Pages

Showing posts with label mujahadah. Show all posts
Showing posts with label mujahadah. Show all posts

Wednesday, 15 February 2012

Soal Hati Remaja - Patutkah berkahwin awal?

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Isu yang saya kira agak hangat dalam kalangan pelajar perubatan Iskandariah. Harhar.
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari kita lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu. 


[ kalau ada sebarang pendapat/kritikan/ soalan tambahan, bolehlah tulis di ruang komentar. syukran :) ]

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?



2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. [macam kita? MARA $$ ] 

Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study. Jadi bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?


Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, kita jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.


Selangor punya tinggi kot =.='
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. 


Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)


# Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
 * * * * * * * * * * * * * ISTIKHARAH CINTA * * * * * * * * * * * * *


Say NO to Valentine's Day!

Mencari yang halal itu jihad :) 

Saturday, 17 December 2011

Erti Syukur

How many blind people would pay anything to be able to read the Qurán, 
how many deaf people would pay anything to be able hear the Athan, 
how many dumb people would pay anything to be able to say the Shahadah, 
and how many crippled people would pay anything to walk around the Ka'bah. 


You see; we're very rich, but just not grateful... 


"And few of My servants are grateful. " [34:13]


[Klik untuk saiz lebih besar]



Wednesday, 7 December 2011

Kenapa tak ramai IKHWAH yang hensem?

(Nota satu: Artikel ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang pernah dan sedang menyertai bulatan gembira. Tetapi kepada anda yang berdegil untuk membacanya, ok jah. Cuma jangan paksa saya untuk memberikan penjelasan lanjut. Hohoho..

Nota dua: Artikel ini mungkin sedikit kontroversi. Pastikan anda baca sehingga habis dan hadam poin-poin yang cuba saya sampaikan sebelum anda mula mencaci-maki memuji-muji. Wah!)
[Kredit Gambar]
Saya tah tahu dengan akhawat, tapi anda perasan tak di kalangan ikhwah yang menyertai gerombolan dakwah ni, sedikit sahaja yang ensem, kacak dan bergaya..? Bukan, saya bukan sedang bercakap tentang ensem perangai atau ensem budi bicara. Tetapi ensem dalam erti kata yang sebenar; ensem rupa paras dan tubuh badan.

Mungkin anda mahu memberi izin laluan dan berkata pula yang ensem tu subjektif, bergantung kepada citarasa dan pandangan masing-masing. Mungkin ada juga yang akan menempelak dan mengatakan yang tak penting ensem rupa paras, yang penting hati ensem dan akhlak bergaya. Kan..?

Tapi tu bukan poin saya di sini. Poin saya, kenapa tak ramai di kalangan para dua't lelaki yang boleh dikategorikan sebagai ensem? Ensem dalam definisi yang konservatif dan arus perdana. Maknanya, kulitnya bersih dan licin, tiada jerawat, ada lesung pipit, hidung seludang mancung, bibir merah, rambut kena dengan bentuk muka, muka yang simetri, dagu lekuk, tubuh badan yang cantik... Dan seterusnya. Kiranya pakej penuh la..! Sempurna!

Kebanyakan ikhwah yang saya jumpa, biasa-biasa sahaja. Yang tak ensem pon ramai. Yang betul-betul ensem, kacak dan bergaya.. Err. Rasanya tiada. Yang rupanya boleh tahan dan sedap dipandang mata, mungkin boleh dikira dengan tangan campur jari-jari kaki yang ada. 

Hish Inche gabbana ni, anda mendengus. Jangan merepek boleh tak..? Allah tidak melihat pada rupa paras! Bukan siapa yang lebih canteque dan ensem yang akan melangkah masuk ke syurga, tetapi mereka yang diredhai Allah..! Pffftt..!

Sabar, sabar, jangan cepat melompat. Saya setuju dengan poin itu, yang yang menentukan keredhaan Allah ke atas kita bukanlah rupa paras, harta, pangkat, keturunan, anak-beranak dan siapa kita di dunia ni. Saya setuju sangat dan tiada bantahan mahupun izin laluan.

Tapi anda, anda masih tidak dapat menangkap maksud saya manulis artikel ini bukan..? Adakah orang yang ensem dan canteque tidak mahu masuk syurga seperti kita semua..? (Eh, seolah-olah saya membuat kesimpulan semua yang membaca belog ini tidak ensem dan canteque..! Wahahaha.. xp) Pastinya mereka juga menginginkan keredhaan Allah yang hakiki bukan..?

