Pages

Sunday, 20 November 2011

Keracunan Gas

Assalamualaikum.

Apa khabar semua orang? Well, sekarang ni mesti kau orang tengah menggigil-gigil tahan sejuk kan. Masing-masing terbungkus dalam saratoga macam buah nangka kan. Yelah, winter katekan. Dulu, nak sangat belajar overseas.Nah, sekarang rasakan. Ok, janganlah kite bermain di sekitar semak samun lagi, mari kite pergi ke point utama post ini.

Keracunan gas.

Semua orang ada heater kan kat rumah masing-masing? Sekarang aku nak cerita pasal sakhonah gas. Yang sakhonah elektrik boleh keluar sekarang. Eh acah je. Tunggu dulu, sila baca.

Kepada semua pemilik sakhonah gas tambah-tambah lagi kalau jenis letak ambubah (tong gas) dalam tandas (kuno betul), adalah afdhalnye kau orang untuk TIDAK MANDI SAMBIL TADAH AIR. Sebab kita maklum manusia memang cepat lupa diri bila dah dapat nikmat duniawi aka air panas di musim sejuk. So, apa yang kite perlu buat is, tadah air panas dulu barang se-dua baldi, pastu kau orang tinggalkan toilet, bukak tingkap luas-luas. Agak dalam 5 minit, masuk balik dalam toilet, mandilah seperti biasa. Sebab, we never know if malang is on its way kan. Jadi, eloklah kite bersiap-siaga sebelum terkena.

Simptom keracunan gas:


  1. Tachycardia
  2. Severe headache
  3. Unstable gait
  4. Nauseous
Kalau terkena nak buat apa?

  1. Pergi carik tingkap paling besar dalam rumah, bukak luas-luas, sedut udara banyak-banyak.
  2. Makan buah oren sebab dia ada vitamin C. Ni aku rasa lah kan. Sebab orang kate sakit ni makan buah oren, sakit tu buah oren. Makanye, kite pun konon-konon lah juga makan buah oren. 
  3. Pergi berdoa supaya dipanjangkan umur. 
  4. Tidur. Jangan lupa mengucap sebelum tidur. 
Semoga kita sama-sama di bawah naungan-Nya, dan dalam peliharaan-Nya sentiasa. 
Take care sahabat-sahabatku. 

Selamat menjawab exam ye! Bittaufiq wannagah! 
Wassalam.

Wednesday, 9 November 2011

# Study medicine for His blessings #




Gratisan Musik



Assalamu'alaikum.


Hari ni ana saja nak berkongsi mengenai laman sesawang Medical Pharmacology <tekan sini>.
Just for sharing ^_^ harap membantu kita study. Ada banyak soalan dalam ni.
Rabbuna yusahhil.



"Islam is the university,
the world is the class room,
the Quran is the syllabus,
Prophet Muhammad (pbuh) is the teacher,
Allah is the Examiner" 
 Try to pass the final exam! Mujahadah!

Sunday, 6 November 2011

SALAM AIDILADHA

Apa yang telah kamu korbankan??? muhasabah!

Assalamu'alaikum wbt..
Apa khabar sahabat sahabiah sekalian?
Seperti kita maklum, hari ni tanggal 10 Zulhijjah. Berkumandanglah takbir raya di mana-mana...dalam banyak-banyak takbir raya yang kita pernah dengar....rasanya takbir raya di Malaysia paling sayu T.T


Allahu akbar...allahu akbar...allahu akbar...


Tak kisah di mana kita berada, sama ada di sutuh mahupun di atas 'cruise' kita beraya...
'Ala kulli hal, ana nak ucapkan selamat hari raya Aidiladha. 
kullu sanah wentum bikhoir ^^
taqabbalallah minna waminkum.

Saturday, 15 October 2011

A.N.A.L.I.S.A

Assalamu’alaikum wbt

Izayyiku? Hari ni masak lauk apa? Haha..masing-masing dah duduk rumah sewa. Tak macam kita tinggal kat asrama MARA. Dulu turun naik lif singgah ksp, boleh tunjuk…nak lauk yang mana satu. Sekarang? MASAK SENDIRI, ok!


Ok.Alhamdulillah ada kesempatan nak menulis kali ni. Tak mau main ‘copypaste’.

*************************************************

OK. Sebenarnya, tak tahu nak tulis apa. Cuma nak berkongsi suatu kisah di mana Ibrahim bin Adham ditanya mengenai sebab doa terhijab a.k.a. tidak dimaqbulkan.

Hari-hari kita solat, berdoa kepada Allah siang malam. Kita pinta macam-macam. Nak result gempak. Nak jadi doktor professional lagi berkaliber dan bergaya. Nak jadi anak soleh/solehah. Lagi advance, nak kawen awal. Ok, just kidding. But, who knows? HAHA.

Dan kita juga selalu minta agar Allah kurniakan ketenangan pada hati kita. Sebab hati kita ni sifatnya mudah berbolak-balik. Tapi kenapa kadang-kadang hati rasa tak tenang? 

Sebabnya, hati yang asyik dibuai kelalaian semakin lama akan berkarat seperti karatnya besi apabila terkena air. Maka, buanglah 'karat-karat' itu dengan bacaan al-Quran dan mengingati mati.

Tapi, kenapa Allah tak maqbulkan doa kita? Ya, betul. Doa kita akan Allah perkenankan tak kira cepat mahupun lambat. Tapi mesti ada sebab, bukan? Apa yang menjadi penghalang [mawani’] doa kita tidak mustajab?

وقال ربكم ادعوني استجب لكم

         Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar Basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya: “Ya Abu Ishaq, Allah berfirman dalam kitab-Nya “Berdoalah kepadaku, nescaya Aku (Allah) kabulkan. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dimakbulkan?”

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara"

1. Kamu mengenal Allah, namun kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak mengamalkan isinya.

3. Kamu mengakui bahawa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun kamu mengikuti jejak dan perintahnya.

4. Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan ajaran dan sunnahnya.

5. Kamu sangat menginginkan syurga, tapi kamu tak pernah melakukan amalan ahli syurga.

6. Kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun ternyata kamu mejerumuskan dirimu kepadanya.

7. Kamu mengaku bahawa kematian itu pasti, namun kamu tidak pernah mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk mencari aib orang lain, tetapi kamu lupa akan aib dan kekurangan diri sendiri.

9. Kamu makan rezeki Allah kurniakan, tapi kamu lupa mensyukuri nikmat-Nya.

10.Kamu mengiringi jenazah ke kubur, tapi tidak pernah mengambil pengajaran daripada mereka.”
*****************************

Jadi, kita sebagai pelajar bidang perubatan, belajar mengenai ciptaan Allah. Tak kiralah anatomi manusia mahupun haiwan. Hatta, sel bakteria pun kita belajar dan kaji. Kita pun kenalah analisa + muhasabah diri kita. Apakah kita ini hamba Allah yang benar-benar bersyukur?
Salam mujahadah :)