Pages

Sunday, 26 August 2012

Treasure!!!




Imam Hassan al-Banna dalam Rukun Bai'ah menganjurkan agar kita banyak membaca al-Quran. Seboleh-bolehnya letak sasaran satu juzuk al-Quran sehari agar kita tidak tergolong mereka yang melalaikan al-Quran. Satu juzuk bersamaan dengan 20/21 ms?

Bermakna, jika kita membaca setiap kali selepas solat, kita hanya perlu membaca 2 helai, ataupun 4ms sahaja. 1 ms mengambil masa kira-kira 3-5 minit sahaja. Tak banyak pun, betul tak?

Jika kita betul-betul mengamalkannya, kita akan dapat merasai iman kita menjadi begitu teguh pada hari itu. Untuk menghabiskan 1 juzuk al-Quran, kita memerlukan masa sekitar 1 hingga 1 jam setengah secara keseluruhan, bergantung kepada kelancaran kita membacanya.


Satu jam setengah mungkin banyak bagi seseorang pelajar medik. Jangan kita berkira sangat dengan masa untuk membaca al-Quran. Ingatlah, jika kita berjaya menghabiskan 1 juzuk al-Quran kita akan dapat merasai keberkatan kualiti masa, anugerah Allah pada hari itu. Tak percaya? Cubalah!



Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah, mendirikan solat dan mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terus terang, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mensyukuri. (Fathir:29-30)

Hah, hebat keberkatan al-Quran bukan?

Percayalah. Lazimi al-Quran dan nikmatilah berkatnya kualiti masa. Apa yang saya maksudkan sebagai 'keberkatan' kualiti masa?


Apabila kita belajar, kita dapat rasakan banyak ilmu yang masuk. Apabila kita buat sesuatu tugasan, tugasan kita menjadi senang dan lancar. Pendek kata, dalam hari tersebut, banyak perkara yang kita mampu lakukan. Rahsianya, hiduplah berdamping dengan Pencipta 'keberkatan' dan bacalah selalu ayat-ayat cinta-Nya.

Ulama-ulama silam, kebanyakan mereka hafaz al-Quran. Kebanyakan mereka menekuni berjuzuk-juzuk al-Quran sehari. Dalam masa yang sama, mereka mampu mengarang berjilid-jilid kitab. Bahkan kitab-kitab mereka boleh dimuatkan ke dalam beberapa almari jika dikumpulkan.

*Terkesan dengan fakta-fakta ini. Sedih diri ini langsung tidak dapat dibandingkan dengan mereka, jauhnya bagaikan langit dengan bumi! Namun hati ini berazam, akan cuba sedaya untuk meraih 'barakah'Nya! Jom kite sama-sama lakukannya! :)

Wednesday, 15 August 2012

Selamat Hari Raya Jerrypah! Yeay!

Salam alaik kamu yang sedang membaca!
Ye abang yang kacak bergaya ke masjid setiap hari dan akak yang cantik menolong mak di rumah sekalian! Hihihi.


Memang kacak okeh abang yang ke masjid every solat. Abang eh. Tok-tok and Ayah-ayah, you guys memang manusia terGentle di abad ini kerana masih kekal ke masjid dari zaman kacak sehingga zaman gentle. Ehehehe. Puji baik punya!

Ni first trial aku post entry tau. Sebelum ni tak pernah langsung. Tak pernah. And special thanks to those yang rekemen nak buat blog KTT -And you know who I am talking about- I love reading blogs before this but tulis memang tak ah kan. Tiba-tiba rasa nak post malam ni. Lantak lah orang kata blog dah tak kotemperori lah. Dah takde orang baca lah. Dulik. Asal ada orang cam aku yang masih setia baca blog. Well, aku akui kehangatan blog dah tak macam dulu. BloggerS lama dah malas nak update, menyebabkan aku yang pembaca blog tegar ni x masal nak taip satu entry. Eh, korang tau tak makna masal? Good. Cari dalam kamus, malas nak citer. Haha.


Boleh stopkan sekejap music background tu and play video ni. Eh jangan tanya aku. Aku pon tak tau kat mana button stop lagu. Pandai-pandai ah.^^


Just to point out this video. Sebenarnya aku dah bosan cari blog untuk dibaca. Seriously, bosan CARI blog. Bukan BACA. Ok. Ok. Aku tau ada mesti kata baca lah AQ ke solat sunat rawatib banyak-banyak ke. Yup sangat agree. But, sometimes orang kata futur. FUTUR ni kira cam perasaan kita tak membuak-buak untuk buat amal. Buat. Tapi tak macam masa baru turun flight tu. Kalau boleh dengar syaitan punyer perbincangan masa tu, bangga doh. Dorang sok sek sok sek buat mesyuarat tergempar untuk lawan Super Saya Egypt yang telah tertarbiah selama hampir 10 bulan di bumi anbiya' tu. Eish. Eish. Eish. Kita manusia kawan. Iman turun naik. Ingat tuh! Disebabkan kekurangan kelas-kelas peringatan kat Malaysia ni maka sedikit lemaulah iman ni and aku suka cakap dah futur sebab bagi takut siket bunyi dia. Muwahahaha. So, kena lah cepat-cepat cari bahan untuk counter balik . Antaranya baca lah blog. Weeee~

Ohohohoiiiiiiiii! Melalut sudah.