Jadi kembali kepada persoalan saya yang utama; mengapa tidak ramai di kalangan mereka yang dikurniakan Allah dengan wajah yang hampir sempurna menyertai pasukan dakwah ini..? Atau dengan kata mudahnya, mengapa tak ramai ikhwah yang kacak bergaya..? Hoh. 

Saya tiada jawapan yang pasti. Tetapi saya ada satu teori dan saya menjangkakan yang teori ini bakal menimbulkan kontroversi yang panas lagi sensasi. Anda bersedia..?

Begini. Pada pandangan dan pemerhatian peribadi saya, mereka yang kacak, ensem dan tampan ini, ujian yang mereka lalui adalah lebih getir dan besar. Hanya dengan rupa paras mereka yang hampir sempurna itu, mereka telah pun diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk ujian dari pelbagai arah. Maka kebarangkalian untuk mereka tewas kepada ujian-ujian tersebut adalah lebih tinggi daripada lelaki-lelaki yang tidaklah sekacak mereka.



Apakah bentuk ujian-ujian tersebut..? Baaaannyaaaakk. Antaranya, apabila mereka memiliki rupa paras yang menawan, menarik tertarik kau memang debomm!, pastinya ramai anak-anak gadis yang memuja mereka, yang merelakan diri mereka untuk 'dikapelkan' atau yang lebih ekstrem lagi, menyerahkan tubuh badan mereka untuk diratah secara percuma dek tertawan dengan rupa paras si jejaka yang ditawan. Arakian bagi lelaki yang tidak cukup kuat imannya, ini adalah promosi jualan runtuh yang amat sukar untuk mereka tolak mahupun pandang dengan sebelah mata.

Antara ujian lain termasuklah tawaran-tawaran berlakon, sama ada di dalam filem atau drama, atau pon dalam iklan-iklan komersial yang lain. Lagi ensem diri seorang lelaki itu, maka lagi hebatlah tawaran yang diterimanya. Kemudian mulalah cucukan-cucukan syaitonirojim yang maha hebatnya, dan ini termasuklah berlakon bersama perempuan menggiurkan yang bukan mahramnya, membuka aurat sini sana tanpa batasan dan memakai aksesori-aksesori yang diharamkan bagi seorang lelaki. Dapat pulak tawaran berlakon dengan firma antarabangsa. Ala, setakat berbogel sekali-sekala, takkan sanggup nak tolak wang dan harta berjuta ringgit dan wanita cantik sekeliling pinggang..?? Fulamaweh. 

Salman Khan, Sharukh Khan dan Aamir Khan. Pelakon 'Muslim' yang gah di arena Bollywood. Mereka amat kacak bukan..?? [Kredit Gambar]

Belum lagi dikira ujian hati. Anda rasalah, apa agaknya yang lelaki-lelaki ensem dan kacak ini rasa setiap kali mereka dipuji dan dipuja atas kecantikan rupa paras mereka? Hatta lelaki yang kuat iman sekali pon boleh jadi akan tewas dengan pujian-pujian yang datang bertalu-talu, lebih-lebih lagi sekiranya pujian tersebut datangnya daripada makluk bernama hawa. Cair cair. Kalau hati pon dah susah nak jaga, apatah lagi anggota badan yang lain kan..? Uhm uhm.

Makanya, tidak hairanlah sekiranya ramai di kalangan jejaka-jejaka kacak yang memilih kehidupan berhuha-huha, penuh dengan noda dan maksiat kerana tewasnya mereka dengan pelbagai jenis ujian yang melanda. Ya, mereka lahir dengan rupa paras sedemikian rupa dan bukan mereka yang meminta untuk lahir ke dunia dengan rupa yang menawan dan tampan (walaupun saya sangat yakin yang mereka suka dan gembira dilahirkan sedemikian rupa); itulah ujian buat mereka. Saya amat yakin sekiranya mereka berjaya melepasi ujian ini, ganjaran yang menanti mereka juga amat besar dan lumayan.

Mujahadah mereka untuk berhadapan dengan ujian-ujian ini lebih besar dan hebat daripada lelaki-lelaki yang biasa-biasa sahaja dan tidak berketerampilan menarik seperti mereka. Tidak ramai yang sanggup untuk terus bermujahadah kerana terpaksa mengorbankan perlbagai kepentingan diri dan nafsu di hati. Maka ramai antara mereka yang memilih jalan yang lebih mudah dan kelihatannya seronok dan menguntungkan; kehidupan dunia yang indah dan mengasyikkan, tetapi malangnya penuh dengan dosa dan noda. Astaghfirullahal adzim..

