pasti akan menjadi seorang askar yang gagah. Tapi baiklah. Dia tidak memenuhi syarat. Maafkan aku, aku tidak boleh menegikutsertakannya!"

Pada hari itu, para tetangga yang ditinggal pergi putera-puteranya menjadi prajurit mendatangi pemilik kuda.

"Ah, nasib! Kami kehilangan anak-anak lelaki kami, tumpuan harapan keluarga. Kami terpaksa melepaskan mereka tanpa tahu apakah mereka akan kembali atau tidak. Sementara puteramu tetap ada di rumah kerana kakinya patah. Kalian sungguh beruntung! Allah menyayangi kalian!"

Tuan rumah ikut bersedih melihat mendung di wajah-wajah itu. Kali ini ayah dan anak itu tidak tersenyum. Tapi ucapan meereka kembali bergema,

"Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya berprasangka baik kepada Allah."

Sebulan kemudian, kota itu dipenuhi ratapan para ibu dan tangis para isteri. Sementara para lelaki hanya termangu dan gugup. Khabarnya telah jelas. Semua pemuda yang diberangkatkan perang tewas di medan tempur. Tapi agaknya para warga telah belajar banyak dari ayah dan anak pemilik kuda ini. Seluruh kota kini menggumamkan kalimah indah itu.

"Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya berprasangka baik kepada Allah!"

Dipendekkan cerita, tak berapa lama kemudian panggilan jihad yang sebenarnya bergema. Pasukan Mongol dipimpin Hulagu Khan menyerbu wilayah Islam dan membumihanguskannya hingga rata dengan tanah. Orang-orang yang tidak berperikemanusiaan itu mengalir seperti air bah menghancurkan peradaban. Ayah dan anak itupun mengkotakan janjinya. Mereka bergegas menyambut panggilan dengan kalimat agungnya,

"Kami tak tahu apakah ini rahmat atau musibah. Kami hanya berprasangka baik kepada Allah!"

Mereka akhirnya menemui syahid. Tapi sebelum itu, ada selaksa nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka untuk dirasai. Si anak pernah tertangkap oleh pasukan Monggol dan dijual sebagai hamba. dia berpindah-pindah tangan hingga kepemilikannya jatuh pada Al-Kamil, seorang Sultan Ayyubiyah di Kairo. Ketika pemerintahan Mamluk menggantikan wangsa Ayyubiyah di Mesir, kariernya melonjak cepat dari komandan kecil menjadi penglima pasukan, kemudian Amir wilayah. Terakhir, setelah wafatnya Az-Zahir Ruknuddin Baibars, dia diangkat menjadi Sultan. Namanya Al-Manshur Saifuddin Qalawun.
[Salim A Fillah, Dalam Dekapan Ukhuwah, m/s 173-181 (Pro-U Media)]



+++



Rasulullah SAW bersabda, 

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Capailah dengan sungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah, ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.’ Karena sesungguhnya ungkapan kata 'law' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan setan.” 
[HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]

Bersangka baiklah terhadap Allah dalam apa jua keadaan. Di saat kita menerima nikmat, tetaplah bersangka baik dengan Allah. Di saat kita menerima musibah, tetaplah bersangka baik dengan Allah. Dia Maha Tahu, dan kita terlalu kerdil jika mahu dibandingkan dengan Dia.