Well, video kat atas ni, terpulang pada korang nak terima makna dia macam mana. Kalau aku, aku rasa dah boleh dah Aizat ni join bulatan gembira yang maha banyak jenis zaman sekarang. Hehe. Pandai-pandai je. E'ehh, tak salah doakan orang baik-baik kan. Masuk syurga ramai-ramai. Oiii meriah Mak Senah kalau dah semua sepupu sepapat masuk syurga. Korang boleh recheck kat Surah At-tur 52 : 20-28 m/s 524. Meh aku bagi siket la. Tau malas take time nak bukak an. Hehe.

" Dan orang-orang yang beriman, beserta ANAK CUCU mereka yang mengikuti dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan ANAK CUCU mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya." Walaweyh.. Bestnya! Bestnya!

Masuk syurga jumpa Aizat. Boleh mintak sain. Hihi.

Ok dah. Cukuplah sesi kali ni. Kalau positif i tulis lagi. Huhu. Before that, nak share satu ni

Kepekatan malam ini
mengingatkanku pada noda semalam
aku khilaf detik itu
tenggelam dalam segara hitam
aku fasiq waktu itu
dalam gelita sinaran alpa
kerana aku tidak berdiri di landasan iman.

Dalam kekuatan hidayah-Mu
kutaut sulaman keinsafan
kubajai pohonan taubat
kurenjiskan manik kepasrahan
akan kusediakan perahu amalku
sebelum kusahut panggilan-Mu
sebelum dihisab di bawah panahan mentari
kerana aku tak semulia ciptaan Mu.

MENITI TITIAN SYURGA
2008, me.

Ni copy right aku sendiri okeh. And sajak ni dah dibukukan. Huhu. As i mention above, if positif may be, MAYBE I will write one more post and citer pasal sejarah sajak ni. May be. All depends on you readers. Budget! Haha.We will see. Any feedback? Thank you soooooo much! Lap! Lap! <3

Night, sleep tite. Oh, 27 Ramadhan.Tak kena langsung dengan tajuk. No idea.Toink!

Sunday, 12 August 2012

3 bulan di KTT


Benda yang aku paling tak lupa. 
Ada makcik hantar makanan tiap-tiap hari..samada hantar ke Taman Mawar @ KTT. Kadang-kadang, rasa kesian kat budak2 KTT yang lain bawah tajaan JPA/MARA/etc. Sebab kitorang dapat makan 'free'. Diorang kena beli kat kafe, takpun ada gerai makcik jual nasi lemak depan pintu pagar kolej. 

Takpe lah. Rezeki..rezeki.. :) Bila makanan hantar ke rumah, kitorang makan berjemaah. Macam iftar jamaie setiap hari. Sambil makan riuh bercerita itu ini. Rindu zaman kita mula berukhwah.




Rindunya zaman tu.. takde lah rindu sangat. Entah la. cuma terkenang. Hehe..
Well..pagi pagi tunggu kat bus stand seawal jam 7.30 pagi. Nanti ada bas datang pick-up. Walhal ade je trip pukul 8.30 pagi. Hmm. Awal-awal dulu memang sume skema kot.

Serius skema! Ikhwah pakai baju kemeja. Berkolar. Berkasut. Berkilat (kot?)
Akhawat pula ayu berbaju kurung. Bertudung litup.

Tapi, bila sampai kolej, aku tengok ramai je budak kolej lain pakai tak formal. Punya bagus budak budak nak fly ke Egypt nih ^^

Ni rumah sape nih? cantik kan? ^^ rumah ni je special sebab jauh dari serangan aedes 
Survive 3 bulan kat KTT tak macam kau nak survive kat pi.el.kay.en.

Hari-hari naik bas pergi kelas, turun bas sampai rumah, hujung minggu mesti punye ada program. Jalan-jalan makan angin. Kejap-kejap pergi bagan lalang, pastu Melaka; Zoo Melaka, rumah Faisal (makan free!), Port Dickson, Kalumpang...bla...bla..bla..

Kalau sek2 rumah area Seremban,Selangor, seronok le buleh balik rumah. Kalau sek2 panta timur, memang tak dapat le..hewhewhew

Alkisah. Dalam banyak banyak tempat yang kami melawat, kami pergi Floria di Putrajaya. Angkut sekali ikhwah akhwat. Ikhwah jalan2 tengok bunga? What the..


Bunga 1 Malaysia pun ada!