Maka tidak hairanlah, Nabi Yusuf a.s., salah seorang daripada Nabi dan Rasul yang ditugaskan untuk menyampaikan risalah Allah dan terkenal dengan rupa parasnya yang hampir sempurna berdoa untuk dijauhkan daripada godaan-godaan dunia yang menggugah keimanannya:

"Yusuf berkata: 'Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.'"[Yusuf, 12:33]
Sebab itulah saya amat kagum apabila melihat adanya ikhwah yang berupa paras cantik dan menarik, kerana saya tahu bukan mudah untuk mereka terus berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah. Benar, banyak lagi bentuk ujian lain yang menimpa seseorang manusia itu; seorang akh yang tidak semat rupa parasnya mungkin ditimpa dengan pelbagai jenis ujian lain yang juga mencabar (rupa paras yang tidak cantik itu juga sebenarnya satu bentuk ujian). Tetapi pada pendapat saya, ujian yang dihadapi oleh seorang lelaki yang ensem dan kacak bergaya adalah lebih besar dan menyusahkan, kerana cabaran-cabaran yang datang bersama dengannya adalah lebih dekat dengan hati dan nafsunya. Bukankah begitu..?

Menelusuri sirah para sahabat Nabi SAW, anda akan mendapati ramai antara mereka yang kacak, ensem dan tampan rupa parasnya. Dan sebelum Islam masuk dan mengetuk pintu hati mereka, merekalah pujaan wanita-wanita di zaman itu. Merekalah Justin Bieber, Brad Pitt dan James Franco di era itu. Nama-nama seperti Mus'ab, Hamzah, Saad bin Abi Waqas dan Zubair al-Awwam meniti di bibir-bibir anak-anak gadis Mekah. Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri adalah seorang yang amat kacak dan ensem orangnya. Namun selepas Islam menjadi cara dan tujuan hidup mereka, pengorbanan untuk mereka meninggalkan jahiliyyah yang lampau adalah amat besar kerana mereka tahu hanya dengan rupa paras yang cantik, mereka tidak mungkin dapat membeli tiket ke sorga.

Kerana itu jugalah saya amat suka merenung dan mahu bertaaruf dengan ikhwah yang kacak dan tampan (Err...), kerana saya tahu perjalanan mereka untuk berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah bukanlah jalan yang mudah dan dihamparkan dengan karpet merah. Uh tidak bermakna saya meminggirkan ikhwah yang kurang kacak dan ensem tahu..?? Bunyinya seperti amat salah dan sesuatu, tetapi jagan khuatir, saya tahu batas-batasnya. *koff koff*

Begitulah. Kini anda tahu mengapa saya katakan tidak ramai ikhwah yang ensem dan tampan bukan..? Et lis di Malaysialah. Ni Arab sana nun mungkin ramai jah yang kacak bergaya. Senyum sedikit nakal. Atau mungkin juga saya belum berkesempatan bertemu dengan ikhwah yang ensem dan bergaya. Hihihi..

Oh ini teori saya sahaja tahu..? Ada kemungkinan teori ini sesat baghat dan tidak ada asas-asasnya. Tetapi ini berdasarkan pemerhatian saya yang lemah ini dan tidak dapat tidak, saya sering memikirkannya. Agak pelik mengapa lelaki-lelaki yang ensem kebanyakan berada di dada-dada akhbar dan majalah hiburan, juga di kelab-kelab malam serta iklan-iklan komersial, tetapi amat kurang yang berada bersama gerombolan dakwah dan tarbiyyah.

Mujurlah Inche gabbana tidak ensem orangnya. Cuma kool dan bergaya sahaja..! Wahahaha.. (Baiklah! Sila muntah hijau sekarang juga..!) 

-copy paste from gabbana-

Thursday, 1 December 2011

Tinta yg kekeringan idea...~


Assalamu’alaikum….

Macam mana dengan exam?? Mesti korang rasa senang je kan jawab.. -_-“ (susah kot..)

hhmm…ye aa..saya rasa konfem sebelum nih semua orang fikir, alaahh…exam module kali ni mesti senang macam module2 lepas…sekali….ambik ko..!!! hohoho…~

takpe….insyaAllah..ada masa lagi….ada peluang lagi nak perbaiki diri kita, apapun, insafilah apa yang telah berlaku dan untuk next module nih, jangan memain dah…!!!


eer….ooh..nak cakap pasal ape ek??? takde idea aa pulak...~


sekarang nih tahun ke berapa hijriah???? (cari sendiri..)

Sekarang nih module Nervous System…kalau kita tengok kan….fuh..serius aaa hebat giler kuasa Allah…..memang kagum aa…sebab tuh ada ayat AQ yang kata suruh tengok kejadian kita sendiri….memang complicated…dengan pelbagai neuron2 yang ada...sinues...tulang yang ade kat otak tuh...kan berselirat bagai..dan even satu complication...habis aa..~ dan tidak lain dan tidak bukan….memang Allah je yang boleh buat…

Jadi sepanjang kita blajar nih kn….kalau kita fikir2, kita kaitkan dengan kekuasaan Allah..secara tidak langsung dapat pahale….senang giler kan?? Tu laa…sebenarnya…Islam nih senang je nak dapat pahala…..bukannnya susah pon…contoh lagi kalau kita tengok langit…bumi…pokok….burung…..tengah2 on the way balik jalan kaki tuh (err…boleh kurus nih..) sambil2 tuh tengok atas, tengok sekeliling…perhatikan kejadian Allah...kekuasaan Allah…macam mana Allah dapat buat semua nih, SUBHANALLAH …. seronok….serius…~ time tuh terase damainya laa hati kita...~

Secara tidak langsung kita akan dapat dekatkan diri kita kepada Allah…..hati kita jadi bersih....lagi rasa semangat nak buat ibadat…rasa rindu pada Allah tuh akan mula datang….setiap masa kita akan fikir Allah…~ sebab Allah suruh kita masuk islam secara menyeluruh…bukan sikit2 je…bukan asyik nak tumpu bahagian ibadat khusus je…tapi sepanjang hidup kita kena fikir kerana Allah…

Teringat masa dulu2…ayah pernah cakap…kalau kita bangun pagi tuh….lepas bace doa tuh…kita terus fikir, Ape Allah nak kasi aku hri nih? Semoge Allah dapat memberikan aku yang terbaik sepanjang hari ni….jadi..awal2 lagi kite dah bertawakkal kat Allah..insyaAllah sepanjang hari tu…pasti kita rasa sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..~ time nih memang kita rasa iman kita tengah kuat giler….!!!

Tapi…ye laa…kekadang tuh….kita akan lalai, leka…ada masa..iman nih jadi down….dah mula lupekan Allah….rase rindu tuh hilang (time nih rasa sedih sangat)…tapi rindu kat makhluknya pulak yang muncul…time tuh….ya Allah..rasa lemah je diri nih….semua bende nak buat rasa malas….memang dah macam lagho gak aa…..

Tapi..jangan risau….semua tuh aku rasa…berlaku dekat semua orang…tapi, kena ingat….Allah itu maha pengampun…buatlah dosa banyak mana pon…Allah akan ampunkan kecuali syirik….!!! Yang penting time kita bertaubat tuh..kita taubat sungguh2…kalau lepas tuh buat lagi…taubat lagi..dan lagi....kita bukannya nak main-main…tapi sebab dalam diri kita nih ada nafsu…jadi..memang sentiasa kita perlu bermujahadah melawan nafsu tuh..yang penting..jangan kita rasa redha dengan dosa yang kita buat…contohnya : "takpelah..lain kali boleh taubat"…tapi, sekurang-kurangnya kite rase bersalah….dan tanam kat dalam diri kita..insyaAllah taknk buat lagi…~

Dan kita iringi kita punya dosa tuh dengan kebaikan…kalau dah tau kita berdosa ada buat salah…. so..kite istighfar balik….sebab ade dalam hadis, bila kita buat sesuatu dosa tuh..iringinya dengan kebaikan yang banyak…moga dapat mengimbangi dan menebus balik kesalhan yang kita lakukan…..lagi-lagi laaa bila kita buat kejahatan dapat satu je…tapi bile buat baik…siap dapat 10 kali ganda lagi…..malah boleh lebih lagi....kan untung tuh..insyaAllah…jadi bila kita buat dosa tuh..cepat-cepat buat baik balik…lagipon, dapat jaga hati kita daripada jadi hitam dan berkarat..~

Pastu nanti…kalau rajin…tambah-tambahkan lagi dengan amalan-amalan sunat sikit..~ sebab nih juga merupakan salah satu tande yang kita cinta kat Allah….kita sayang kat Allah…kita buat bukan sekadar yang wajib Allah suruh buat je, tapi juga bende2 sunat yang Allah galakkn kita buat…

contohnya macam mak kita suruh tolong buatkan air…kita buat aa…pastu tengok-tengok, kita bawa sekali dengan makanan macam kuih ke…..kan mak kita suka tuh..sedap pulak tuh…haa…kan…siap puji lagi..pandai anak mak..anak sapa lah nih..~ (eer…okeh..melawak..) dan bile nak buat tuh…pastikn kita buat dengan rase enjoy….!!! Dlm hati kita ingat, “ya Allah seronoknya beribadah kepada Engkau nih….bestnye..~ ” Bukan rase terpakse…barulah seronok tuh dtg…