Oh, tak boleh lupa selawat Ustaz K. Semangat budak2 ni hafal dan ikut. Siapa Ustaz K ni? Tak ingat nama penuh -____- Hanya dikenali sebagai Ustaz K. Kalau tak silap, ustaz ni mengajar kuliah maghrib setiap hari Selasa di Surau Wardah, Taman Mawar. Seronok dengar ustaz ni mengajar. Ilmu agama beb! Penting tau.

|see. nama surau pun ikut nama taman perumahan. cuma di'arab'kan|

Apa lagi yang buat aku terkenang sampai tulis entri nih? Hmm3

Ha. Pensyarah KTT ni superb. Tapi kitorang yang err..hehe.. Sekadar 3 bulan persediaan ke timur tengah. Tahu apa kitorang belajar? Fizik, Kimia, Biologi, B. Arab Fushah + Ammiah, B. Inggeris, IT kot.

Banyak giler subjek. Berapa? Cuba kira..1..2..3...7 subjek! Rasa macam kembali ke zaman sekolah. Sokmo kena psiko "kalau tak pass exam, tak boleh fly~~~Tapi exam buat main main je. Tapi still ada yang study betul betul. Tabik springgg~

Hari Sukan KiTT - grup mawar wardah (heh?)
rumah 11 VS rumah 18
Ada kisah di sebalik nama tu.



Alhamdulillah dah "grad" ^.^ nak kena tunggu 6 tahun lagi buleh grad betul betul 
BTN Pasir Salak Resort -macam budak sekolah

Sudah 2 tahun meninggalkan KTT. Sekadar ini sahaja yang mampu dikerahkan oleh neuron2 yang masih berfungsi. Moga ukhwah yang terjalin akan terus kekal hingga ke syurga~

:)

Akhir kata..

kadang mata salah memandang, kadang mulut salah berucap, 
kadang hati salah menilai...selama sinaran hati masih bersinar, 
ku mohon maaf andai tersilap bicara, terkasar bahasa, terkhilaf segalanya..
agar kita bisa bersih dalam menghidupkan bulan Ramadhan~

#sangatlahterharukomebacasampaihabis

Tuesday, 10 July 2012

A post to boost

Post ini saya copy paste dari blog sendiri. 
Just nak share sebab viewers blog ni boleh tahan ramai.

Moga bermanfaat!! Ohh yaa selamat bercuti sahabat-sahabat!

***********

Ini route saya tiap ari ke kuliah:
Keluar rumah. Bukak pintu besar. Nampak anjing coklat. Jalan dan simpang ke kiri. Kadangkala jumpa pak cik yang setia cari sampah dalam longgokan sampah. Geledah sampah. Kadangkala pagi2 tak terus buang sampah ke dalam tong besar. Sebab dia minta hand to hand. Sedih kan? Perhaps he is looking for something to sell? To eat?
Sambung jalan lagi. Jumpa jalan besar. Jumpa pak cik yang berbeza yang akan tiap pagi geledah sampah. Bezanya ini di jalan besar.
Lintas jalan super busy. Jumpa pakcik yang tidur beralaskan lantai kotor. Dengan baju lusuh. Mungkin homeless. Kesian. Tapi pak cik ni tak setiap hari jumpa. Hulur sedikit duit. Itupun kalau ada syiling. ( berkira kan?):(
Jumpa pak cik tua yang jual buah. Buah oren! Sangat suka buah itu! Saya wajibkan diri beli. Sebab kesian ngan pakcik tu. Dia sangat tua. Sangat uzur. Mungkin taraf moyang saya. Tapi dia still cuba gagahkan diri untuk berniaga.
Malamnya. Akan kedengaran suara penjual melaung kuat. Adakalanya budak muda.Menjaja barang dapur.
Mereka sangat kuat!
Its my life. Setiap hari jumpa orang susah. Sampai saya rasa immune. Dan saya bimbang kalau2 lepas ni saya rasa common. Sampai saya tak amik ibrah. Tak amik iktibar. Just looking without any sense.
Dan semalan kawan manis bagitahu;
Allah campak kita ke bumi ini. Dan Allah bagi tengok situasi yang tak ada kat msia. Susah kan nak jumpa kat msia?
Bersyukur. Syukur. Be grateful.
Kita berada di zon yang sangat sangat selesa! Sampaikan kita lena. Nyenyak dibuai mimpi. Hanyut dibawa arus.
Kita alpa. Lalai dengan nikmat dunia.
Kawan2 walau di mana anda tercampak :)
Kadangkala Allah nak bagi petunjuk dan peringatan bukan hanya dengan kurniakan sahabat2 yang solehah, dengan hanya hadiri majlis ilmu.
Tapi dengan bagi tengok surrounding sekeliling kita. Dan kita kena berfikir. Sungguh beruntung orang2 yang berfikir itu.

Doakan kami di sini. Doakan kami dapat jadi doc ummah. Doakan malaysia. Moga dapt bangun dari tidur yang lena. Doakan mesir. Moga pimpinan selepas ini bakal menjulang nama Islam. Doakan dunia. Moga terus aman.