Hhmmm…rasanya..tu je la kot…apa-apa hal pun…kita minta pada Allah agar terus dikuatkan iman kita dan jugak study kita boleh bawak kepada keredhaan Allah….yeah..!!! yang penting….kita berusaha ke arah itu…insyaAllah..lama-lama nanti kita akan biase, sebab untuk memulakan yang biasa tu, memang susah, tapi nanti, dah biasa...seronok laa nak buat lagi..~


kalau hati kita ada sikit-sikit part yang kureng …jom betulkan hati kita balik..!!!! 


p/s : ade banyak AQ, hadis, kata hikmah yang berkaitan…pepandai aa cari..~ insyaAllah..lebih manis…hehe..~ (malas sebenarnya..)

layan jap lagu nih..~

Wednesday, 9 November 2011

# Study medicine for His blessings #




Gratisan Musik



Assalamu'alaikum.


Hari ni ana saja nak berkongsi mengenai laman sesawang Medical Pharmacology <tekan sini>.
Just for sharing ^_^ harap membantu kita study. Ada banyak soalan dalam ni.
Rabbuna yusahhil.



"Islam is the university,
the world is the class room,
the Quran is the syllabus,
Prophet Muhammad (pbuh) is the teacher,
Allah is the Examiner" 
 Try to pass the final exam! Mujahadah!

Saturday, 15 October 2011

A.N.A.L.I.S.A

Assalamu’alaikum wbt

Izayyiku? Hari ni masak lauk apa? Haha..masing-masing dah duduk rumah sewa. Tak macam kita tinggal kat asrama MARA. Dulu turun naik lif singgah ksp, boleh tunjuk…nak lauk yang mana satu. Sekarang? MASAK SENDIRI, ok!


Ok.Alhamdulillah ada kesempatan nak menulis kali ni. Tak mau main ‘copypaste’.

*************************************************

OK. Sebenarnya, tak tahu nak tulis apa. Cuma nak berkongsi suatu kisah di mana Ibrahim bin Adham ditanya mengenai sebab doa terhijab a.k.a. tidak dimaqbulkan.

Hari-hari kita solat, berdoa kepada Allah siang malam. Kita pinta macam-macam. Nak result gempak. Nak jadi doktor professional lagi berkaliber dan bergaya. Nak jadi anak soleh/solehah. Lagi advance, nak kawen awal. Ok, just kidding. But, who knows? HAHA.

Dan kita juga selalu minta agar Allah kurniakan ketenangan pada hati kita. Sebab hati kita ni sifatnya mudah berbolak-balik. Tapi kenapa kadang-kadang hati rasa tak tenang? 

Sebabnya, hati yang asyik dibuai kelalaian semakin lama akan berkarat seperti karatnya besi apabila terkena air. Maka, buanglah 'karat-karat' itu dengan bacaan al-Quran dan mengingati mati.

Tapi, kenapa Allah tak maqbulkan doa kita? Ya, betul. Doa kita akan Allah perkenankan tak kira cepat mahupun lambat. Tapi mesti ada sebab, bukan? Apa yang menjadi penghalang [mawani’] doa kita tidak mustajab?

وقال ربكم ادعوني استجب لكم

         Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar Basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya: “Ya Abu Ishaq, Allah berfirman dalam kitab-Nya “Berdoalah kepadaku, nescaya Aku (Allah) kabulkan. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dimakbulkan?”

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara"

1. Kamu mengenal Allah, namun kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak mengamalkan isinya.

3. Kamu mengakui bahawa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun kamu mengikuti jejak dan perintahnya.

4. Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan ajaran dan sunnahnya.

5. Kamu sangat menginginkan syurga, tapi kamu tak pernah melakukan amalan ahli syurga.

6. Kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun ternyata kamu mejerumuskan dirimu kepadanya.

7. Kamu mengaku bahawa kematian itu pasti, namun kamu tidak pernah mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk mencari aib orang lain, tetapi kamu lupa akan aib dan kekurangan diri sendiri.

9. Kamu makan rezeki Allah kurniakan, tapi kamu lupa mensyukuri nikmat-Nya.

10.Kamu mengiringi jenazah ke kubur, tapi tidak pernah mengambil pengajaran daripada mereka.”
*****************************

Jadi, kita sebagai pelajar bidang perubatan, belajar mengenai ciptaan Allah. Tak kiralah anatomi manusia mahupun haiwan. Hatta, sel bakteria pun kita belajar dan kaji. Kita pun kenalah analisa + muhasabah diri kita. Apakah kita ini hamba Allah yang benar-benar bersyukur?
Salam mujahadah :)